RSS Feeds

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 28, 2010

Kaler Air

Celik je mata pagi Sabtu semalam, dah tanya mana set lukisan dia... Bila nampak je benda tu kat atas meja, terus je duduk dan start mewarna.


Water colour dan kertas lukisan dah siap bergambar tu i belikan hari Jumaat sebelumnya. Kata lisa, orang lain semua dah mewarna pakai air, dia je sorang yang tak guna lagi. Cara dia bercakap masa tu, sebijik macam orang yang betul2 dah ketinggalan zaman!

Apa yang i observed, dia pandai menggunakan berus lukisan tu dan tahu cara2 nak mewarna. Cuma tak tahu cara nak balance kan air dan warna serta tak kemas... Biasalah lah kan, "saya budak baru belajar"


Actually, bang Dek dah register kan Lisa untuk kelas lukisan pada setiap Hari Sabtu. Tapi disebabkan mummy dan ayahnya yang sibuk ni, maka tak mula2lah lagi kelas budak tu! Ingat kat hati kami ni, biarlah satu hari nanti dia pandai melukis dan semoga itu menjadi salah satu daripada hobinya. Kata orang budak2 yang pandai melukis ni, akan mempunyai pemikiran yang kreatif. Selain daripada tu, nak dia ada aktiviti yang berfaedah.. daripada membuang masa tak tentu hala.

Concentrate sangat dengan lukisannnya tu, sampaikan ajak breakfast pun tak nak! Selalunya pagi2 Sabtu macam ni, dia sibuk nak watch kartun... Setelah hampir sejam, siaplah lukisannya tu.


"Mummy ni lukisan 1 Malaysia la mi... cuba tengok ni!"

No comments:

Post a Comment