RSS Feeds

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 3, 2010

Sakitnya hati...

Hari ni, Insyaalah genap 24 hari kita menunaikan ibadah puasa... Dah lama betul tak jenguk blog, sibuk terlampau semenjak dua menjak ni!

So, selama 24 hari jugaklah Lisa berpuasa... Syukur Alhamdulillah. She really a strong girl, puasa macam takde perasaan je... Tapi awal2 dah request nak ponteng last day puasa. Tapi mummynya ni tak approve!. Dah explain kat Lisa yang dia akan dapat lebih banyak pahala bila puasanya tu penuh dengan dugaan2 makanan...

Macam mana budak tu tak pikir nak ponteng, bila Mama (adik i), siang2 dah bagitau, hari Khamis tu nanti nak masak ketupat, rendang, kuih kek dan lauk-pauk bagai... siang2 budak tu dah terliur... pitty kan..

Tapi...today hati i sakit lagi... macam nak pecah rasanya... sebenarnya since semalam lagi...bila Lisa bagitau today dia nak buka puasa kat rumah Mak Nab yang jaga dia tu. Ini kali kedua dia buka kat sana. dari semalam i pujuk dia macam2, tapi tetap jugak dengan keputusan dia tu :(

"kan Lisa dah hari2 buka puasa dengan mummy, biarlah Lisa buka kat rumah Mak Nab pulak"...huhuhu....

I memang tak boleh berpisah dengan dia... tekanan i dibuatnya. Dahlah today Bang Dek buka puasa kat kelas tuisyen dia tu, lagilah rasa nak meraung buka puasa nanti...

Apa nak buat... :(

1 comment:

Anonymous said...

aduhai..huhu kalau smpat blk smlm leh kita berbuka sama. huhu. hari ni masih berseorangan ke?

Post a Comment