RSS Feeds

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan datang lagi..

Syukur Alhamdulillah...
masih lagi diizinkan Allah untuk menemui Ramadhan tahun ini, insyaallah.

Tak sabar rasanya nak bersahur awal pagi esok... lebih teruja bila Lisa tahun ni nak berpuasa betul2 katanya. Kebelakangan ni pun, Lisa dah berlatih berpuasa, tapi setakat pukul 1 atau 2 petang saja. Tak larat katanya, sebab mummy tak kejut bangun sahur.

Just now call mummy kat rumah... tengah masak rendang katanya. Wow, bestnya... Sayang mak... So, malam nanti kami akan pergi rumah mak dan makan bersama2... Syukur kan, masih ada mak.

Cuma... agak risau sikit nak puasa ni. Pagi semalam, seawal jam 5 pagi, i kena gastrik. So satu hari semalam suffer... petangnya balik keja terus see doktor ambil ubat gastrik. Tapi hari ni rasa sakit kejap2, walaupun dah makan ubat tu... tension gak ni.

Ya Allah, berikanlah aku afiat agar dapat menjalani ibadah puasa tahun ini..Amin.

Kepada semua, Selamat berpuasa... jaga diri ye agar kita dapat bersama-sama menunggu ketibaan Syawal pulak nanti.

p/s: Lisa sempat pesan pagi tadi, "mummy, kalau Lisa puasa penuh, berapa mummy nak bagi duit raya?...

Budak2 kan....

1 comment:

zue said...

Hi Lisa gigi tuttttt! selamat berpuasa :)

Post a Comment