RSS Feeds

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 31, 2011

Dah 500 tahun rupanya...

29 Januari 2011,
hari Sabtu,
di Univ Teknikal Malaysia Melaka,
Melaka Bandaraya Bersejarah...

Kami,
Bang Dek, i dan 4 orang bebudak kelas tuisyen sejarahnya
menghadiri satu konvensyen
"Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka"
bertemakan,
"Melayu Sepakat, Islam Berdaulat"




1511 - 2011
500 tahun masa itu berlalu!
Sungguh terlalu lama kita tinggalkan sejarah kegemilangan Kota Melaka
yang telah kita pelajari dalam teks Sejarah di zaman persekolahan yang lalu...

Seramai hampir 4 ribu peserta menyertai konvensyen ini
Rata2nya ahli2 Persatuan ISMA & PEMBINA, student2 universiti, Persatuan Sejarah setiap negeri dan juga orang2 perseorangan.
Dari jauh mereka datang,
Dari Utara hinggalah ke Selatan,
Dari yang tua hinggalah yang muda,
kerana pastinya teruja dengan topik yang dibincangkan.

Konvensyen ini sememangnya telah menaikkan semangat Bangsa Melayu dan Generasi muda.
Sejarah kegemilangan Melaka dan kejatuhan Empayar tersebut,
Dibahaskan dan dikaitkan dengan situasi bangsa Melayu pada masa kini...

Sebanyak 3 kertas kerja telah dibentangkan,
dan 1 forum diadakan
juga sebuah sajak yang benar2 menyentuh perasaan...

Sesekali berada di majlis Ilmu seperti ini,
banyak pelajaran yang i dapat.
yang secara tak langsung boleh dijadikan panduan dalam hidup,
juga dalam mencorakkan jati diri...
walaupun seawal 5 pagi kami kena bangun...

Di konvensyen ini juga,
I bertemu dengan Kak Haliza (Ahli ISMA cawangan Cheras) dan juga rakan2 yang lain
Hanya beberapa gambar saja sempat dirakamkan




Hanya selepas 500 tahun,
Melaka pada hari ini telah mencapai
Melaka Maju 2010.
Semoga negeri ini terus maju dan tidak akan berulang lagi
sejarah pahit masa silam...

Bangsa Melayu Islam...
DiLahir kan mulia,
Hidup mesti mulia,
Mati dalam keadaan mulia.

Renung-renungkan...

No comments:

Post a Comment