RSS Feeds

Wednesday, May 26, 2010

Belajar Bersyukur atas kesakitan ini...

Buat kesekian kalinya, rindu kepada masa2 yang sihat...

Dalam kesakitan ini, terasa terbatas apa yang ingin dilakukan...

Namun, telah belajar untuk bersyukur atas kesakitan ini... dan berdoa agar segera sembuh seperti sebelumnya...

Terima kasih Kuhasya...rasa tenang jiwa membaca tulisanmu...


Tuesday, May 18, 2010

Sararisa-crafts Giveaway

Pagi ni, bangun je badan dah rasa 'asam-asam'.. Lisa pun kata dia rasa cam tu gak...heheheh...

but, tetap sorang ke tadika dan sorang lagi ke tempat kerja.

nengok je meja kerja, dah rasa pening and nak muntah...mcm2 kerja nak disettlekan...arggghhhhhhhhhhh...

Ambil je minyak angin, buh kat kening and belakang tengkuk and terus layan blog kawan2...

so, kat blog cik Rinie, baca post dia tentang blog 'handmade by sararisa"... terus i jatuh cinta! i memang suka blog2 mcm ni...feel refresh...

Cik Sara kite ni nak buat giveaway sempena b'day dia nanti... respectla org2 yg full dengan creativity ni... so mcm i yang kayu ni, boleh jadi fan je lah..

nak tahu hadiah dia pe? mcm2 ada. antara hadiah yg menanti:

~ 1 helai tudung bawal korea
~ 1 pek DIY felt (card holder)
~ 1 framed quilling pattern
~ 1 pc felt hp strap
~ fridge magnet - london
~ 12pc novelty button
~ 20pc button
~ 6pc crystall heart shape
~ 4pc crochet flower
~20pc pearl flatback heart
~ 3pc emblishment flower

jadinya...terus je join as a follower and link blog dia kat blog i..senang nak tengok hari2 hasil kreativity cik Sara ni...

currently, i dah ada kwn2 baru cam Chacha, si Anggerik and Sara... you all make my life more colourfull & beautiful..tq so much...

for Sara, wishing you advanced Happy Birthday... Semoga segalanya yang terbaik adalah menjadi milikmu...

sape2 yg nak joint, cpt pi terjah blog Sara ye. tarikh tutup18 MAY 2010 pada pukul 8mlm. ada masa lagi ni. Meet sara at http://sararisa-craft.blogspot.com

chow chin chow...

nak sambung keja balik....

Sunday, May 16, 2010

Semoga Hari2mu Seindah Pelangi..

Hari ini genap umur Lisa 6 tahun 1 hari... Sekelip mata sahaja rasanya masa berlalu....

Flashback>>> Selepas setahun kami married...Allah kurniakan Lisa buat kami. Masa tu bang Dek nak anak lelaki, tapi i nak perempuan... bukan kami je, abang Ayik juga nak lelaki, katanya ada geng gusti2... kak sha pulak nak perempuan ,nak main masak2... Lisa merupakan cucu ke 3 dalam family sebelah i...

Berdebar je tunggu masa scan tu, akhirnya i menang... suka tak ingat masa tu..walaupun pregnancy time buat i phobia tapi i kuatkan juga semangat nak bawa dia sampai sembilan bulan...if lelaki, mungkin i rasa down sikit kot!

Lisa supposed lahir pada 7th May , so we happy dgn date tu..coz i lahir July 5th...senangkan nak ingat.. till 14th May, lisa masih nak tinggal dalam kandungan mummy, but Doctor said cannot wait anymore...have to induce, tu yang birthdaynya 15th May 2004.

Namanya i yang pilih...NUR, bang Dek kata wajib... LISA, i suka nama tu... simple, soft and sedap disebut and didengar... ZALIA sebab masa tu i suka sangat dengan model Zalia yang skinnya putih pink gebu tu...no wonder she likes model kan! Just masa menulis ni i realize that...



Pagi 15th May 2010...

Dah 6 tahun anak mummy ni...

Sempat pagi tu pegi rumah adik i, ada kenduri cukur jambul anaknya, then singgah rumah adik i Zu (kerja2 mengecat rumah sedang dijalankan) , gi kedai Seng Heng and Tesco... sampai je rumah dah hampir jam 5 petang... fuhhhh pack betullah jadual hari ni...


Sampai je rumah dah hampir jam 6 petang....Bang Dek terus mintak i ajak Lisa tidur...coz dia ada projek yang dia tak nak Lisa tahu!

This is a project...

Tema bungkusan hadiah Lisa tahun ni ialah "menuju tangga kejayaan"... Bila creativitinya dah muncul, ni lah hasilnya....


Dalam ni lah adanya giant chupa chop!

Pada mulanya, we ingat tak perlu nak celebrate bday Lisa lagi, coz already celebrate kat HK hari tu. Tapi bila tau je yang celebration tu without cake (mana nak cari halal cake masa tu?), nenek (mak i) terus kata "beli je kek and celebrate kat rumah mak ni". Adik2 i pulak menyokong, tu jadi majlis tu... only kek and satay je, coz mereka2 ni kata dah full makan kenduri siang tadinya.


A few Photos during bday celebration...


Pose with mummy and ayah...

Wajah2 kepenatan...

Bercerita bab hadiah pulak, hadiah pertama Lisa dapat from mak i...RM100 pada 14hb after nenek sembahyang Magrib. Bagi nenek dia ikut bulan Islam, masuk je maghrib dah 15hb... Mama pun sama gave her RM50. Suka sakanlah dia...

Mummy gave a giant Chupa Chop... She merengek2 nak benda alah ni since before we went to HK (at LCCT) and during at HK airport. Masa tu i tak nak belikan... and she merajuk giler! tu yang buat surprise masa bday ni.



Ayah gave set drawing... for drawing class yang akan Lisa join nanti.


Dan...tak sah kalau ayah tak berikan hadiah ini...


Hadiah2 yang lain juga from auntie2...
Mummy pun suka jugak pada gift2 yang cute miut ni...

A great present for her was a trip to HK Disneyland.... (nantikan full story kami di bumi HK....)

Overall, Lisa happy .... apakah yang lebih membahagiakan daripada itu...?


dan kami bersyukur pada-Mu Ya Allah... Jadikanlah anak kami anak yang solehah, anak yang menghormati kedua ibu bapa, guru2 dan orang2 yang lebih tua, kawan2 dan semuanya...anak yang suka mengerjakan solat...berjaya di dunia dan juga di akhirat...Amin.

Satunya, di usia 6 tahun ni..dia masih tak boleh tinggalkan... yang warna hijau tu!


Bang Dek kata, "minum je dik..., sampai anak dare pun takpe"... heh..heh..heh...

Thursday, May 13, 2010

Lisa suka tak ingat...

Just now, odw back from my mum house, as usual we listening radio Hot FM. Before iklan, Ikhwan and Anne bagi contact nombor so that pendengar2 boleh call them. I pulak terus je dial nombor tu and pass hp to Lisa.

Quite sometimes she waiting until she started talking with someone. At first i tak percaya sangat yang dia sedang online dengan mereka, until lah i dengar sendiri suara si Lisa bercakap dengan Anne dan ikhwan after that kat radio.

Masa dengar tu, i got surprised and si Lisa pulak tersengih2 je... Balik je ayah dari kelas tuition, terus she update yang suara dia keluar kat radio Hot FM tadi...

Dalam suka tu ada jugak concern nya... "macam mana ni Mi, Lisa malulah kalau kawan2 Lisa dengar suara Lisa tadi"... ???????????????

This is consider a sweets memori for her... i biarkan je dia suka tak ingat tu! Senyumnya dah sampai kat telinga la ni!

We layan je...

** For Anne dan ikhwan (if you terbaca post i ni), thanks for make Lisa happy. Dasyatlah soalan cepumas yang you all berikan kat dia!

Wednesday, May 12, 2010

Cekak Baru

Dalam simpanan Lisa, ada lebih kurang 20 cekak. Cekak Mickey ni merupakan koleksinya yang terbaru, we bought during at Disneyland.

Hari ni, she wear the cekak Mickey. At first, i tak bagi dia bring to tadika, bimbang hilang or kotor! But she insist to wear.

Petang tadi, dia bagitau i;

"Mummy tau tak, kat sekolah tadi budak2 semua berkumpul kat meja Lisa sebab nak tengok cekak ni. Sampai bertolak2 diorang Mi"

My concern;
'Cikgu tak marah ke?"

Itulah kisahnya....

Tuesday, May 11, 2010

Singgah kejap...

Lama rasanya tak singgah di sini, walaupun sbenarnya baru dalam seminggu... Sebelum and selepas ke HK, life semacam je busynya. Banyak yang nak di updte kat blog ni, tapi masih tak berkesempatan. Otak sekarang ni ligat berfikir tentang kerja2 yang tertangguh kat ofis tu, setelah 7 hari ditinggalkan! Sure esok pecah kepala and lenguh2 tngan dan pinggang and juling2 bijik mata mengadap komputer tu... but i really miss my working table...

Tadi pun, boss dah call tanya itu dan ini... penting ke i ni? Penting la kot!

Lisa dah demam la pulak... malam tadi dia meragam and tak tido langsung... same to me...huhuhu....

Hari ni cuti coz nak ensure dia sihat, coming friday dah exam. She nak dapat no. 1. Previously she got no. 3. Mummy pun kira week exam la ni...

Tuesday, May 4, 2010

Langit Chacha...

A sweet memories has been created between us...



Sunday, May 2, 2010

Po' Sen

First of all, i would like to say thanks to my sister Zu, or nama glamournya "Bu"... sebab dinner kami pada 1 Mei tu ditaja oleh beliau...

Ni 'port' baru bagi kami, tak pernah ke sini sebelumnya... So, excited jugaklah!


Kak Sha join kami pada malam tu. She & Lisa order mee hoon goreng je... Nenek pun choose menu yg sama dengan cucu2nya tu.


i and "Umi" (my younger sister), choose menu mee gak, tapi tom yam kuahnya...hehehe...


Zu makan nasi putih dan sup tulang. Dah 2 hari tak makan nasi katanya! Bang Dek as usual, pilih favourite food dia.. nasi putih & daging masak merah...


Kak Sha, belasah air cukup2... "kita haus lah mak dek!"...


Sedap tak sedap, belakang citer. Yang pentingnya, syukur sebab perut dah kenyang...

Plan asal nak makan sea food, tapi bila mengenangkan majoriti yang ada 'ratu allergic' , cancell!

Saturday, May 1, 2010

Jalan-jalan 1 May 2010

Pagi je kami dah keluar dari rumah... terus tuju ke Jusco Balakong. Walaupun masih awal, tapi dah ramai orang kat sana. Berpusing-pusing gak bang Dek cari parking.

Hari ni plan nak cari sikit lagi barang2 untuk ke HK. Syukur, apa yang kami nak beli, dapat...

i sempat gak beli satu benda yang dah lama i idamkan... Kalau ikutkan dah boleh beli benda tu, tapi masih tiada keberanian untuk mencuba...

Kali ni, rasanya dah cukup berani, so sambar je satu...
Before this, i suka sgt tengok orang pakai kasut warna merah, tapi i takut nak cuba. But now, i nak cuba jugak! Tapi i beli yang biasa2nya je dulu... takut if buy yang branded kang tak terpakai la pulak...

Kat HK nanti, fikir nak buy handbag kaler merah la pulak... barulah sedondon kan!. Tapi i fikir tak perlu nak sedondon2 ni kan.. kaki kita suka hati kitalah nak pakai kaler apa, betul tak?

After finish kat Jusco, ingat nak singgah rumah mother in-law, tapi mak takde kat rumah pulak. mak ikut anak perempuannya ke KL. So , bang Dek terus decide nak balik rumah...

Odw back, tiba2 bang Dek tukar haluan. He terus drive ke Bukit Mahkota Cheras, sebab Jusco baru buka kat sana. He said, just nak survey je... Sampai kat sana, really rami orang till no parking at all. Kereta2 menirai paking kat tepi2 jalan. So, kami tak singgah pun... Cuaca panas sangat and i tak willing nak menapak jauh2...

tapi i sempat...


Sampai je kat rumah, dah jam 4 petang. Lepas solat Zohor danAsar, terus zzzzzzzzzzzzzzzzz.... penat!

Kena rehat dulu, sebab malam nanti nak keluar lagi... adik i nak belanja makan.
Free always nice!