RSS Feeds

Thursday, April 22, 2010

Nak Katil 2 Tingkat...

Sejak dari dia mula kenal benda yang dinamakan "katil 2 tingkat", dia dah merengek-rengek nak benda alah tu. Masa tu dia masih kecil, so i tak berani nak belikan. Sebabnya, dia kata "mummy, kalau mummy dah belikan katil tu, Lisa nak tidur yang kat atas sekali". So, i dan bang Dek decided not tu buy, takut dia jatuh!

Masa kami pindah rumah dulu, katil masa kecilnya dah diberikan pada orang... kat rumah baru ni, biliknya takde katil lagi. i masih berkira-kira nak beli katil yang macam mana. Lisa still nak 'double decker bed' tu, tapi i pulak nak yang gaya2 princes bed... clash la kitorang ni.

Tapi yang lebih peningnya, kat mana nak i sumbatkan katil tu nanti? Cubalah you all tengok apa yang ada dalam bilik anak perempuan i yang sorang ni...

Gambar kat bawah ni, pandangan daripada pintu masuk ke biliknya... Pintu yang dalam gambar tu, pintu untuk ke toilet.



Kat bahagian sebelah kiri bilik tu, ada rak buku untuk simpan semua worksheet Kumon, buku2 tadika, Picolo books, dll... Juga meja study dia. Meja study pun dah ada dua kat situ.



Lihat gambar kat bawah tu... cuba kira berapa banyak tabung yang dia ada? Penuh diletakkannya kat atas meja belajar tu, sampaikan bila nak menulis dia akan share kat meja ayah pulak.



Ini pulak, almari we bought kat Ikea... 4 level, also penuh with patung2 kecil yang dia collect during went to KFC, McD, beli aiskrim dan macam2 lagilah... sampai dah tak muat nak letak lagi...



Next, almari for her clothes... full jugak dengan baju2, beg tangan, hair band dan mcm2 accesories lagi... Pun dah tak muat lagi, sampai ada baju2 yang masih lagi dalam plastic bag.



Yang ni pulak, bear2 dia... sampai i dah tak larat nak simpan n kemas... dari yang besar sampailah yang ke kecik2 tu... Ada lagi yang tersimpan kat master bedroom, sebab malam dia bawak tidur benda2 ni...



Ikutkan perempuan ni, satu pun hartanya ni tak boleh nak bagi kat orang... She really sayang barang dia. We actually respect her... ada toys yang kami beli masa umurnya 3 bulan pun masih elok lagi...


i tengah fikir sekarang macam mana nak store all her toys... so, bolehlah katil yang dia inginkan tu berlabuh!

No comments:

Post a Comment