RSS Feeds

Tuesday, February 23, 2010

Sambungan Aku, BUKU Dan CINTA..

Didalam buku ni jugak, terdapat kata2 mutiara yang sgt bagus untuk kita kongsi bersama.. Antaranya ialah;
  • Ketika bergaul dengan manusia, apa yang ada hanyalah mengadu domba, mengumpat, dengki dan saling membenci. Namun ketka bergaul dengan buku, apa yang ada hanyalah hikmah, hidayah dan keindahan.

  • Kebodohan adalah satu kenderaan yang jika memandunya akan tergelincir dan orang yang bersahabat dengannya akan sesat.

  • Syabas bagi sesiapa yang duduk di dalam rumahnya hanya untuk membaca, mengkaji dan mengarang.

  • Terima kasih kepada setiap ibu yang berkata kepada anaknya "Bacalah dan belajarlah!"

  • Sesiapa yang bencikan buku, bosan membaca dan malas menuntut ilmu, maka itulah yang dinamakan buta hati, kurang akal, tidak bernurani dan orang bodoh.

  • Hindarilah daripada satu hari berlalu tanpa ada membaca walau satu buku.

  • Ilmu dan pengetahuan merupakan kurniaan Allah.

  • Sampai bilakah anda duduk lepak bersama orang-orang lalai itu? Ia hanyalah percakapan sia-sia, buang masa dan tidak berguna! ambillah buku dan bacalah!

  • Jangan anda mengeluh ketika menunggu. Bacalah!. Jangan anda merasa gelisah ketika bersendirian. Bacalah!.

  • Ajarlah anak anda mencintai buku dan membaca supaya kelak menjadi anak soleh yang berguna.

  • Perpustakaan adalah taman di dalam rumah dan ka'bah ilmu pengetahuan.

  • Dalam satu khemah yang didalamnya ada perpustakaan lebih indah daripada istana tapi di dalamnya tidak ada buku.

  • Buku telah memperlihatkan masa lalu, masa sekarang dan masa akan datang.

  • Orang yang tidak mempunyai ilmu, adab dan tidak pernah membaca buku, pasti percakapannya tidak berkualiti.

Kita ni sebagai ibu memang ada banyak tanggungjawab. Daripada sekecil-kecil benda sampailah ke yang sebesar-sebesarnya. Kadang2 tu, bila anak malas nak belajar dan membaca, angin jugak dibuatnya! Namun, nasihat, dorongan dan doa daripada kita ibubapa sangat penting untuk anak2. So, jangan putus asa k...



No comments:

Post a Comment