RSS Feeds

Sunday, February 28, 2010

SCORE A PROGRAM: MENGAPA MESTI PILIH?

18 Sebab mengapa Score "A"

  1. Bersifat Interaktif - menarik minat pelajar untuk mengulangkaji. Buku Latihan tidak interaktif.

  2. Pemarkahan Segera - memudahkan murid mengenalpasti kesilapan tanpa perlu merujuk jawapan.

  3. Pengurusan Masa - murid perlu menjawab soalan dalam masa yang telah ditetapkan. Ini membantu pelajar yang selalu mempunyai masa yang tidak cukup untuk menjawab soalan semasa peperiksaan sebenar.

  4. eReportCard - murid dan ibu bapa dapat memantau perkembangan pembelajaran di mana saja dan setiap masa. Report Card di sekolah hanya 2 kali setahun sahaja.

  5. Laporan SMS - memaklumkan perkembangan anak kepada ibu bapa melalui SMS "real time".

  6. Rujukan Silang - jika murid tidak faham, klik e-Notes dan penerangan diberi. E-notes ini boleh dicetak secara percuma.

  7. Rancangan Belajar - murid dapat menyelia perkembangan ujikaji dan jadual dari rekod terdahulu.

  8. Bilangan Percubaan - murid boleh buat percubaan kedua dan ketiga untuk mengetahui jawapan betul.

  9. Kata-Kata Motivasi - membina semangat murid dengan kata - kata motivasi sebaik murid memilih jawapan betul.

  10. Kamus Elektronik - klik perkataan yang tidak faham, penerangan akan diberi. Terdapat dalam bahasa melayu dan cina.

  11. Tahap Kesukaran - ibarat "game", murid perlu mencapai 80 markah sebelum maju ke tahap lebih tinggi.

  12. Soalan Panas - terus dari Guru Cemerlang, tidak dapat dibeli di mana - mana kedai buku.

  13. Sukatan Terkini - kandungan dikemaskini setiap masa mengikut perkembangan sistem pendidikan terkini.

  14. Pertandingan Kebangsaan - murid di seluruh negara dapat bersaing dan mengetahui kedudukan mereka. Ini satu persaingan yang sihat.

  15. Anugerah Tahunan - murid cemerlang dapat pengiktirafan. Setiap tahun, "Score A Scholar Night" meraikan murid cemerlang.

  16. Pembelajaran "Output" - peperiksaan adalah pembelajaran 'output'. Score A merupakan cara pembelajaran 'output' yang terunggul.

  17. Bersifat Mudah Alih - dimana ada komputer, di situ anak belajar. Tidak perlu bawa buku bertimbun waktu melancong!

  18. Rebat Kewangan - anak boleh belajar dengan percuma. Anda hanya perlu memperkenalkan Score A kepada 4 keluarga. Ini bagi orang yang nak jadikan Score A ini satu bisnes.


Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul dari Kak Sha & Lisa...

Kak Sha & Lisa suka nak ucapkan Salam Maulidur Rasul pada semua...

kak sha now odw to Langkawi with her family. mak Dek doakan kak sha n family selamat dalam perjalanan pergi dan balik. Lisa pesan, jgn lupa belikan coklat byk2 ye!

Lisa pulak kat rumah Cik Lin ni... She dah tak sabar nak tunggu esok, nak main dgn. Zara n Aisy.

Apapun, harap semua org enjoy during holiday ni.. akhir kata, rajin2 solat ye... Semoga keperibadian nabi Muhammad SAW yang mulia terpuji menjadi idola pada kita semua...Amin.


Wednesday, February 24, 2010

Mengapa terpaksa TERIMA....

Semalam, on the way back from kerja, spt. biasa aku akan dgr. celoteh si Jawa Rangers kat Hot FM tu. Topic yg. they bincangkan masa tu tentang "terpaksa terima"... Then, adalah satu akak tu called and story kata dia terpaksa terima yang husband dia dah ada perempuan lain... Kak tu kata lagi, anak dia ada tujuh orang. Dia redha dgn. apa yang berlaku... Dia now rasa tabah & kuat hanya kerana adanya sokongan drpd. anak2 dan kawan2. Dia terpaksa terima hanya semata-mata kerana pentingkan anak2...

Aku rasa tersentuh dan sedih bila dengar akak ni story, tambah2 lagi dengan suaranya yang sayu tu.. hu..hu..hu.. Apalah nasib isteri ni, always sang suami buat mcm ni. Aku bengang betullah.. Aku kalau boleh nak mengulas panjang lebar ni, tapi bila fikir2kan balik malaslah pulak... coz dah ramai org. yang mengulas isu2 ni sejak dulu2 lagi.

Cuma aku suka nak link kan citer kakak tu tadi dgn lagu Siti "CINTA INI". Semoga lirik lagu tu boleh mengingatkan pada org2 yang dah kahwin atau yang masih single lagi bahawa terimalah pasangan anda seadanya, peliharalah dgn. baik hubungan yg terbina, bertolak ansur dan berfikirlah dgn. waras sebelum ambil tindakan yag boleh melukakan pasangan anda. Lagi satu tentang anak2, tak kesian ke dgn mereka? Tindakan kita bakal memusnahkan masa depan mereka.

Pada kaum Hawa yang suka close dgn suami orang, pls..... la kesian kat isteri dan anak2 lelaki tu. Mengapa isterinya "terpaksa terima" hanya kerana ANDA!!!

Hayatilah bait2 lagu dibawah.....


Lirik Lagu Siti Nurhaliza - Cinta Ini

Betapa Engkau Menyintai

Agungkan Aku Bagai Seorang Puteri

Selalu Kau Puja Diriku Ini

Melayang Aku Tak Memijak Bumi


Namun Terkadang Ku Rasakan

Apakah Sikapmu Tak Berlebihan

Aku Wanita Tak Sempurna

Bukan Sekilaunya Batu Permata


Marilah Bersama Jalani Cinta Kita Apa Adanya

Saling Mengerti Dan Sudi Menerima

Kita Manusia Biasa

Marilah Menjaga Kesucian Cinta Rahmat Yang Kuasa

Saling Berpadu Hati Untuk Berdua

Dalam Dakapan Mesra


Nikmati Suka Berbagi Duka

Seiring Denganmu Aku Bahagia

Genggam Jemari Dan Berjanji

Setia Selamanya Sampai Akhir Nanti

Tuesday, February 23, 2010

Sambungan Aku, BUKU Dan CINTA..

Didalam buku ni jugak, terdapat kata2 mutiara yang sgt bagus untuk kita kongsi bersama.. Antaranya ialah;
  • Ketika bergaul dengan manusia, apa yang ada hanyalah mengadu domba, mengumpat, dengki dan saling membenci. Namun ketka bergaul dengan buku, apa yang ada hanyalah hikmah, hidayah dan keindahan.

  • Kebodohan adalah satu kenderaan yang jika memandunya akan tergelincir dan orang yang bersahabat dengannya akan sesat.

  • Syabas bagi sesiapa yang duduk di dalam rumahnya hanya untuk membaca, mengkaji dan mengarang.

  • Terima kasih kepada setiap ibu yang berkata kepada anaknya "Bacalah dan belajarlah!"

  • Sesiapa yang bencikan buku, bosan membaca dan malas menuntut ilmu, maka itulah yang dinamakan buta hati, kurang akal, tidak bernurani dan orang bodoh.

  • Hindarilah daripada satu hari berlalu tanpa ada membaca walau satu buku.

  • Ilmu dan pengetahuan merupakan kurniaan Allah.

  • Sampai bilakah anda duduk lepak bersama orang-orang lalai itu? Ia hanyalah percakapan sia-sia, buang masa dan tidak berguna! ambillah buku dan bacalah!

  • Jangan anda mengeluh ketika menunggu. Bacalah!. Jangan anda merasa gelisah ketika bersendirian. Bacalah!.

  • Ajarlah anak anda mencintai buku dan membaca supaya kelak menjadi anak soleh yang berguna.

  • Perpustakaan adalah taman di dalam rumah dan ka'bah ilmu pengetahuan.

  • Dalam satu khemah yang didalamnya ada perpustakaan lebih indah daripada istana tapi di dalamnya tidak ada buku.

  • Buku telah memperlihatkan masa lalu, masa sekarang dan masa akan datang.

  • Orang yang tidak mempunyai ilmu, adab dan tidak pernah membaca buku, pasti percakapannya tidak berkualiti.

Kita ni sebagai ibu memang ada banyak tanggungjawab. Daripada sekecil-kecil benda sampailah ke yang sebesar-sebesarnya. Kadang2 tu, bila anak malas nak belajar dan membaca, angin jugak dibuatnya! Namun, nasihat, dorongan dan doa daripada kita ibubapa sangat penting untuk anak2. So, jangan putus asa k...



Sunday, February 21, 2010

Pagi Sabtu Yang mendebarkan...

Semalam pagi, lepas je solat subuh, kalau ikutkan rasa hati nak je sambung tidur balik. Yelah kan, hari cuti, nilah masanya nak bangun lewat sikit. But, mind terus je teringatkan pokok2 bunga kat luar rumah tu. Lately, cuaca panas sgt. dan langsung takde hujan. Kesian pokok2 aku tu nak minum air...


Jam masa tu lebih kurang pukul 6.50 pagi... baru je aku nak capai baldi, adik aku call. Tak sempat ckp apa2, putus la pulak line... aku ni memang alergy receive phone call awal pagi n tengah malam! Hati aku ni dah dap, dup, dap, dup ..terus terlintas mesti ada something yang tak kena kat rumah parents ni..


Tak salah tekaan aku, adik bagitau ayah pengsan. Dia mintak aku dtg sekarang jugak!. Apa lagi bergegas la aku bersiap. Aku part2 emergency ni memang aku cepat sikit.. so dgn tak mandinya terus ganti baju, kejutkan Bang dek n Lisa and terus ke tempat kejadian..huhuhu...


Dr. yang check ayah kata, blood pressure ayah naik tinggi. Thats why dia pengsan dan muntah2... Kami dah tak fikir panjang, terus asked Dr. to admit ayah. Biarlah blood dia stabil and dia boleh rest.


So, masa kelam kabut aku bermulalah dari saat itu till malam tadi jam 12.30 malam. Dah aku ni kakak yang sulung, so adik2 pandang muka aku je bila nak iniate apa2 pun.. Selalunya, bila ayah sihat, dialah yang akan fikirkan apa meals for anak, cucu n menantu.. ni dah jadi tanggungjawab aku pulak...


Pagi ni ayah masih lagi lemah. Ayah still under medication... Kami doakan ayah cepat sembuh, so mak taklah rasa susah hati...


Yeah, memang penat giler semalam.. buat byk kerja and berulang alik jenguk ayah kat KPJ. Tapi Syukur Alhamdulillah, everything goes fine...

That's we called LIFE...uncertanties...


Hari ni, tanggungjawab masih perlu diteruskan... But mind dah fikir tentang tomorrow! Esok aku kena pergi keja, tak boleh cuti... Jap lagi nak discuss dgn siblings, sape yang boleh cuti utk. jaga ayah..

Friday, February 19, 2010

Truth of life....A little time to read and to think on it......

Pagi ni bakal adik ipar aku sent a good message about parents. So I would like to share with all..
























Everybody has an apple tree in his life. And this is your Parents !!






Nilai murni drpd. story ni, biar sesibuk mana kita sekalipun, janganlah lupa luangkan masa untuk menjenguk ibu bapa kita. Paling tidak pun, call lah mereka bertanyakan khabar. Zaman yang serba canggih ni dah takde alasan tak dpt. buat tu semua. Yang paling penting doakan mereka.


"Ya Allah, Kau peliharalah kedua ibubapaku dalam rahmat dan kasih sayangmu, sebagaimana mereka memeliharaku sedari kecil dengan penuh kasih dan sayang..Amin."


Thanks Eddy.


Thursday, February 18, 2010

Aku, BUKU DAN CINTA

Bang Dek memang hobby dia suka buku. Sejak kecil dia dah mengumpul buku2, hinggakan kat rumah kami sekarang secara tak langsung dah ada library. Semua buku dia suka baca especially buku2 sejarah. Dia memang minat giler dgn sejarah..tanyalah tentang isu apa sekalipun, dia akan boleh bercerita dgn. panjang lebar.

Tapi baru2 ni, sekelimbas aku terpandang yang Bang dek ni dah ada ada buku CINTA la pulak! Terdetik kat hati aku ni, sejak bila pulak la Bang dek ni baca buku2 cinta.. Ada 2 buku yang aku ternampak tu, satu BUKU KEKASIH dan satu lagi Aku, BUKU DAN CINTA.

Apalagi, bila Bang dek takde aku pun belek2 la buku tu. Ternyata tekaan ku salah... Buku2 tu sebenarnya tentang kecintaan seseorang terhadap buku. Lega... Aku lantas tertarik dan sedang membacanya sekarang.

Justeru suka aku untuk share dengan semua tentang kisah Aku, BUKU DAN CINTA. Buku ni asalnya karya Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni. Telah diterjemahkan dan diterbitkan oleh Pustaka Al-Hidayah. Buku ini menceritakan kepada kita bagaimana kisah2 ilmuwan dan tokoh muslim memperoleh kejayaan dan menghasilkan karya2 agung lantaran mereka rajin membaca.

Part yang menarik ialah Ibn 'aqil menceritakan tentang dirinya; "Aku berusaha sekuat tenagaku memangkas waktu kesibukanku yang lain demi menjaga waktu agar dapat membaca lebih banyak. Aku rela tidak makan roti dan hanya makan manisan dengan secawan air, kerana jika aku makan roti, maka banyaklah masa yang terbuang"

Sayangnya pada zaman sekarang ini, masyarakat kita nampaknya lebih gemar sibuk mengurus hartanya drpd. ilmu. Jangankan satu hari, satu jam, rasanya berat bagi mereka meluangkan waktu menuntut ilmu. Pada zaman sekarang, seseorang akan lebih dihormati ketika dia mempunyai banyak harta benda. Ini merupakan keadaan yang membuatkan muka kita berkerut sedih.

Kita adalah umat "Iqra" dan semestinya kita menjadi bangsa yang rajin membaca bagi meraih kejayaan dalam segala aspek kehidupan di dunia ini. Ada lagi yang nak aku share tentang buku tu.. to be continued.

Wednesday, February 17, 2010

Syukur Alhamdulillah...

Akhirnya aku dah ada blog sendiri. Selama ni asyik dok tengok blok orang je. Suka aku nak ucapkan terima kasih pada anak aku Lisa yang selalu menggesa mummynya buat blog, coz dia nak gambar2 dia terpampang kat dlm blog tu..mcm anak2 org lain. Thanks also to Ami Shamril, Raihana, Sueqaisara, abang Dek & all my sister for their support to make my dream come true.

Dalam blog ni, aku kan store citer-citer lama dan baru life aku, bang Dek, Lisa, my family and everything la..Sesungguhnya yang baik itu dtgnya drpd. Allah, yang buruk itu datangnya daripada diri aku sendiri. So for those yang visit blog aku ni, ambillah yang baik jadikan panduan, yang buruk tu jadikan sempadan k.

At the same time, now aku dah ada bisnes.. so, aku akan story mory about it dalam post bisnes nanti. Bisnes ni good for children and parent as well... juga sgt bagus for bloggers!

Till we meet in next entry, have a nice day.

Wednesday, February 3, 2010

Contact

FAQs

About Me

A wife for cikgu Azril and a mummy for Lisa. Looking forward to have a five figure income and a flexible time for my family, business and myself as well.