RSS Feeds

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 22, 2010

Nak Katil 2 Tingkat...

Sejak dari dia mula kenal benda yang dinamakan "katil 2 tingkat", dia dah merengek-rengek nak benda alah tu. Masa tu dia masih kecil, so i tak berani nak belikan. Sebabnya, dia kata "mummy, kalau mummy dah belikan katil tu, Lisa nak tidur yang kat atas sekali". So, i dan bang Dek decided not tu buy, takut dia jatuh!

Masa kami pindah rumah dulu, katil masa kecilnya dah diberikan pada orang... kat rumah baru ni, biliknya takde katil lagi. i masih berkira-kira nak beli katil yang macam mana. Lisa still nak 'double decker bed' tu, tapi i pulak nak yang gaya2 princes bed... clash la kitorang ni.

Tapi yang lebih peningnya, kat mana nak i sumbatkan katil tu nanti? Cubalah you all tengok apa yang ada dalam bilik anak perempuan i yang sorang ni...

Gambar kat bawah ni, pandangan daripada pintu masuk ke biliknya... Pintu yang dalam gambar tu, pintu untuk ke toilet.



Kat bahagian sebelah kiri bilik tu, ada rak buku untuk simpan semua worksheet Kumon, buku2 tadika, Picolo books, dll... Juga meja study dia. Meja study pun dah ada dua kat situ.



Lihat gambar kat bawah tu... cuba kira berapa banyak tabung yang dia ada? Penuh diletakkannya kat atas meja belajar tu, sampaikan bila nak menulis dia akan share kat meja ayah pulak.



Ini pulak, almari we bought kat Ikea... 4 level, also penuh with patung2 kecil yang dia collect during went to KFC, McD, beli aiskrim dan macam2 lagilah... sampai dah tak muat nak letak lagi...



Next, almari for her clothes... full jugak dengan baju2, beg tangan, hair band dan mcm2 accesories lagi... Pun dah tak muat lagi, sampai ada baju2 yang masih lagi dalam plastic bag.



Yang ni pulak, bear2 dia... sampai i dah tak larat nak simpan n kemas... dari yang besar sampailah yang ke kecik2 tu... Ada lagi yang tersimpan kat master bedroom, sebab malam dia bawak tidur benda2 ni...



Ikutkan perempuan ni, satu pun hartanya ni tak boleh nak bagi kat orang... She really sayang barang dia. We actually respect her... ada toys yang kami beli masa umurnya 3 bulan pun masih elok lagi...


i tengah fikir sekarang macam mana nak store all her toys... so, bolehlah katil yang dia inginkan tu berlabuh!

Wednesday, April 21, 2010

Lisa tak nak!!!!!!

Macam nilah selalunya perangai Lisa bila diajukan 'soalan'... Tanyalah bila2 pun, sama je...

Soalannya hanyalah "Mummy mengandungkan satu lagi adik, Lisa nak tak?". She really pantang dengan soalan ni, so terus je menangis, merengek2 dan menghentak-hentak kaki...


And then berlari sembunyi kat belakang pintu...




Bila situasi macam ni, i lah yang penat nak pujuk dia... selagi tak pujuk, selagi tulah keadaan jadi haru-biru...

Tu yang malas nak tanya dia tu. Tak tanya macam tak ok la pulak...sebab kadangkala dia macam nak adik, bila tengok dia main dengan anak2 orang lain.

Bila i tanya kenapa tak nak? Lisa will answer "kalau ada adik, mesti mummy tak sayang Lisa lagi kan! Mummy mesti asyik nak dukung adik dan sayang adik tu je". Walaupun i dah explain yang i akan sayang dia dan adik, dia tetap tak percaya.

Susah betullah... Ayah dan anak sama je satu kepala. Tapi yang tak tahan tu, bila setiap kali jumpa kawan2, saudara-mara atau sesapa sajelah, mesti di tanya, "satu anak saje ke? Cukup ke? nanti dah tua macam mana? and bla bla...

Tension kan!

Tuesday, April 20, 2010

Satu Family Dapat Hadiah

Hari Ahad yang lepas, kami terpaksa bangun awal... Jam 8 pagi kena sampai kat tempat dimana program akan diadakan.

Hari tu merupakan hari Sukan Tahunan kat tadika Lisa. Kami merupakan antara yang terawal sampai. Ikut jadual, acara akan dimulakan tepat jam 8 pagi, tapi mcm biasalah kan, manusia ni memang susah nak tepati masa!
Sementara menunggu acara sukan dimulakan, Lisa sempat berposing dengan kawannya...

Budak perempuan kat sebelah Lisa tu namanya Puteri. Ingat tak lagi artikel i tentang Lisa nak jadi Puteri?

Then , she possed with Shasha pulak... ni best friend Lisa dan merangkap 'adiknya' . Kata Lisa pada i, "mummy, Lisa dah anggap Shasha tu macam adik Lisa sendiri tau. Lisa suka kat dia". ????????

Berbalik citer sukan tadi, Lisa dalam group Rumah Biru. Dari minggu lepas lagi dia mintak i doakan Rumah Biru jadi juara. Tahun lepas Rumah Kuning yang jadi juara. I doakan seperti yang diminta... tapi bila i tengok je budak2 yang dalam Rumah Biru tu, surprise la jugak! Sebabnya budak2 umur 4 tahun dan 5 tahun yang comel2 pun ada. So nak jadi juara bukannya mudah bagi setiap Rumah2 Sukan yang ada tu.

Nilah kronologi Hari Sukan Lisa...

Berkumpul di bawah khemah mengikut Rumah Sukan masing2...


Dimulakan dengan acara warm up, kutip gula2 dan belon...berebut2 sakan budak2 semua...


Acara pertama dimulakan, lari berganti-ganti.


Acara kedua, lompat zig zag.. pencong2 anak i dan budak2 tu melompat...

Acara ketiga, berlari merentas halangan, dimana budak2 kena berlari merentasi satu bangku panjang dan kon2 yang dijadikan sebagai halangan. Takut jugak i masa tu, bimbang budak2 jatuh dan cedera.

(no photos - due to camera memory card full). arrghh... tension!. So, nak take photo kena berbajet-bajet je.

In the meantime, emcee announce tentang acara untuk parents pulak. Seramai 6 pasangan diperlukan. Selepas beberapa kali announce masih takde parents yang register. So, i and bang Dek be the first one to registered. Then, barulah the rest follow. Susah betullah nak dapatkan komitment parents ni. Participate pun bukannya apa, just nak bebudak tu happy je see gelagat mak bapak mereka pulak...

Acara keempat, backward race. Meaning lari mengundur ke belakang. Sampai tergolek Lisa dibuatnya...

Acara kelima, merupakan acara yang terakhir. Dimana seorang budak akan jadi model dan rakan2 yang lain akan dress up kan dia. So, ada yang pakaikan baju, seluar, spek mata, gelang tangan, topi dan beg tangan. Funny betul acara ni tapi sori tak sempat nak take photo. Lisa tak suka pulak acara ni, katanya macam 'janda' je.
Sampai lah masanya untuk acara parents. Game ni dinamakan 'buang cinta, sambut sayang'. Setiap pasangan diberikan sebiji belon yang berisi air. So belon tu kena dibaling dan disambut diantara pasangan tersebut. Bunyinya senang je kan! tapi realitinya bukan mudah... Mula2 baling daripada jarak dekat, oklah. tapi bila makin jauh, makin jauh, gabra la jugak. Sebab if belon jatuh, kira disqualified. Finaly, we made it and dapat tempat ke-2 je. Tahun lepas, we get a first place.


Dalam gambar kat atas tu, i yang paling kanan sekali. Nampak tak mcm mana menonggengnya nak menyambut belon air tu!

Akhir sekali, acara penyampaian hadiah... Lisa dapat 2 emas, 2 perak dan 1 gangsa. Happy sakan la dia. Tahun lepas pun dapat macam tu jugak. So, dah banyaklah trophy yang dia kumpulkan.


Mummy dan ayah pulak ambil hadiah..


Sebelum pulang, Lisa sekali lagi berposing dengan kawannya disamping trophy2 yang mereka dapat.


Lisa was very happy coz tahun ni rumah Biru jadi juara... Insyaalah, termakbul doa kami.



Saat mereka meraikan kejayaaan...

Namun, i rasa sedih pulak... bukannya apa, hanya ingatkan ni merupakan sports terakhir Lisa kat tadika. Next year Lisa dah darjah satu... Sayang sekali nak lepaskan memori indah masa dia kecil ni...

Wednesday, April 14, 2010

Harapan Tanpa Suara...

Masalah pembuangan bayi masih lagi kita dengar dan lihat...sakitnya hati lihat bayi2 yang tidak berdosa diperlakukan sebegitu rupa. Semoga Allah memberikan balasan yang setimpal kepada yang bertanggungjawab. Mungkin di dunia ni, mereka boleh lepas...

Kempen Kami Prihatin yang dilancarkan pada 8hb April 2010, merupakan usaha murni gabungan Utusan Malaysia bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Astro dan Karyawan. Syukur alhamdulillah...

Lagu tema kempen tersebut "Harapan Tanpa Suara" yang digarap oleh S.Atan dan lirik oleh Habsah Hassan, benar2 menyentuh jiwa keibuan i. Tak taulah if ada org yg. tak tersentuh mendengar lagu ni, hingga sanggup membuang bayi lagi selepas ini.

Bait2 lagu yang dinyanyikan oleh artis2 kita yang sama2 memperjuangkan kempen ini... i really respect artis2 tu.

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
kujaga kau dihari tuamu
Andai panjang usiaku

Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Dimanakah ibu di manakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
oleh hawa nafsu yang serakah

Lagu ini boleh juga didengar di Utusan online dialamat www.utusan.com.my

Semoga usaha ini membantu mengurangkan masalah 'ibu' dan 'ayah' menjadi satu makhluk yang lebih hina tarafnya daripada binatang!

Monday, April 12, 2010

Hari Exam..

10 hb April, hari Sabtu lepas...

Alarm hp i dan bang Dek serentak berbunyi...menunjukkan pukul 5 pagi. Sungguh berat rasanya nak bangun. Apalagi, sambung tidur balik dengan set balik alarm to 5.30am. Bukannya tidur sgt pun, just 'tido2 ayam je' . Second time bunyi, terus bingkas bangun...

Malam sebelumnya dah siap2kan dokumen2 yang nak dibawak. So just keluarkan baju yang nak dipakai je. Keluarkan je baju, terus i bengang giler! Apa taknya, baju tu masih ada tanda2 komot.. ni yang i paling pantang ni. Hantar pegi gosok, tapi finaly kena gosok lagi sekali... macamlah duit yang i bayar dia suruh gosok tu komot jugak! 

Lepas solat dan bersiap, terus mintak bang Dek masukkan lisa kat dalam kereta. At the same day, bang Dek ada mesyuarat guru, so Lisa kena gi rumah kak Nab. Si Lisa sibuk tanya "pukul berapa mummy nak balik?".  Syukur dia tak meragam pagi tu..

Bertolak dari rumah kak Nab lebih kurang jam 6.45 pagi... hujan dah start turun, makin lama makin lebat... keluar awal, so jalan tak jam... so i drove slowly je.. sebab tempat i dah tahu (bang Dek yang bawak pergi tengok tempat exam hari khamis sebelumnya...) . i reach MAEPS Serdang at 7.30 pagi.

Sampai je kat sana, tak ramai org lagi... so i just direct go to Dewan C, tempat exam i. Kat MAEPS ni, tempat dia luas sgt. dan byk dewan2. Masa sampai, i sorang je kat situ. Lepas tu barulah sorang-sorang datang.

Nilah rupanya dewan tu... tergamam gak tengok!Dalam dewan tu boleh muat seramai lebih kurang 2400 orang... dengar citer, kat MAEPS ni je ada 13 ribu candidates.


Exam patut start at 9.00am, tapi start at 9.15am... jenuh gak tengok staf2 JPA nak distribute borang2 OMR dan kertas2 soalan.. 

Untuk paper bahagian A, ada ramai gak yang tak sempat ambil.. dan tak cukup masa nak jawap soalan. Sebabnya mereka datang lambat! Ada yang sampai dah lepas pukul 10.00am. Semuanya kerana jam yang sgt teruk kat setiap jalan masuk ke MAEPS tu.. Kawan yang kat sebelah i kata, dia dah sampai kat tol serdang jam 7.45 pagi, tapi sampai pukul 9.00 pagi masih stuck kat situ..

I bersyukur sebab sampai awal..

Exam Paper 1, berjalan dgn lancar.. Soalan2 tentang 1 Malaysia banyak, NKRA, soalan tentang struktur kerajaan negeri dan pusat, soalan2 Dewan Rakyat dan Dewan negara, penggiat filem, matawang, tentang IT dan sebagainya. Ada gak soalan2 maut yang keluar especialy bahagian pengetahuan am. Antaranya, dimanakah Piala Dunia 2010 akan diadakan? Pitam gak nak jawab! yelah, i tak minat bola, so tak ambil tahu langsung... tapi nasib baik hati dan tangan choose Afrika Selatan. Bang dek kata betul, tapi dia sempat pesan kat i... katanya '' tulah, baca paper suka kat bahagian hiburan je, benda2 lain taknak ambik tahu!"... argh.... tapi ada betulnya jugak kan..

Ada juga soalan tentang filem2 arahan allahyarham Yasmin Ahmad, motto Jata negara Malaysia, siapa yang create google, dll...


Soalan kefahaman BM & BI, boleh dikatakan senang.. confident lah menjawabnya. Tapi bila pegi pada exam bahagian penyelesaian maths and logik, haru dibuatnya! Tension kat sini.. ada lebih kurang 10 soalan i main tembak2 je... masa dahlah pendek, soalan memang mengelirukan. Boring je time ni...

Before break for lunch, ada esei BM. Ada 3 soalan, i choose apakah cara2 yang boleh dilakukan untuk mengelakkan kebergantungan negara terhadap barang2 makanan import. Kena tulis antara 300 hingga 500 patah perkataan. Jenuh gak menulis.. apa taknya, dah lama tak menulis panjang gitu. Dah setiap hari tangan tik tak tik tak je kat keyboard. Lenguh jugaklah tangan ni. Yang kalutnya bila asyik tertulis short form je.. mcm 'yg', 'dll', 'dsbnya'. 

Break hanya 1 jam je... i tak take lunch pun. Terus je cari surau dulu. Surau agak jauh jugak drpd dewan. Surau kecik je, so anda boleh bayangkan macam mana yang seramai tu nak ambil air sembahyang dan solat. nasiblah bawak telekung sendiri. Lepas solat, hanya jamah roti gardenia dan air mineral je. Tengok org2 lain sempat gak makan. Kat sana, makanan takde masalah... banyak org2 yang menjual kat luar dewan tu.

Masuk balik dewan, terus sit for esei BI. Sama mcm BM tadi, ada 3 soalan. i choose bagaimana cara2 nak mengeratkan perpaduan di kalangan rakyat. Kena tulis 200 hingga 300 patah perkataan. Bolehlah...

Finally kena jawab soalan Sahsiah (200 soalan) dan Minat (227) soalan. Disebabkan masa dah tak cukup, so pegawai peperiksaan bagi 45 minit dan direct jawab 427 soalan tu. Meaning no break! Giler tu... memang soalan senang, tapi part nak hitamkan borang OMR tu... argh... Soalan2 nya memang all berkenaan diri kita, dan mesti jawab dengn jujur. So i menjawab sejujur-jujurnya lah... Ada soalan yang tanya, 'pernahkah anda mengumpat?' funny kan! Nak tau apa yang i jawab? Jawapannya Ya or Tidak. if anda, jawab ape?

Exam tamat at 5.15pm. Merdeka!!!!!!!!!
Tapi masa nak balik tu, sikit punya jenuh nak keluar dari kawasan MAEPS tu, coz kenderaan2 lain bertirai-tirai nak keluar jugak.

Sampai je rumah dah jam 6.45pm. After solat Asar, terus zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....

Panjang kan post i kali ni... harap ada yang boleh dijadikan panduan pada sesiapa yang kalau lepas ni nak attend exam yang sama. At least dapatlah sikit idea daripada tak tahu langsung!
3 Pesanan utama drpd penaja;

1. Lepas ni bila baca newspapaper, kena baca semua bahagian... pengetahuan Am tu sgt. penting.

2. Sama jugak dengan menonton/mendengar berita.

3. Datang awal pada hari exam.

4. Jangan nervous.. banyakkan berdoa dan bersalawat.

Segala usaha dah dilakukan... exam pun dah selesai...i bertawakkal je sekarang ni... 

Tak lupa juga, thanks pada family dan kawan2 yang mendoakan kejayaan saya...

Sunday, April 11, 2010

Shopping Baju Raya

Euro Moda now ada sale!  So, apa lagi? fikir nak cari baju raya lah... 

Pagi tadi, jam 10.30  dah keluar , terus je ke Euro Moda Metro Point Kajang. Ini kali keempat i ke kedai kain. Sebelum ni dah dapat cari 3 pasang kat Jakel Seremban dan KL. So teringin pulak nak survey kain kat Kajang tu.

Dapatlah cari sepasang lagi untuk cukupkan baju2 raya... Ikutkan hati nak beli lagi banyak, sebab nampak cantik je semua kain2 tu. Tapi tak baikkan membazir.. cukuplah tu.. baju 2 tahun lepas pun ada yang tak lunyai dipakai lagi...

Pilih punya pilih, nilah warna2 kain pilihan i... dah habis cantik rasanya tu! Tapi bila tengok2 balik semua  kain2 tu, nampak almost dalam group pink kaler.. Alamatnya tema pink lah hari raya tahun ni.

Keluar je dari kedai kain, terus go makan... today Lisa and bang Dek choose BBQ Chicken... Not bad fast food restaurant ni... tempatnya selesa and bersih. Zara and family pun join sekali... Lisa apa lagi, happy sakanlah dia...

Air coklatnya dap..dap..dap.., tapi air bandung kureng sikit...

Lisa order ayam n fries, 

Bang Dek pulak as usual mesti nak makan nasi.. I tak order pun, just share with Lisa.

Odw back sempat pulak singgah kat kedai perabut.. waduh2... menarik perabutnya... think nak purchase for raya..

Sampai je kat rumah, dah penat giler... penat semalam exam pun tak habis lagi sebenarnya! Later I story experience exam semalam k...

Sunday, April 4, 2010

Mana satu nak buat ni!

Lately, i memang overload... dari segenap segi.. so bersegi-segilah kat dalam kepala ni nak dibahagi-bahagikan beban tugas dan tanggungjawab. Tu yang takde new post kat blog ni...

Semalam dah habis satu hari dengan aktiviti luar... dari 12 tengahari till 2 pagi! Nantilah citer apa yang berlaku k...

Pagi Ahad ni pulak, bangun2 je dah pikir nak kemas rumah, nak send  cabinet for my friend yang nak bukak kedai, nak baca buku, family gathering petang nanti, dan mcm2 lagilah... Opps lupa pulak nak bagitau satu lagi... cuba teka apa dia? Jawapannya adalah Anugerah Bintang Popular Berita harian! Every year i skip program ni, tapi tonite Lisa kata dia nak watch the program... so layan jelah, maybe sambil baca buku kot.

Sebut bab baca buku ni, now kena baca buku MALAYSIA KITA... tebal giler tu.. pada siapa2 yang tal pernah see buku tu, so mcm kat sebelah ni k... 


Ni dah ada breakfast call... mum ajak breakfast, dia dah buat nasi goreng and air kopi panas... wow bestnyer... apa lagi, chow dulu....