RSS Feeds

Wednesday, June 30, 2010

Hari ini dalam sejarah

Hari ni, pagi sebelum send Lisa to tadika i went to shop and bought the following things;

3 kg ikan sardin
20 biji limau kasturi (tak kira, main ambik je..rasanya lebih...)
5 kuntum bunga kantan
1 cekak daun kesum
1 biji timun
2 tangkai salad
6 peket laksa

Semua ni gara2 Lisa nak makan laksa sejak Isnin hari tu. Lisa cakap kalau beli kat pasar malam sikit, tak boleh nak ulang2 makan. i ajak dia makan kat tesco kata tak sedap pulak.

i tak pernah buat kerja macam ni, tapi demi anak tersayang, mummy ikutkan juga walaupun quite rushing... After that terus sent brang2 tu semua kat rumah Kak Nab yang menjaga Lisa. Pendek cerita, Kak Nab lah yang akan masak laksa tu. Mummy tak pandai masak..sorry...

Pagi ni pulak, tak pernah2 dia menangis masa nak ke sekolah, tapi menangis kata tak nak go.. itupun lepas dia kata "mummy tahu tak? Lisa rindu sgt kat mummy masa kat sekolah... Lisa sayang mummy...

Luruh hati i dengar dia cakap macam tu... sayu..ikut hati nak je sama2 ponteng and enjoy life,...tapi kepala kata no..no..no..

Dengan berat hati i lepaskan juga dia ke sekolah...

Dalam masa yang sama hari ini berakhirlah sebuah cerita di antara cerita2 dalam kehidupan i...esok akan bermulalah cerita yang baru...moga segalanya kan baik-baik selalu...

Tuesday, June 29, 2010

Dari Laskar Pelangi ke Pelangi Garden...

27hb June 2010, Ahad...

Pertemuan ni sepatutnya berlangsung pada hari semalamnya. Namun seperti yang telah dijangkakan, bahawa pasti akan ada halangan merentasinya...dan sesungguhnya halangan dan rasa sedikit kecewa membuatkan pertemuan itu lebih bermakna...

Hari yang sebetulnya pun, masih lagi rasa macam jadi ke tak ni... lantaran waktu pertemuan dijanjikan 12pm, suddenly yang ingin ditemui sms menyatakan mungkin lewat or she will come alone...

Lisa and bang Dek dah tertanya2...they pun excited pada pertemuan ini... i pulak since morning dah gesa2 mereka suruh cepat...

Malam sebelumnya bang Dek ada bertanya "why she so special among rakan2 blog yang lain? terkedu gak sekejap...sampai tak tau nak jawab...later I got the answer...so unique actually...

emmm... bila they kata dah sampai je, kami terus bergegas ke sana... I dah nampak "mereka"... syukur dalam hati sebab dapat ketemu kedua2nya...Lisa pun dah melompat2 suka...Bang Dek pula macam teruja...

At first, i risau jugak dengan bang Dek ni...dapat ke dia menerima kawan baru i ni? i dah tau sangat peelnya tu, if dia tak ngam dengan orang, dia akan keep silent...matilah i kalau dia macam tu!

tapi...

lepas sesi kenal-mengenal dan berjabat salam...bang Dek terus rancak berbual dengan Ian. Cha pulak, pitty her coz nak entertain i dan Lisa yang quite 'menoti' hari tu... i believed that happened is due to she so excited...

Syukur...kami tak ambil masa yang lama nak menyesuaikan diri masing2. So, pertemuan berjalan dengan lancar...borak-borak dan makan-makan...

tak disangka-sangka, rupa2nya bang Dek pernah mengajar sementara kat sekolah Ian dan Cha dulu. Ian pun kata sejak mula2 nampak bang Dek tadi, dia rasa macam pernah tengok je... wah kecik betul lah dunia ni kan...

tiba2 bang Dek memecah keheningan..."kalau ikutkan hari ni adalah pertemuan semua anak2 yang nombor dua. kebetulan pulak kan"... then i pulak menyampuk, anak2 nombor dua ni special tau, sebab mereka lebih independent!... agreed tak?

i pun sempat gak tunjuk kat Cha buku Laskar Pelangi yang dibeli oleh bang Dek... sebut je buku, topik bicara kami terus citer bab2 buku pulak...dan spokesman nya dah tentulah bang Dek!

saat Cha membelek-belek buku Laskar pelangi




Lihatlah kegembiraan Lisa dan Cha...Happy sungguh dia sampai terlihat giginya yang tiada tu! taraaaa... (sori ye dik..mummy tulis ni...)




With Ian, berebut-rebut nak cari Toy Story 3 things yang tersembunyi dalam buku tu...



turn mummy dan ayah pulak... photo taken by Lisa.


Setiap pertemuan pasti kan ada perpisahan....




Posing lagi sebelum beredar...



Lisa masih lagi tak nak lepaskan Cha dan Ian balik...



Kami meninggalkan tempat pertemuan di saat langit yang cerah membiru mula bertukar kelabu...huhuhu...

Moment2 yang mengharukan...

For the first time, at the Pizza & KFC playground, terlihat seorang dewasa (20 yrs old and budak kecil (6 yrs old) berlari-larian..saling kejar mengejar... so sweet...terharu jugak...

Saat Ian bergenang air mata menceritakan tentang kisah accident motor yang he read at forum...


Ian dan Cha, jaga diri ya bila berada di jalan raya...
(teringin pulak rasanya nak membonceng skuter Annabela Chaca with Lisa...)


Begitulah ceritanya detik2 pertemuan itu... i mengenali Cha kerana Laskar Pelangi... sungguh2 secara kebetulan...dan kini kami bertemu di Pelangi garden...

Moga akan adanya lagi pertemuan demi pertemuan selepas ini, kerana Lisa telah menganggap Cha sebagai kakak angkatnya yang pertama dalam hidupnya...

Cha dan Ian, thanks so much...



Monday, June 28, 2010

Lisa & Toy Story 3

Story about Lisa and toy Story 3...


All the above Toy Story 3 things she bought before watching the movie.


Saturday, 26th June 2010... Movie start at 3.30pm, but we reached Alamanda at 3.00pm. More teribble when we not yet take our lunch...huhuhu...


Si Lisa sempat lagi nak berposing with her Mickey cap

We have to finish all foods within 15 minutes! arrrrghhh tension giler!

Posing style Barbie...

With three aliens

With all the Toy Story 3 characters

With Lotso and Bulls eye

We met the characters during Disney Parade at Hong Kong Disneyland...
we really missed Disneyland

Toy Story 3 best. We love the story and Lisa really enjoyed. Now she keep asking Ayah to buy the Cd.

Sunday morning...

"Mummy, mari sini kejap tengok mainan2 Lisa ni. Lisa rasa diorang ni semua hiduplah Mi masa kita takde kat rumah. Tengoklah Baby Alive ni, mula2 dia duduk, ni dah tido pulak. Tengoklah anak patung kaki panjang ni pulak, dah terselak baju dia sikit... "

i and bang Dek saling tersenyum lihat gelagat si Lisa... Dia dah apply movie tu in her toy's life!

Sunday, June 27, 2010

Flower girl...

Lisa memang suka jadi flower girl since umurnya 2 tahun... bila ada je wedding dalam family, dia akan start request dress yang cantik2..

Latest, she jadi flower girl for my sister wedding...

Layan k photo2 kat bawah ni...

Khairik, Fa, Lisa, Zara, Fasha, Zue, Alisya, Lynn


As usual, my "model" ...






They really cute at that nite...

Melihatkan anak2 kecil ni, terdetik dalam hati i, sempatkah i lihat wedding mereka sendiri nanti? Especially for my daughter, Lisa...

Friday, June 25, 2010

Pantang sungguh!

Pagi2 ni je i dah merungut2 dalam kereta while driving... si Lisa pun sampai kata "biar je lah mi..."

Macam mana tak menyalak, kalau dah duduk kat lane paling kanan, but drive macam siput babi! meter kat dashboard tu tak sampai pun angka 40...

Yang paling tension tu, bila driver yang melambatkan perjalanan i tu PEREMPUAN... ni bukan yang pertama kali bagi i, tapi dah banyak kaliiiiiiiiiii...

Lane kiri kosong je, tapi she still maintain drive kat lane kanan. Mimpi ke apa you kak!!!!

I memang pantang sungguh driver lembab2 ni... betullah pandu cermat jiwa selamat, tapi if you pandu terlalu cermat, sampai jiwa i lumat.. memang you jenis yang paling teruklah..

For those driver yang dlam kategori day dreaming and siput babi ni, please lah attend JPJ class balik... ANDA telah menyusahkan driver2 yang lain..silap2 anda boleh menyebabkan kemalangan dan kematian pada org2 lain!!!!!!!

Thursday, June 24, 2010

Durian

i baru je balik dari dusun durian. Ke sana dengan kawan tadi utk. order durian for 'Durian Party" kat ofis esok.

Ni merupakan final durian party for me... huhuhu... kat ofis baru nanti mesti takde party2 mcm ni...betul2 tak bestlah..

I tak minat sgt durian, setakat 2 or 3 ulas bolehlah...tapi suasana menikmatinya dengan kawan2 yang tak boleh dilupakan tu.

Cina jual durian tu happy je tadi bila duriannya laku banyak... :)

i pulak dah pening... (lepas makan 3 ulas durian and minum air kelapa... :(

Axe oil pleaseeeeeeeeeeeeee

Wednesday, June 23, 2010

Rindunya...

Syukur alhamdulillah... dapat juga i kembali ke sini...

Sebelum tu, i nak ucapkan jutaannnnnnnnn terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan keafiatan i. Moga anda semua beroleh sihat dan selamat dalam peliharaan-Nya jua...Amin.

Ramai yang bertanya, apa sebenarnya penyakit i... i sendiri pun tak tau how to explain. Tapi masa sakit hari tu Sis Rini ada sent info about side effect from H1N1 vaksin... memang macam tu lah yang i rasa...

Nak tau lebih lanjut, baca ya... http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2010/05/suntikan-vaksin-h1n1.html

Selama menyepi ni, macam2 yang berlaku...dan nak update kat sini. Tapi now i really busy giler! nanti2lah k..

(ni pun time lunch... sebab dah rindu sgt. kat blog ni...)