RSS Feeds

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 18, 2010

Aku, BUKU DAN CINTA

Bang Dek memang hobby dia suka buku. Sejak kecil dia dah mengumpul buku2, hinggakan kat rumah kami sekarang secara tak langsung dah ada library. Semua buku dia suka baca especially buku2 sejarah. Dia memang minat giler dgn sejarah..tanyalah tentang isu apa sekalipun, dia akan boleh bercerita dgn. panjang lebar.

Tapi baru2 ni, sekelimbas aku terpandang yang Bang dek ni dah ada ada buku CINTA la pulak! Terdetik kat hati aku ni, sejak bila pulak la Bang dek ni baca buku2 cinta.. Ada 2 buku yang aku ternampak tu, satu BUKU KEKASIH dan satu lagi Aku, BUKU DAN CINTA.

Apalagi, bila Bang dek takde aku pun belek2 la buku tu. Ternyata tekaan ku salah... Buku2 tu sebenarnya tentang kecintaan seseorang terhadap buku. Lega... Aku lantas tertarik dan sedang membacanya sekarang.

Justeru suka aku untuk share dengan semua tentang kisah Aku, BUKU DAN CINTA. Buku ni asalnya karya Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni. Telah diterjemahkan dan diterbitkan oleh Pustaka Al-Hidayah. Buku ini menceritakan kepada kita bagaimana kisah2 ilmuwan dan tokoh muslim memperoleh kejayaan dan menghasilkan karya2 agung lantaran mereka rajin membaca.

Part yang menarik ialah Ibn 'aqil menceritakan tentang dirinya; "Aku berusaha sekuat tenagaku memangkas waktu kesibukanku yang lain demi menjaga waktu agar dapat membaca lebih banyak. Aku rela tidak makan roti dan hanya makan manisan dengan secawan air, kerana jika aku makan roti, maka banyaklah masa yang terbuang"

Sayangnya pada zaman sekarang ini, masyarakat kita nampaknya lebih gemar sibuk mengurus hartanya drpd. ilmu. Jangankan satu hari, satu jam, rasanya berat bagi mereka meluangkan waktu menuntut ilmu. Pada zaman sekarang, seseorang akan lebih dihormati ketika dia mempunyai banyak harta benda. Ini merupakan keadaan yang membuatkan muka kita berkerut sedih.

Kita adalah umat "Iqra" dan semestinya kita menjadi bangsa yang rajin membaca bagi meraih kejayaan dalam segala aspek kehidupan di dunia ini. Ada lagi yang nak aku share tentang buku tu.. to be continued.

No comments:

Post a Comment