RSS Feeds

Saturday, July 31, 2010

i miss him...

Masuk hari ni dah dua malam i and Lisa tidur kat rumah mak i. Bang dek dah dua malam mengikuti school camping kat Bangi.

Semalam lepas kerja, i balik ke rumah. Waktu dah Maghrib, quite scary...

Kat ampaian, nampak kain2 dah pun tersidai... tiba2 i rasa terharu sangat...

Next week, bang Dek tidur kat sekolah lagi, perkhemahan Pengakap pulak...

I really miss him ...

Lisa too...

Bila jam...Bila cinta...

Dulu bila orang bercerita pasal road jam, i macam takde perasaan je...

Kini, bila sendiri dah hari2 duduk dalam jam tu, baru ade perasaan...

Mula2 bengang giler... lama2 dah jadi biasa...

Lately bila tertekan dalam jam, kat radio keudara pulak lagu BILA CINTA, feel relief...

i just add lagu tu kat Blog i... so pada yang tak pernah dengar, layan k...

Sunday, July 25, 2010

Arrgghhhhhhhhhhh....

Kebelakangan ni, masa2 senggang I semakin limited... Walaupun begitu, I cuba nak adjust time agar semuanya berjalan seperti biasa...

Doa I pada Allah agar terus memberikan I kekuatan fizikal dan mental untuk melalui hari2 mendatang... I'm looking for work life balance...

Hope my MD understand!

Before this I'm not involve in HR matters...I'm mostly taking care Admin and Training & Dvelopment. But now I've to put 100% commitment to both.

Berusaha!!!!!!!!!

Enis, you can do it!

Thanks to Bang Dek and Lisa coz supporting me without failed.


I love you both...


Tak de Kawan...

Weekend ni Lisa tak de kawannnn...

Kak Sha dan Abang holiday in Bandung...

Yaya dan Aisy pun tak balik minggu ni...

I dan bang Dek sibuk dengan dunia masing2...

So, she just completekan kindergarten homework, Kumon Sheets and do revision...

Masa2 senggang she watching movie "Lu pikirla sendiri"... CD beli kat pasar malam je. Tergelak2 lah dia sorang2 melihat gelagat Nabil tu...

Itu semua dia can survive alone... but bab main old maid, i lah yang jadi mangsanya... Dalam satu hari ni dah berapa round main dengan dia. She bukan faham mummynya ni sibuk and byk benda nak buat...

Looking that she's need a friend, I've to sacrifice...

Semalam, for the first time Bang Dek bawak dia naik motor pergi ke Semenyih... At first I marah jugak dengan Bang Dek. I memang tak benarkan Lisa naik motor kat Jalan raya. Mentang2lah I kerja semalam, so dia dah bawak anak dare nya tu ronda2...

Hari ni, Bang Dek bawak kami pergi teman dia menderma darah. So, itulah aktiviti yang sempat kami lakukan...

Sunday, July 18, 2010

Old Maid



Dua tiga hari ni, i layan je Lisa main Old Maid. First time kami main kad ni bersama-sama.

Dengan tangannya yang comel tu, memang sukar dia nak handle kad2 yang banyak tu. Tapi sibuk jugak "mummy biarlah Lisa yang 'chong' kan ..."



At first, terperanjat jugak i dengar dia sebut perkataan 'chong' tu... i dan bang Dek berpandangan sesama sendiri dan tergelak dengar Lisa tau pasal benda alah tu!

Dah beberapa kali bermain ni, asyik Lisa je yang dapat old maid... so she ketawa tak ingat and kata "mummy, bagilah Lisa pulak menang sekali..". So, i pun bagilah chance kat dia menang...



Bila main macam ni, teringat masa kecik2 dulu... Waktu tu kami main Old Maid, Happy Family dan mcm2 permainan kad ni masa bulan puasa. So, leka bermain sampai tau2 je, waktu berbuka dah sampai...

Citer pasal bualan puasa ni, tak lama lagi dah nak puasa... Lisa dah banyak kali tanya tentang hal2 puasa ni. Tahun lepas, dia puasa setengah hari je. Balik je tadika terus mintak botol susu.

Tahun ni, nak latih dia berpuasa penuh. Hope she can... insyaallah.

Thursday, July 15, 2010

Dapat kasut baru...

"Adik dah lama nak kasut yang macam ni, terima kasih sebab mummy belikan untuk adik"

Lisa dapat kasut baru lagi... dia mintak dengan i dah banyak kali jugak... kesian pulak anak dare i sorang ni. So, semalam lepas habis mengaji terus bawak dia ke kedai kasut tu. During odw, dia tanya "mummy nak bawak Lisa pegi mana ni?"

I replied, "surprise!"

Nampak je apa yang dia nak tu, melompat sukalah dia... mula2 pilih kasut, ada macam2 warna. As usual she likes pink colour but no size for her...huhuhu.. Finaly have to choose a red colour but still look nice.

Then, part nak pilih button2 tu... sakannya memilih sampai i, Lisa and amoi kedai kasut tu duduk kat atas lantai. Habis semua button dilambakkan for Lisa untuk pilih...

Ada button yang berlampu, 3D button dan normal button...

Nak tahu apa yang she pilih?...

Button (lampu) - 2 biji - RM10
3D button - 4 biji - RM12
Normal button - 4 biji RM5
kasut RM15

All together RM42.

Hasilnya...



So, kalau anak2 anda nak kasut yang sama, cost list kat atas as a ref...

Hari ni pegi tadika she wear the shoes... kat rak kasut tadika tu, nampak kasut dia je... petang nanti nak go Kumon pun nak wear jugak. Budak2 kan... excited tak kira bila dapat benda yang diidamkan.

"mummy, nanti bagitau kat kak Chacha ye, Lisa dah ada kasut macam abang Ian"

"Umi ngan Yaya mesti nak kasut Lisa ni kan..."

"Umi jangan jeles tau..." hihihi...

Monday, July 12, 2010

Nak Selamat Konon...

i memang takde masa nak kemas rumah setiap hari ... especially bab2 vacuum and mop lantai...

Masa yang nak buat benda2 tu semua during weekend only, itupun i selalu buat pagi sabtu sesudah subuh... Fikir hari Ahad nak bersantai-santai...

Citer pasal hari Sabtu, 2 jam awal used for sapu car porch and bermesra dengan pokok2 bunga i (banyak jugak pokok2 i tu, next post la i citer k). Then masuk rumah rendam kain baju, so senang bang Dek nak tolong cucikan nanti. Selesai rendam, prepare for breakfast. Normally beli je, sebab tak tau masak! Kadang2 nasi lemak, nasi kerabu or roti canai. If bang Dek malas nak keluar, alamat roti bakar gardenia sapu jem and planta je...

Pastu... capailah vacuum and start berjalan satu rumah, depan belakang, atas bawah... boring je time ni... Sambil2 tu observe si Lisa buat homeworknya. Dah tu, nak mop la pulak...sama je tensionnya.

Actually rumah taklah bersepah sangat, cuma yang tak tahan bila nampak rambut atas lantai. Geram betullah~ ggggrggrrrrrrr...

baru2 ni i pegi satu kedai and terjumpa dengan satu sign yang i rasa sesuai untuk selamatkan keadaan, kononnya lah...

so i pun hang the sign kat depan pintu store yang opposite main door. Bilamana orang masuk je, kan ternampaklah ia... mcm yang kat bawah ni...




Bukannya apapun, kadang2 bila weekend yang full dengan outdoor activity, maka tak sempat berkemas...

Ingat nak gi kedai ribbon lepas ni, nak find a nice ribbon to replace the current one... look older and cacatkan sign tu je!

Sunday, July 11, 2010

Tag! About your Blog.

1. Apakah nama blog anda dan kenapa anda memilih nama itu?
Colours of Life. Sebab hari2 kita berhadapan, melihat, mendengar dan berbicara tentang kehidupan... kehidupan pula penuh dengan suka, duka, tangis, tawa dan segalanya... itulah warna2 kehidupan.


2. Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://www.lisa-coloursoflife.blogspot.com/. Jawapannya dah tulis kat atas tu, cuma add my daughter's name.

3. Apakah method penulisan dalam blog anda?
I tak limitkan method penulisan. Meaning ikut suka2 hati i je nak tulis apa pun... yang pentingnya setiap yang ditulis itu adalah kehidupan...

4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Never, lagipun baru je bermula kan.... hope biarlah blog ni remain forever, as it is consider a diary as well...

5. Pernah tak ahli keluarga anda membaca blog anda dan apa kata mereka
All my sisters, hubby and Lisa read my blog. So far so good and they all very supportive. In family, only i yang ada blog...

6. Apakah perasaan anda apabila orang lain mengatakan bahawa anda punya blog ini buruk sedangkan masih ada yang mengatakan blog anda cantik?
Pada yang memuji, tq and syukur alhamdulillah. Pada yang mengeji, itu hak anda kan... I yang mostly always in tve thingking tak nak bother pada benda2 yang tak mendatangkan faedah ini. But I'm welcome a good comment from readers outside there.

7. Bilakah anda mula mempunyai blog?
2009.


8. Siapakah orang pertama yang mengetahui anda mempunyai blog?
Hubby

9. Apa perasaan anda apabila orang mengatakan tentang blog anda di sekolah/universiti/tempat kerja?
Bagus tu! maksudnya mereka dah visit blog i ni.

10. 10 orang untuk di-tag
Wah ramai tu? tak tahu pulak sape yang nak di tag ni...
but in mind..
Rini
Sue
Meri
Rai

n sape2 nak buat silakan lahh~


Cha, dah selesai pun... bagus gak buat benda2 mcm ni sekali-sekala kan.

Dalam kehidupan, mesti cuba segalanya...

Barulah terasa manisnya...

Maryamah Karpov

Bang Dek hadiahkan sebuah buku pada hari lahir i yang ke-37 tahun tempohari...

Nukilannya di buku itu,

"Bagaimana manusia meniti pelangi,
menatang indah mimpi...
menilai
DIRI
dan menempa
REALITI..."

I'm so happy... buku yang i nanti2kan selama ini, akhirnya i terima pada hari yang sungguh membahagiakan, di samping present2 lain yang tak kurang indahnya from him and little Lisa.

Mempunyai halaman berjumlah 471, dan i kini sedang menjangkau ke halaman 123. Wow, masih banyak yang perlu dibaca lagi...



Buku ini ditulis oleh Andrea Hirata, penulis Indonesia. Merupakan buku terakhir dari tetralogi Laskar Pelangi. International best seller book.

I kagum dengan Andrea. Cara dia menulis sangat mengesankan...ayat2nya jarang dapat kita temui dalam novel2 yang lain. Bahasanya sangat indah... sehingga kadangkala nak baca berulang-ulang kali satu2 ayat itu...

Antaranya.....

"penyakit manusia yang membuat dunia sendiri dalam kepalanya, menciptakan masalah-masalahnya sendiri, terperosok didalamnya, lalu menyelesaikan masalah-masalah itu, sambil tertawa-tawa, juga sendirian."

"Manusia yang dididik lingkungan keras untuk mengepulkan asap dapur akan menjadi pengalaman tiada banding"

Buku ni bagus untuk dibaca, daripadanya kita boleh mempelajari jerih-payah manusia menggenggam sebuah kejayaan yang penuh bermakna, erti hidup manusia lain, kisah keluarga , rakan2 dan sebagainya...

Di rak buku, dah pun terdampar sebuah lagi buku...'Laskar Pelangi". Plan untuk membacanya selepas selesai menghabiskan Maryamah Karpov. Ada satu buku lagi yang masih dicari iaitu 'Sang Pemimpi"...

Buku2 ini diharapkan akan menjadi pembakar semangat buat Lisa satu hari nanti...

teringat jugak kat Chacha...

Saturday, July 10, 2010

Entah apa yang sibuk...

Dalam minggu ni dah bermacam-macam perkara yang i lakukan...kalau nak diceritakan, panjang berjela pulak nanti...

TAPI...

Yang pastinya setiap apa yang i lakukan itu pertama-tamanya telah memberikan kegembiraan pada lisa... she so happy...so sweet...

selebihnya, mostly i banyak menolong my family, fiends dan orang2 lain juga... semoga dengan izin Allah, satu hari nanti ada pulaklah orang2 lain yang akan menolong atau membantu i...

teringat satu pesanan yang dikatakan oleh Pak Harfan dalam filem 'Laskar Pelangi'... dimana,

"Hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya,Align Centerdan bukan menerima sebanyak-banyaknya"

sungguh sangat terkesan bicara itu di hati i...

bagi Lisa, perkara yang paling dia happy ialah bila i bawak dia pergi funfair... Khamis malam Jumaat hari tu. Bang dek tak follow coz busy dengan kelas tuitionnya tu. So, kami dua beranak sajelah have fun there!

Banyak jugaklah toys yang she collected... tak sempat pulak nak take photo, all still inside Avanza. Kalau dah banyak tu, for surelah banyak pulak duit yang kena spent. Kadang2 fikir rugi je, coz kat rumah pun dah berlambak toys dia... Tapi bebudak kan, bukannya faham khutbah yang kita bagipun... dia nak ikut kata hati dia jugak...

Kak Funfair, i just bagi dia ride permainan yang selamat2 je... dia kalau boleh nak cuba yang for adult, tapi no..no..no..no...

So, layan k photo2 Lisa ni...



ride on kangaroo...



ride on elephant...



ride on train...



ride on helicopter...

Bestkan jadi budak-budak...

Sunday, July 4, 2010

Lisa tak sihat...

Lisa dah tak sihat since last week Wednesday... mula2 hari tu, siang badan dia tak berapa panas sangat... tapi bila malam panas, sampai tak larat nak peluk dia. Tambah dengan meragam pulak sekali...

Now, demam dah takde tapi badan dia masih lemah and got batuk dan selsema... bagi makan ubat tapi macam tak jalan je... tension gak ni!

Bila demam ni macam2la yang dia mintak... so, semalam bawak dia pegi satu shop kat Balakong, best lah kedai tu. Macam2 ade... so, si Lisa apa lagi suka giler kat barang2 alat tulis yang harganya cuma RM1 ke RM1.50 setiap satu...



sejak demam ni, dah mula nak main dengan baby alive...

Tapi sempat juga dia sambar satu mainan... but oklah harga dia compare to Disneyland hari tu! Suka sakanlah dia, coz dah lama mengidam benda alah tu...



Masa demam ni jugak, sempat i pujuk and tukarkan 'bantal busuk' dia. Penat gak i dan bang Dek pujuk. Bantal tu taklah busuk tapi nampak buruk... bantal yang terakhir ni merupakan bantal yang keempat... meaning since baby, dah 4 kali kami melalui masa2 kritikal memujuk dia tukar bantal busuk.

Bantal busuknya mesti ada dua... so nak tukar mesti kena ada dua jugaklah...



but bantal lama2 dulu bang Dek tetap simpan... bang Dek kan, apa yang tak disimpannya... flask air, tin susu yang pertama, botol susu dan mcm2 lagilah barang Lisa yang kami beli sebelumLisa lahir semuanya disimpan!

Semoga Lisa sembuh seperti sediakala dan boleh bersekolah esok...Amin.