RSS Feeds

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 14, 2010

Harapan Tanpa Suara...

Masalah pembuangan bayi masih lagi kita dengar dan lihat...sakitnya hati lihat bayi2 yang tidak berdosa diperlakukan sebegitu rupa. Semoga Allah memberikan balasan yang setimpal kepada yang bertanggungjawab. Mungkin di dunia ni, mereka boleh lepas...

Kempen Kami Prihatin yang dilancarkan pada 8hb April 2010, merupakan usaha murni gabungan Utusan Malaysia bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Astro dan Karyawan. Syukur alhamdulillah...

Lagu tema kempen tersebut "Harapan Tanpa Suara" yang digarap oleh S.Atan dan lirik oleh Habsah Hassan, benar2 menyentuh jiwa keibuan i. Tak taulah if ada org yg. tak tersentuh mendengar lagu ni, hingga sanggup membuang bayi lagi selepas ini.

Bait2 lagu yang dinyanyikan oleh artis2 kita yang sama2 memperjuangkan kempen ini... i really respect artis2 tu.

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
kujaga kau dihari tuamu
Andai panjang usiaku

Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Dimanakah ibu di manakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
oleh hawa nafsu yang serakah

Lagu ini boleh juga didengar di Utusan online dialamat www.utusan.com.my

Semoga usaha ini membantu mengurangkan masalah 'ibu' dan 'ayah' menjadi satu makhluk yang lebih hina tarafnya daripada binatang!

No comments:

Post a Comment