RSS Feeds

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 20, 2010

Satu Family Dapat Hadiah

Hari Ahad yang lepas, kami terpaksa bangun awal... Jam 8 pagi kena sampai kat tempat dimana program akan diadakan.

Hari tu merupakan hari Sukan Tahunan kat tadika Lisa. Kami merupakan antara yang terawal sampai. Ikut jadual, acara akan dimulakan tepat jam 8 pagi, tapi mcm biasalah kan, manusia ni memang susah nak tepati masa!
Sementara menunggu acara sukan dimulakan, Lisa sempat berposing dengan kawannya...

Budak perempuan kat sebelah Lisa tu namanya Puteri. Ingat tak lagi artikel i tentang Lisa nak jadi Puteri?

Then , she possed with Shasha pulak... ni best friend Lisa dan merangkap 'adiknya' . Kata Lisa pada i, "mummy, Lisa dah anggap Shasha tu macam adik Lisa sendiri tau. Lisa suka kat dia". ????????

Berbalik citer sukan tadi, Lisa dalam group Rumah Biru. Dari minggu lepas lagi dia mintak i doakan Rumah Biru jadi juara. Tahun lepas Rumah Kuning yang jadi juara. I doakan seperti yang diminta... tapi bila i tengok je budak2 yang dalam Rumah Biru tu, surprise la jugak! Sebabnya budak2 umur 4 tahun dan 5 tahun yang comel2 pun ada. So nak jadi juara bukannya mudah bagi setiap Rumah2 Sukan yang ada tu.

Nilah kronologi Hari Sukan Lisa...

Berkumpul di bawah khemah mengikut Rumah Sukan masing2...


Dimulakan dengan acara warm up, kutip gula2 dan belon...berebut2 sakan budak2 semua...


Acara pertama dimulakan, lari berganti-ganti.


Acara kedua, lompat zig zag.. pencong2 anak i dan budak2 tu melompat...

Acara ketiga, berlari merentas halangan, dimana budak2 kena berlari merentasi satu bangku panjang dan kon2 yang dijadikan sebagai halangan. Takut jugak i masa tu, bimbang budak2 jatuh dan cedera.

(no photos - due to camera memory card full). arrghh... tension!. So, nak take photo kena berbajet-bajet je.

In the meantime, emcee announce tentang acara untuk parents pulak. Seramai 6 pasangan diperlukan. Selepas beberapa kali announce masih takde parents yang register. So, i and bang Dek be the first one to registered. Then, barulah the rest follow. Susah betullah nak dapatkan komitment parents ni. Participate pun bukannya apa, just nak bebudak tu happy je see gelagat mak bapak mereka pulak...

Acara keempat, backward race. Meaning lari mengundur ke belakang. Sampai tergolek Lisa dibuatnya...

Acara kelima, merupakan acara yang terakhir. Dimana seorang budak akan jadi model dan rakan2 yang lain akan dress up kan dia. So, ada yang pakaikan baju, seluar, spek mata, gelang tangan, topi dan beg tangan. Funny betul acara ni tapi sori tak sempat nak take photo. Lisa tak suka pulak acara ni, katanya macam 'janda' je.
Sampai lah masanya untuk acara parents. Game ni dinamakan 'buang cinta, sambut sayang'. Setiap pasangan diberikan sebiji belon yang berisi air. So belon tu kena dibaling dan disambut diantara pasangan tersebut. Bunyinya senang je kan! tapi realitinya bukan mudah... Mula2 baling daripada jarak dekat, oklah. tapi bila makin jauh, makin jauh, gabra la jugak. Sebab if belon jatuh, kira disqualified. Finaly, we made it and dapat tempat ke-2 je. Tahun lepas, we get a first place.


Dalam gambar kat atas tu, i yang paling kanan sekali. Nampak tak mcm mana menonggengnya nak menyambut belon air tu!

Akhir sekali, acara penyampaian hadiah... Lisa dapat 2 emas, 2 perak dan 1 gangsa. Happy sakan la dia. Tahun lepas pun dapat macam tu jugak. So, dah banyaklah trophy yang dia kumpulkan.


Mummy dan ayah pulak ambil hadiah..


Sebelum pulang, Lisa sekali lagi berposing dengan kawannya disamping trophy2 yang mereka dapat.


Lisa was very happy coz tahun ni rumah Biru jadi juara... Insyaalah, termakbul doa kami.



Saat mereka meraikan kejayaaan...

Namun, i rasa sedih pulak... bukannya apa, hanya ingatkan ni merupakan sports terakhir Lisa kat tadika. Next year Lisa dah darjah satu... Sayang sekali nak lepaskan memori indah masa dia kecil ni...

No comments:

Post a Comment