RSS Feeds

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 12, 2010

Hari Exam..

10 hb April, hari Sabtu lepas...

Alarm hp i dan bang Dek serentak berbunyi...menunjukkan pukul 5 pagi. Sungguh berat rasanya nak bangun. Apalagi, sambung tidur balik dengan set balik alarm to 5.30am. Bukannya tidur sgt pun, just 'tido2 ayam je' . Second time bunyi, terus bingkas bangun...

Malam sebelumnya dah siap2kan dokumen2 yang nak dibawak. So just keluarkan baju yang nak dipakai je. Keluarkan je baju, terus i bengang giler! Apa taknya, baju tu masih ada tanda2 komot.. ni yang i paling pantang ni. Hantar pegi gosok, tapi finaly kena gosok lagi sekali... macamlah duit yang i bayar dia suruh gosok tu komot jugak! 

Lepas solat dan bersiap, terus mintak bang Dek masukkan lisa kat dalam kereta. At the same day, bang Dek ada mesyuarat guru, so Lisa kena gi rumah kak Nab. Si Lisa sibuk tanya "pukul berapa mummy nak balik?".  Syukur dia tak meragam pagi tu..

Bertolak dari rumah kak Nab lebih kurang jam 6.45 pagi... hujan dah start turun, makin lama makin lebat... keluar awal, so jalan tak jam... so i drove slowly je.. sebab tempat i dah tahu (bang Dek yang bawak pergi tengok tempat exam hari khamis sebelumnya...) . i reach MAEPS Serdang at 7.30 pagi.

Sampai je kat sana, tak ramai org lagi... so i just direct go to Dewan C, tempat exam i. Kat MAEPS ni, tempat dia luas sgt. dan byk dewan2. Masa sampai, i sorang je kat situ. Lepas tu barulah sorang-sorang datang.

Nilah rupanya dewan tu... tergamam gak tengok!Dalam dewan tu boleh muat seramai lebih kurang 2400 orang... dengar citer, kat MAEPS ni je ada 13 ribu candidates.


Exam patut start at 9.00am, tapi start at 9.15am... jenuh gak tengok staf2 JPA nak distribute borang2 OMR dan kertas2 soalan.. 

Untuk paper bahagian A, ada ramai gak yang tak sempat ambil.. dan tak cukup masa nak jawap soalan. Sebabnya mereka datang lambat! Ada yang sampai dah lepas pukul 10.00am. Semuanya kerana jam yang sgt teruk kat setiap jalan masuk ke MAEPS tu.. Kawan yang kat sebelah i kata, dia dah sampai kat tol serdang jam 7.45 pagi, tapi sampai pukul 9.00 pagi masih stuck kat situ..

I bersyukur sebab sampai awal..

Exam Paper 1, berjalan dgn lancar.. Soalan2 tentang 1 Malaysia banyak, NKRA, soalan tentang struktur kerajaan negeri dan pusat, soalan2 Dewan Rakyat dan Dewan negara, penggiat filem, matawang, tentang IT dan sebagainya. Ada gak soalan2 maut yang keluar especialy bahagian pengetahuan am. Antaranya, dimanakah Piala Dunia 2010 akan diadakan? Pitam gak nak jawab! yelah, i tak minat bola, so tak ambil tahu langsung... tapi nasib baik hati dan tangan choose Afrika Selatan. Bang dek kata betul, tapi dia sempat pesan kat i... katanya '' tulah, baca paper suka kat bahagian hiburan je, benda2 lain taknak ambik tahu!"... argh.... tapi ada betulnya jugak kan..

Ada juga soalan tentang filem2 arahan allahyarham Yasmin Ahmad, motto Jata negara Malaysia, siapa yang create google, dll...


Soalan kefahaman BM & BI, boleh dikatakan senang.. confident lah menjawabnya. Tapi bila pegi pada exam bahagian penyelesaian maths and logik, haru dibuatnya! Tension kat sini.. ada lebih kurang 10 soalan i main tembak2 je... masa dahlah pendek, soalan memang mengelirukan. Boring je time ni...

Before break for lunch, ada esei BM. Ada 3 soalan, i choose apakah cara2 yang boleh dilakukan untuk mengelakkan kebergantungan negara terhadap barang2 makanan import. Kena tulis antara 300 hingga 500 patah perkataan. Jenuh gak menulis.. apa taknya, dah lama tak menulis panjang gitu. Dah setiap hari tangan tik tak tik tak je kat keyboard. Lenguh jugaklah tangan ni. Yang kalutnya bila asyik tertulis short form je.. mcm 'yg', 'dll', 'dsbnya'. 

Break hanya 1 jam je... i tak take lunch pun. Terus je cari surau dulu. Surau agak jauh jugak drpd dewan. Surau kecik je, so anda boleh bayangkan macam mana yang seramai tu nak ambil air sembahyang dan solat. nasiblah bawak telekung sendiri. Lepas solat, hanya jamah roti gardenia dan air mineral je. Tengok org2 lain sempat gak makan. Kat sana, makanan takde masalah... banyak org2 yang menjual kat luar dewan tu.

Masuk balik dewan, terus sit for esei BI. Sama mcm BM tadi, ada 3 soalan. i choose bagaimana cara2 nak mengeratkan perpaduan di kalangan rakyat. Kena tulis 200 hingga 300 patah perkataan. Bolehlah...

Finally kena jawab soalan Sahsiah (200 soalan) dan Minat (227) soalan. Disebabkan masa dah tak cukup, so pegawai peperiksaan bagi 45 minit dan direct jawab 427 soalan tu. Meaning no break! Giler tu... memang soalan senang, tapi part nak hitamkan borang OMR tu... argh... Soalan2 nya memang all berkenaan diri kita, dan mesti jawab dengn jujur. So i menjawab sejujur-jujurnya lah... Ada soalan yang tanya, 'pernahkah anda mengumpat?' funny kan! Nak tau apa yang i jawab? Jawapannya Ya or Tidak. if anda, jawab ape?

Exam tamat at 5.15pm. Merdeka!!!!!!!!!
Tapi masa nak balik tu, sikit punya jenuh nak keluar dari kawasan MAEPS tu, coz kenderaan2 lain bertirai-tirai nak keluar jugak.

Sampai je rumah dah jam 6.45pm. After solat Asar, terus zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....

Panjang kan post i kali ni... harap ada yang boleh dijadikan panduan pada sesiapa yang kalau lepas ni nak attend exam yang sama. At least dapatlah sikit idea daripada tak tahu langsung!
3 Pesanan utama drpd penaja;

1. Lepas ni bila baca newspapaper, kena baca semua bahagian... pengetahuan Am tu sgt. penting.

2. Sama jugak dengan menonton/mendengar berita.

3. Datang awal pada hari exam.

4. Jangan nervous.. banyakkan berdoa dan bersalawat.

Segala usaha dah dilakukan... exam pun dah selesai...i bertawakkal je sekarang ni... 

Tak lupa juga, thanks pada family dan kawan2 yang mendoakan kejayaan saya...

No comments:

Post a Comment