RSS Feeds

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan to my lovely blog,
rindunya kat kamu...
tapi kesibukan telah dapat mengatasi rasa rinduku pada mu!

Hari pertama berpuasa,
Insyaallah sahur tadi my lovely princess
bangun dengan penuh semangat...

Hanya menjamah sedikit nasi,
bertemankan sup cendawan dan telur dadar je...
cian anak mummy, tak dapat nak makan ayam goreng...

As usual, akan meratah serbuk milo 2 sudu besar,
makan kismis 6 ulas,
ubat genius,
dan finally air suam...

Pagi ni sekolah mengaji cuti,
so princess boleh sambung tidur...

Sahur nanti, mummy akan goreng ayam panas2 ye...
mummy tak sabar nak tengok adik makan dengan seleranya...

Tahun lepas, anak mummy berjaya berpuasa penuh,
dan moga tahun ini akan berpuasa penuh juga,
meskipun mummy tahu adik akan penat
lantaran pagi, petang dan malam
penuh dengan sekolah dan belajar...
sabar ye sayang...sekejap je...

Semoga anak mummy akan berupaya mengharungi bulan Ramadhan yang mulia ini,
semoga mendapat keberkatan dan pahala yang berlipat ganda...
Ya Allah, berikanlah kami keafiatan, kekuatan, ketabahan, ketenangan dalam
bulan Ramadhan ini...
Amin Ya Rabbal Alamin.

Mummy dan ayah senantiasa bersama rapunzelisa...


Sunday, May 15, 2011

B'day girl menulis...

nama saya ialah nurlisa zalia
hari jadi saya ialah terletak pada hari ahad
saya mendapat hadiah pada hari itu

ayah & mumy membawa saya ke alamanda dan saya & sekeluarga menonton
wayang cerita kongsi...lu mati lu langsi
saya dah malas nak menulis sebab saya nak tengk cerita smurf
dan saya nak tidur. esok saya sekolah.

Giliran B,day girl

Monday, March 21, 2011

Ada ke safety di sekolah????

Hari ni,
i cuba balik awal, sebab nak fetch Lisa kat school.
School finish at 6.30pm, so I managed to reach at 6.25pm.

Waktu tu hujan turun dengan selebat-lebatnya...
dan bebudak pun dah bertolak-tolak sesakan-sakannya,
kat muka pintu pagar yang "sekangkang kera" tu!

Dalam keadaaan parents yang jugak bersesak-sesak,
menunggu kat luar pagar tu,
dengan payung2 yang bersimpang-siur,
dengan air bergenang yang dah sampai kat paras betis,
uh...sesungguhnya tak mudah nak lihat,
where is my Rapunzel...

Can you all imagine,
more than 500 children bertolak-tolak nak balik...
adalah seorang budak perempuan tu,
sampai jatuh terkangkang,
nasib ada hamba Allah yang tolong angkatkan,
if not, kena pijaklah budak tu!

Pengawas mana?
Guard mana?
Cikgu bertugas mana?

Really no safety!!!!!!!!!!!!
I'm going to lodge a complaint tomorrow,
dah tak boleh tahan ni...

Finaly, i found my Rapunzel...
tersepit-sepit si kecik tu,
pitty her...

p/s: Bang Dek always back late from evening school,
when i tanya, he said he have to ensure all children go back first.
Adik respect you...

tahu guard kat mana time tu?
guard kat main gate,
to ensure keta2 cikgu keluar dengan selamatnya...

Yelah cikgu,
pulanglah dengan selamatnya,
bebudak masuk longkang kan bukan tanggungjawab cikgu!

Sunday, March 20, 2011

I love you more mother...

Dah lebih sebulan tak kembali di sini :(

Esok...
Lisa akan kembali ke sekolah semula,
after about 9 days bercuti.
Risau gak ni, takut pagi2 sok dia menangis...
selama cuti ni, dia asyik sedih dan menangis je bila ditinggalkan kat rumah Kak Nab,
sambil nangis tu, cakap "Lisa rindu mummy"
(mummy too sayang...rasa nak tercabut jantung mummy tiap kali berpisah dengan Lisa tau!)
Tapi, diorang semua tak faham kan!:(

Masa cuti,
Sempat jugak kami luangkan masa watch CD Rapunzel..
so, sekarang ni, tiap kali telefon Lisa,
she nak mummy cakap "I love you Rapunzel"...
And she will reply "I love you more mother"..
so cute...

Mummy pun akan start gundah gulana lah sok...
akan cakap sorang2 sambil tengok gambar Lisa kat atas meja kerja mummy tu,
ada hp, tapi tak boleh nak contact Rapunzel mummy:(

Ni, tengah risau giler,
coz nama dah kena petik utk attend HR meeting kat Shanghai,
almost 4 days kat sana nanti...

mummy tak nak pergi...huhuhu...

Wednesday, February 16, 2011

Abang malu... :)

Kesempatan yang ada sempena cuti Maulidur Rasul semalam,
kami gunakan untuk melawat 'abang Ayik' di MRSM Serting.
Kami dalam masa yang sama nak tunjuk kat Lisa
tempat abang belajar dan juga
nak lihat bagaimana rupanya tempat yang dinamakan Serting tu...
Al-maklumlah, kami tak pernah sampai ke sana.
Abang sihat dan nampak hepi je,
tapi dia agak kurus dan sakit tekak, sian abang...
Kata abang, dia takde selera dengan menu2 kat dewan makan tu.
Ada duit pun, dah style abang suka menabung, so dia akan beli roti je makan!

Masa kat sana, sempatlah kami bawak abang keluar lunch.
As usual, abang suka ayam goreng, berselera sungguh dia makan.
Lagi tambah selera, bila Lisa dan Kak Sha "mencutap" sama...

Time nak balik,
Mama, Lisa, Kak Sha dan i rebut2 nak peluk dan cium abang.
Yang abang pulak, cuba nak elak2,
Dia malu rupanya! bila kawan2 semua tengok...
Dan yg lebih penting, dia tak nak kawan2 ejek2 nanti.

Walaupun bang Dek dan ayahnya mengusik-usik abang,
menjadikan suasana ceria,
tapi sedihnya rasa bila nak tinggalkan abang...:(

Bye bang, nanti mak Dek datang lagi k.

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW



Rasullullah S.A.W pernah berdoa,

"Ya Allah,
letakkan dunia di atas tapak tanganku,
jangan engkau letakkan dunia ini di dalam hatiku."



Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku"

- Al-Nasai & Ibnu Hibban -

Selamat bercuti...dan pelihara diri...