RSS Feeds

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 11, 2010

Sang Pemimpi...

Pagi Selasa yang lepas, dengarlah celoteh si FF dan FBI kat Hotfm tu. They talked about "menyesal ke berkahwin?" Masa tu dah ingat nak mengulas kat sini, tapi dah sibuk sangat dgn. macam2 hal, so tak sempatlah.. baru ni berkesempatan.

Adalah isteri2 dan suami2 yang bgtau menyesal berkahwin... yang bengang tu, mereka ni ada yang dah berkahwin berbelas2 tahun, anak dah berderet, baru ni nak ckp menyesal.. Sebabnya, mcm biasalah; suami ada org lain, suami hisap benda terlarang, isteri tak pandai masak, campurtangan family mertua dsbnya. Problem yang heavy2 tu i boleh accept jugaklah..tapi pasal bini tak tau masak n family mertua suka mengacau ni, kira bengang giler la jugak, bila itu yang dijadikan alasan menyesal kahwin.

Benda ni sebenarnya susah gak nak komen kan! kang org kata "awak tak rasa, cakap senanglah..". So, as usual, i taknak komen..

Just nak share apa yang ada dlm kepala ni .. kita ni manusia biasa memang tak lepas drpd melakukan kesilapan.. kalau setakat benda2 yang kita boleh berlebih kurang dan bertolak ansur tu, maka janganlah dibesar2kan atau dipanjang2kan. Kalau 2 laki bini je nak jadi tak tentu, lantak baiklah. Tapi sedar tak yang mak bapak punya hal ni beri kesan pada anak2.. If dah bergaduh, bercerai dan berpisah, sape yang jadi mangsa? Anak2 yang kan rasa kesan teruknya... Anak2 baru je nak hidup, kena berdepan dgn perangai mak ayah yang macam baru semalam hidup!

i rasa kita ni semua patut bersyukur dan menghargai orang2 yang ada disekeliling kita..jgn bila orang tu dah takde, barulah nak terkenang, nak sebut, nak menyesal dsbnya...Kalau ada kekurangan mereka yang tidak menyenangkan kita, kita bantulah mereka utk jadi lebih baik. Bukannya mengutuk! Manusia ni semua perfect ke? mungkin kita baik drpd. 1 segi, tapi tak baik bersegi-segi! jadi muhasabah diri k...

Actualy, Sang Pemimpi ni tajuk lagu kumpulan Gigi..I love this song, especially part ni;

Bersyukurlah pada yang maha kuasa
Hargailah orang-orang yang menyayangimu
Yang selalu ada setia di sisimu
Siapapun jangan pernah kau sakiti
Dalam pencarian jati dirimu
dan semua yang kau impikan
Tegarlah Sang Pemimpi...

No comments:

Post a Comment