RSS Feeds

Tuesday, March 23, 2010

Budaya Membaca

Kat rumah dah ada library... mcm2 bahan bacaan ada... semuanya hasil daripada hobi bang Dek yang suka membaca dan mengumpul buku2 dan majalah2. Disebabkan banyaknya buku2, maka nak masukkan rak buku pun dah tak muat lagi. Alamatnya ada buku2 yang terpaksa tidur atas lantai.

Enviroment yang menggalakkkan untuk membaca dah ada, cuma nak terapkan budaya tu je pada anak kami si Lisa tu. Apa yang i observed, selain daripada buku2 tadika, dia suka pada buku2 tentang UFO, animals, majalah Libur dan buku2 standard dia cam Upin dan Ipin, Barbie, Dora, Strawberry Short Cake dsbnya. Itu masa kat rumah... Now, i nak dia close dengan buku masa dia tak tau nak buat apa2.. epecially masa dalam kereta atau masa2 we all sedang wait for something.

Macam hari ni, i tak sihat so dia temankan i ke klinik. Hari ni dialah yang jadi nurse pada mummynya ni. So, dia dah prepare satu beg, dan letakkan buku2 yang dia nak baca nanti. Sebagai ganjarannya, nak pulak satu lagi pensil case chipmunk...


As usual, she likes posing!


Masa kat klinik while waiting my turn, Lisa leka dengan buku2 dia tu... membaca dan buat latihan dalam buku tu. At the same time, adalah mata2 ibu bapa dan anak2 yang memandangnya. Baguskan! At least dia dah jadi 1 model kepada budaya membaca...

We bersyukur dan happy sangat2, sebab wpun umur Lisa blum 6 tahun, tapi dia dah pandai membaca. Bang dek kata, kat sekolah dia ada budak dah darjah 3 pun tak tahu membaca lagi! Sedihkan... sape yang nak disalahkan dalam hal ni? Cikgu ke? ataupun nak kata budak tu bodoh? i rasa ibubapa pun mesti ada peranan nak bantu anak2. Luangkanlah masa untuk ajar mereka membaca. Biarlah anak kita tak pandai mcm anak orang lain, but at least dia kenal huruf dan boleh membaca. Taklah satu hari nanti, nak naik bas pun tak tau mana bas tu nak pergi dan selalu ditipu oleh orang (ini paling bahaya!). Silap2 harta benda dan diri pun kena jual sekali.

i suka kat dlam TV tu ada dokumentari tentang budaya membaca dengan lagu2nya sekali. Lisa hafallah lagu tu.. sebelum dia membaca, dia akan nyanyi dulu. i doakan agar Lisa akan ikut jejak ayahnya... jejak mummy ni kureng la sikit, sebab mummy suka baca majalah2 dekorasi lebih daripada buku2 Ilmiah. tu pun sebab masa2 lampau dari drjah 1 till univ, dah penat baca buku..

1 comment:

Si Anggerik said...

ur daughter is pretty. :)
n it's great the way u train ur daughter to read in public areas.

Post a Comment