RSS Feeds

Wednesday, February 16, 2011

Abang malu... :)

Kesempatan yang ada sempena cuti Maulidur Rasul semalam,
kami gunakan untuk melawat 'abang Ayik' di MRSM Serting.
Kami dalam masa yang sama nak tunjuk kat Lisa
tempat abang belajar dan juga
nak lihat bagaimana rupanya tempat yang dinamakan Serting tu...
Al-maklumlah, kami tak pernah sampai ke sana.
Abang sihat dan nampak hepi je,
tapi dia agak kurus dan sakit tekak, sian abang...
Kata abang, dia takde selera dengan menu2 kat dewan makan tu.
Ada duit pun, dah style abang suka menabung, so dia akan beli roti je makan!

Masa kat sana, sempatlah kami bawak abang keluar lunch.
As usual, abang suka ayam goreng, berselera sungguh dia makan.
Lagi tambah selera, bila Lisa dan Kak Sha "mencutap" sama...

Time nak balik,
Mama, Lisa, Kak Sha dan i rebut2 nak peluk dan cium abang.
Yang abang pulak, cuba nak elak2,
Dia malu rupanya! bila kawan2 semua tengok...
Dan yg lebih penting, dia tak nak kawan2 ejek2 nanti.

Walaupun bang Dek dan ayahnya mengusik-usik abang,
menjadikan suasana ceria,
tapi sedihnya rasa bila nak tinggalkan abang...:(

Bye bang, nanti mak Dek datang lagi k.

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW



Rasullullah S.A.W pernah berdoa,

"Ya Allah,
letakkan dunia di atas tapak tanganku,
jangan engkau letakkan dunia ini di dalam hatiku."



Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku"

- Al-Nasai & Ibnu Hibban -

Selamat bercuti...dan pelihara diri...

Thursday, February 10, 2011

Selamat Hari Lahir...

10 February...

Selamat Hari lahir
buat Umi (Melur)...

Semoga Umi,
Diberkati Allah...
Sihat & ceria selalu...
Suksess dalam apa jua...

"Kemarahan dan kebencian
sebagai energi pendorong,
namun kesabaran dan kerendahatian,
memberinya,
sentuhan akhir yang
membuat keputusan
berwajah menawan"

"Hidup mirip dengan menanam pohon,
kendati yang ditanam hanya pohon bunga,
kerap ada pohon2 lain,
yang ikut tumbuh"


p/s: Salam sayang dari Lisa, Kak Sha, Zara & mummy buat cik melur....


Tuesday, February 8, 2011

Lisa dah Darjah 1 - Part 1

Dah masuk bulan ke-2 Lisa bersekolah,
barulah mummy menulis catatan ini...
Terlalu banyak yang nak mummy catatkan,
supaya bila Lisa dah besar nanti,
Lisa boleh mengenang kembali segala yang berlaku,
semasa Lisa mula2 masuk sekolah...

Dah pastinya, nak masuk sekolah, semuanya mesti yang baru!
Bak kata pepatah "dari hujung rambut, sampailah ke hujung kaki"..
So, ayah dan mummy bawak Lisa ke Jusco, Sri kembangan utk. beli barang2 sekolah.

Masa ni, Lisa so excited try2 baju, kasut, beg dan macam2 lagi...
Ayah dan mummy pun teruja sekali, bila lihat Lisa dah pakai baju sekolah.

Tengok tu!, ayah melayan Lisa..

.



Malam sebelum Lisa sekolah,
Mummy dan ayah bersama-sama, tuliskan nama Lisa
kat setiap barang2 Lisa...
kasut, beg, pencil case dll, supaya tak hilang nanti.


Lisa sayang dah ready to school :)

Monday, February 7, 2011

Thorn among the Roses:)

Pagi tadi abang dah ke sekolahnya yang baru... kali ni abang pergi lebih jauh sikit. Sebulan hari tu abang di Subang Jaya je, hari ni abang ke Serting pulak.

Sebelum ni, abang di Sekolah Agama Menengah Bestari, dan pagi ni abang mendaftar di MRSM Serting.

Abang cucu Sulung dalam keluarga kami. So, tak lepas2 mulut nenek menyebut abang... Nenek mesti rindu kat abang, sebab abang memang rapat dengan nenek.

Masa kecilnya, sedari umur 1 hari hingga ke 5 bulan, i yang jaga abang. Masa tu just graduated and no job, so jagalah abang. Since masa tu abang sorang, so masa i dah kerja dan dapat gaji, banyaklah toys, baju2 dan coklat2 yang i bought for abang. Ingat lagi, masa umurnya genap 1 tahun, i belikan basikal gambar arnab. He so excited time tu!

Sebab rapatnya hubungan itu, makanya i juga miss abang so much...Tadi call abang, abang kata dia hanya boleh balik masa cuti sekolah Mac nanti je. Wah!, lama tu... Nasiblah kat MRSM, abang boleh bawak hp, so dapatlah calling2 abang untuk lepas rindu...
(tapi...Lisa jelessssssssssssss...)

Masa cuti panjang Dec last year,
i dan bang Dek bawak abang, kak Sya dan Lisa keluar.
Sebab abang dapat 5A dalam UPSR dan keputusan cemerlang dalam exam sekolah agama.
Masa tu bawak mereka gi Jusco. Main2, makan2 dan tengok movie Narnia.

They so happy...




Kalau nak tau, gelaran "bang Dek' tu, terhasil daripada perkataan 'mak Dek"...
Pandai je abang bercakap, terus dia call i "mak Dek"!
Sampailah sekarang, nama tu terus melekat, dan digunakan oleh semua ahli keluarga.
"Mak Dek & Bang Dek"...

Mak Dek doakan abang terus berjaya dalam pelajaran dan hidup.
Juga menjadi contoh pada adik2;


Kak Sya, Lisa, Adam, Fasya, Damia, Zara, Aidil, Aisy dan lain2 nanti...

Saturday, February 5, 2011

Pening pulak...

Malam tadi still macam malam sebelumnya...
tak boleh tidur,
rasa pening, loya, perut mual dan macam2 yang tak menyenangkanlah.
Dapat lena kejap, lebih kurang pukul 3.30 pagi kot,
macam2 mimpi pulak ada,
tapi pagi ni tak ingat satu apa pun!

Petang semalam,
kami ke i-City Shah Alam (full story later k...)
So, our dinner kat sana jugaklah.
Berpusing-pusing gak cari kedai makan,
sampai Cik Melur naik pening,
hanya semata-mata kerana fikirkan pasal i ni...
Bang Dek pun sampai terkeluar kat tol Sg. Rasau!
"sampai dah naik sasau",
kata bang Dek...
Terperangkap pulak dalam traffic yg sesak!
"bukan sasau lagi ni, dah koma jadinya"
bang Dek buat lawak again...

Finally,


i terpaksa ikut je,
sebab all dah hungry!
Kalau ikutkan hati i tak suka tempat2 macam ni!

Selalunya, bila masuk je kedai makan,
i akan letak perasaan kat tepi...
kalau ada perasaan kang, tak lalu pulak tekak ni nak telan apa2...
Masing2 order makanan, but i order teh tarik je,
makan2, No..No..No...


Lepas dah selesai semua,
baru i letak balik perasaan,
dan snap 2 foto di bawah ni...


terdapat 3 ke 4 bijik sign macam ni dalam kedai tu...



Tapi, majoriti yang datang masih merokok dan buang puntung rokok kat atas lantai.
Memang tak bertamadun betul mereka2 ni!!!

Gelinya i bila tengok lantai tu, Allah je yang tau...
Sebab tu, bila masuk kedai makan,
i elakkan pandang lantai dan masuk toilet diorang tu,
kalau dua ni i dah tak dapat elak kan,
pastinya i dah termuntah kat dalam kedai tu jugak...

Pernah masa kitorang bercuti kat Sabah dulu,
i hanya order maggie je tiap2 hari,
tu pun telan dalam paksa!

la ni, masih lagi pening2 dan loya,
baru jap tadi try gi muntah,
tapi tak boleh pulak.

Lisa still tidur,
if dia nampak mummynya muntah2 ni,
sure dia tanya,
"mummy, maismarende kem..kem.. ke?"
hi..hi..hi...

p/s: kepada perokok2 di luar sana tu,
tolonglah sensitif sikit dengan keadaan keliling,
kalau nak merokok dan buat sepah/kotor,
buatlah kat rumah sendiri!!!!!

Friday, February 4, 2011

Happy CNY 2011

Semalam, i tak berapa sihat...
since 3am, kena selsema teruk.
hidung blocked dan susah nak tidur
pukul 6 pagi barulah terasa mengantuk.
bangun2 je,
12pm!!!
Kepala masih berat dan selsema masih lagi :(

Tu yang tak sempat nak wish rakan2 yang celebrate CNY
so, disini saya nak wish "Gong Xi Fa Chai"
pada
Janice, Abby, Lee Lian, June, Ong See Hiang, Ms. Chin, Wee, CSTan, Tan Weng Li,
Ms. Lee Lee, Fong Yoke Lian, YAF, TLK,
dan semua yang mengenali sayalah...
(sorry kalau ada yang tak tersebut nama...)

So, semalam tak buat apa2 pun...
lepak je kat rumah mak.
Malam, cik Melur ajak keluar minum
so, kami keluar lah kejap
but meeting pompuan2 je!




Sampai rumah pun dah hampir jam 11 malam
Lisa terus on tv nak tengok CJ7.
ni dah kali keempat kot dia tengok
tapi dia tetap tak jemu2...
Mummy nya pun terpaksalah sekali terjebak!
coz Lisa mesti nak berteman,
tak ikutkan, merajuk pulak "anak kucing" ni.

Habis citer tu,
She terus gi bilik dia dan ambik "budak" tu dan bawak tidur
sampai i menulis ni pun
"budak" tu tetap kat sisi dia...



"mummy, Lisa harap esok pagi bila Lisa bangun, "budak" ni hidup"...

Kalaulah "budak" tu betul2 hidup!

Tuesday, February 1, 2011

Keinginan mengatasi kesakitan...

Masa Lisa umur 2 tahun, dia dah pernah tindik telinga.
Dia masih kecil n tak tau rasa sakit yang bakal dia alami...
Masa tu buat kat kedai Habib Jewel, yang kat dalam Metro kajang tu.
Kalau tak silap, dalam pukul lapan malam.

Mula2 tindik telinga belah kanan..
She tadah je cuping telinganya tu, untuk dibubuh ubat air yang sejuk tu.
Lepas je ditembak, she terus menangis...
sampai satu Metro tu lah boleh dengan suara dia!

Bang Dek dah bengang masa tu
Bagi dia, biarlah Lisa besar sikit baru buat
Tapi mummy ni, jeles la pulak tengok anak2 orang lain dah bersubang...

Jenuh gak pujuk Lisa n nak tunggu dia berhenti menangis
misi mesti diteruskan, sebab telinga belah kiri tak buat lagi
Bila dah reda sikit, terus je pakat dengan bebudak kat kedai tu, pegang Lisa kuat2 n tembak je...

Siankan Lisa... mummy mintak maaf ye.
Tapi lepas dua tiga hari, Lisa pun suka gak sebab telinga dah ada subang.

BUT,
Lisa hanya boleh bertahan dalam 3 bulan je...
Telinga dia dah mula berkudis dan sakit
Lepas je cabut subang tu, terus dia tak nak pakai lagi
dan selepas tu, pujuk camana sekali pun
dia tak nak tindik lagi.

After 4 years,
Masa kat Hong Kong
Lisa teruja dengan subang Mickey Mouse
So beli dan bermulalah keinginannya...

Tanpa dipaksa, Lisa ajak mummy gi Tesco dan terus pegi tempat tindik tu


Mula-mula sebelah kiri...


Then, sebelah kanan pulak



Dah siap... pakailah subang biasa dulu.


Lepas 2 minggu, tukar pada subang Mickey tu. She so happy!


Again, telinganya tak tahan jugak...
Tak sampai beberapa bulan
telinganya kembali berkudis dan bernanah
This time, more critical
lucky satu telinga je yang teruk
yang sebelah lagi quite ok dan boleh dicabut subang mickey tu


Lagi sebelah, penutup subang kat belakang telinga tu
dah masuk kat dalam isi
dah tak boleh cabut secara manual
nak tak nak, bawak gi klinik
pegang kaki dan tangan dia
doktor buh ubat bius
dan terus keluarkan subang tu...

Darah dan nanah berlambak keluar
menakutkan...
dan kesian sangat kat Lisa

Sampai la ni.. she tak nak lagi subang
same like mummy too
(mummy juga punya experience yang sama macam Lisa dalam bab2 bertindik ni...
bukan mummy je, malah mama, cik Lin, dan ibu juga...Hanya cik Melur je yang terselamat!)

Walaupun tak bersubang
"anak kucing" mummy ni
tetap comel...


miow...miow...miow...