RSS Feeds

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Kisah i.... Show all posts
Showing posts with label Kisah i.... Show all posts

Saturday, February 5, 2011

Pening pulak...

Malam tadi still macam malam sebelumnya...
tak boleh tidur,
rasa pening, loya, perut mual dan macam2 yang tak menyenangkanlah.
Dapat lena kejap, lebih kurang pukul 3.30 pagi kot,
macam2 mimpi pulak ada,
tapi pagi ni tak ingat satu apa pun!

Petang semalam,
kami ke i-City Shah Alam (full story later k...)
So, our dinner kat sana jugaklah.
Berpusing-pusing gak cari kedai makan,
sampai Cik Melur naik pening,
hanya semata-mata kerana fikirkan pasal i ni...
Bang Dek pun sampai terkeluar kat tol Sg. Rasau!
"sampai dah naik sasau",
kata bang Dek...
Terperangkap pulak dalam traffic yg sesak!
"bukan sasau lagi ni, dah koma jadinya"
bang Dek buat lawak again...

Finally,


i terpaksa ikut je,
sebab all dah hungry!
Kalau ikutkan hati i tak suka tempat2 macam ni!

Selalunya, bila masuk je kedai makan,
i akan letak perasaan kat tepi...
kalau ada perasaan kang, tak lalu pulak tekak ni nak telan apa2...
Masing2 order makanan, but i order teh tarik je,
makan2, No..No..No...


Lepas dah selesai semua,
baru i letak balik perasaan,
dan snap 2 foto di bawah ni...


terdapat 3 ke 4 bijik sign macam ni dalam kedai tu...



Tapi, majoriti yang datang masih merokok dan buang puntung rokok kat atas lantai.
Memang tak bertamadun betul mereka2 ni!!!

Gelinya i bila tengok lantai tu, Allah je yang tau...
Sebab tu, bila masuk kedai makan,
i elakkan pandang lantai dan masuk toilet diorang tu,
kalau dua ni i dah tak dapat elak kan,
pastinya i dah termuntah kat dalam kedai tu jugak...

Pernah masa kitorang bercuti kat Sabah dulu,
i hanya order maggie je tiap2 hari,
tu pun telan dalam paksa!

la ni, masih lagi pening2 dan loya,
baru jap tadi try gi muntah,
tapi tak boleh pulak.

Lisa still tidur,
if dia nampak mummynya muntah2 ni,
sure dia tanya,
"mummy, maismarende kem..kem.. ke?"
hi..hi..hi...

p/s: kepada perokok2 di luar sana tu,
tolonglah sensitif sikit dengan keadaan keliling,
kalau nak merokok dan buat sepah/kotor,
buatlah kat rumah sendiri!!!!!

Saturday, September 25, 2010

Belum terlambat rasanya...

Hari ini genap 16 Syawal...

Dan barulah hari ini berkesempatan untuk kita bertemu di sini...

Belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua, ampun maaf zahir & batin...

Dan sebenarnya, kesihatan saya agak terganggu pada masa kini... Sejak kejadian ragut empat hari sebelum Syawal tempohari...

Mendengar cerita2 orang kena ragut dan mengalaminya sendiri adalah amat berbeza sama sekali. Perasaan tauma masih ada hingga kini...

Namun, syukur pada-Mu Ya Allah, kerana melindungi hambamu ini...

Kepada semua, berhati-hatilah walau di mana anda berada. Ianya boleh berlaku sekelip mata sahaja!

Semoga kita semua senantiasa beada dalam lindungan dan kasih sayang Allah... Amin.

Thursday, August 19, 2010

i pun rasa berdebar ...

Esok, 20/08/2010...

Adik Bang Dek akan menjalani operation setelah sebulan dia berada di hospital. Dia tak boleh deliver normal kerana masalah uri. i tak tahu nak explain further coz takde pengalaman macam tu.

Baby yang bakal lahir nanti merupakan anak yang ke-2. Abangnya Muhammad Izz Irfan telah pun meninggalkan kami seusia hampir seminggu selepas di lahirkan... Allah lebih menyayangi Izz.

Dalam minggu ni, i pulak yang berdebar2... macam2 rasa ada... namun i mendoakan agar mama Izz selamat melalui operation esok dan melahirkan adik Izz...

Amin.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan datang lagi..

Syukur Alhamdulillah...
masih lagi diizinkan Allah untuk menemui Ramadhan tahun ini, insyaallah.

Tak sabar rasanya nak bersahur awal pagi esok... lebih teruja bila Lisa tahun ni nak berpuasa betul2 katanya. Kebelakangan ni pun, Lisa dah berlatih berpuasa, tapi setakat pukul 1 atau 2 petang saja. Tak larat katanya, sebab mummy tak kejut bangun sahur.

Just now call mummy kat rumah... tengah masak rendang katanya. Wow, bestnya... Sayang mak... So, malam nanti kami akan pergi rumah mak dan makan bersama2... Syukur kan, masih ada mak.

Cuma... agak risau sikit nak puasa ni. Pagi semalam, seawal jam 5 pagi, i kena gastrik. So satu hari semalam suffer... petangnya balik keja terus see doktor ambil ubat gastrik. Tapi hari ni rasa sakit kejap2, walaupun dah makan ubat tu... tension gak ni.

Ya Allah, berikanlah aku afiat agar dapat menjalani ibadah puasa tahun ini..Amin.

Kepada semua, Selamat berpuasa... jaga diri ye agar kita dapat bersama-sama menunggu ketibaan Syawal pulak nanti.

p/s: Lisa sempat pesan pagi tadi, "mummy, kalau Lisa puasa penuh, berapa mummy nak bagi duit raya?...

Budak2 kan....

Sunday, July 25, 2010

Arrgghhhhhhhhhhh....

Kebelakangan ni, masa2 senggang I semakin limited... Walaupun begitu, I cuba nak adjust time agar semuanya berjalan seperti biasa...

Doa I pada Allah agar terus memberikan I kekuatan fizikal dan mental untuk melalui hari2 mendatang... I'm looking for work life balance...

Hope my MD understand!

Before this I'm not involve in HR matters...I'm mostly taking care Admin and Training & Dvelopment. But now I've to put 100% commitment to both.

Berusaha!!!!!!!!!

Enis, you can do it!

Thanks to Bang Dek and Lisa coz supporting me without failed.


I love you both...


Monday, July 12, 2010

Nak Selamat Konon...

i memang takde masa nak kemas rumah setiap hari ... especially bab2 vacuum and mop lantai...

Masa yang nak buat benda2 tu semua during weekend only, itupun i selalu buat pagi sabtu sesudah subuh... Fikir hari Ahad nak bersantai-santai...

Citer pasal hari Sabtu, 2 jam awal used for sapu car porch and bermesra dengan pokok2 bunga i (banyak jugak pokok2 i tu, next post la i citer k). Then masuk rumah rendam kain baju, so senang bang Dek nak tolong cucikan nanti. Selesai rendam, prepare for breakfast. Normally beli je, sebab tak tau masak! Kadang2 nasi lemak, nasi kerabu or roti canai. If bang Dek malas nak keluar, alamat roti bakar gardenia sapu jem and planta je...

Pastu... capailah vacuum and start berjalan satu rumah, depan belakang, atas bawah... boring je time ni... Sambil2 tu observe si Lisa buat homeworknya. Dah tu, nak mop la pulak...sama je tensionnya.

Actually rumah taklah bersepah sangat, cuma yang tak tahan bila nampak rambut atas lantai. Geram betullah~ ggggrggrrrrrrr...

baru2 ni i pegi satu kedai and terjumpa dengan satu sign yang i rasa sesuai untuk selamatkan keadaan, kononnya lah...

so i pun hang the sign kat depan pintu store yang opposite main door. Bilamana orang masuk je, kan ternampaklah ia... mcm yang kat bawah ni...




Bukannya apapun, kadang2 bila weekend yang full dengan outdoor activity, maka tak sempat berkemas...

Ingat nak gi kedai ribbon lepas ni, nak find a nice ribbon to replace the current one... look older and cacatkan sign tu je!

Saturday, July 10, 2010

Entah apa yang sibuk...

Dalam minggu ni dah bermacam-macam perkara yang i lakukan...kalau nak diceritakan, panjang berjela pulak nanti...

TAPI...

Yang pastinya setiap apa yang i lakukan itu pertama-tamanya telah memberikan kegembiraan pada lisa... she so happy...so sweet...

selebihnya, mostly i banyak menolong my family, fiends dan orang2 lain juga... semoga dengan izin Allah, satu hari nanti ada pulaklah orang2 lain yang akan menolong atau membantu i...

teringat satu pesanan yang dikatakan oleh Pak Harfan dalam filem 'Laskar Pelangi'... dimana,

"Hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya,Align Centerdan bukan menerima sebanyak-banyaknya"

sungguh sangat terkesan bicara itu di hati i...

bagi Lisa, perkara yang paling dia happy ialah bila i bawak dia pergi funfair... Khamis malam Jumaat hari tu. Bang dek tak follow coz busy dengan kelas tuitionnya tu. So, kami dua beranak sajelah have fun there!

Banyak jugaklah toys yang she collected... tak sempat pulak nak take photo, all still inside Avanza. Kalau dah banyak tu, for surelah banyak pulak duit yang kena spent. Kadang2 fikir rugi je, coz kat rumah pun dah berlambak toys dia... Tapi bebudak kan, bukannya faham khutbah yang kita bagipun... dia nak ikut kata hati dia jugak...

Kak Funfair, i just bagi dia ride permainan yang selamat2 je... dia kalau boleh nak cuba yang for adult, tapi no..no..no..no...

So, layan k photo2 Lisa ni...



ride on kangaroo...



ride on elephant...



ride on train...



ride on helicopter...

Bestkan jadi budak-budak...

Wednesday, June 30, 2010

Hari ini dalam sejarah

Hari ni, pagi sebelum send Lisa to tadika i went to shop and bought the following things;

3 kg ikan sardin
20 biji limau kasturi (tak kira, main ambik je..rasanya lebih...)
5 kuntum bunga kantan
1 cekak daun kesum
1 biji timun
2 tangkai salad
6 peket laksa

Semua ni gara2 Lisa nak makan laksa sejak Isnin hari tu. Lisa cakap kalau beli kat pasar malam sikit, tak boleh nak ulang2 makan. i ajak dia makan kat tesco kata tak sedap pulak.

i tak pernah buat kerja macam ni, tapi demi anak tersayang, mummy ikutkan juga walaupun quite rushing... After that terus sent brang2 tu semua kat rumah Kak Nab yang menjaga Lisa. Pendek cerita, Kak Nab lah yang akan masak laksa tu. Mummy tak pandai masak..sorry...

Pagi ni pulak, tak pernah2 dia menangis masa nak ke sekolah, tapi menangis kata tak nak go.. itupun lepas dia kata "mummy tahu tak? Lisa rindu sgt kat mummy masa kat sekolah... Lisa sayang mummy...

Luruh hati i dengar dia cakap macam tu... sayu..ikut hati nak je sama2 ponteng and enjoy life,...tapi kepala kata no..no..no..

Dengan berat hati i lepaskan juga dia ke sekolah...

Dalam masa yang sama hari ini berakhirlah sebuah cerita di antara cerita2 dalam kehidupan i...esok akan bermulalah cerita yang baru...moga segalanya kan baik-baik selalu...

Tuesday, June 29, 2010

Dari Laskar Pelangi ke Pelangi Garden...

27hb June 2010, Ahad...

Pertemuan ni sepatutnya berlangsung pada hari semalamnya. Namun seperti yang telah dijangkakan, bahawa pasti akan ada halangan merentasinya...dan sesungguhnya halangan dan rasa sedikit kecewa membuatkan pertemuan itu lebih bermakna...

Hari yang sebetulnya pun, masih lagi rasa macam jadi ke tak ni... lantaran waktu pertemuan dijanjikan 12pm, suddenly yang ingin ditemui sms menyatakan mungkin lewat or she will come alone...

Lisa and bang Dek dah tertanya2...they pun excited pada pertemuan ini... i pulak since morning dah gesa2 mereka suruh cepat...

Malam sebelumnya bang Dek ada bertanya "why she so special among rakan2 blog yang lain? terkedu gak sekejap...sampai tak tau nak jawab...later I got the answer...so unique actually...

emmm... bila they kata dah sampai je, kami terus bergegas ke sana... I dah nampak "mereka"... syukur dalam hati sebab dapat ketemu kedua2nya...Lisa pun dah melompat2 suka...Bang Dek pula macam teruja...

At first, i risau jugak dengan bang Dek ni...dapat ke dia menerima kawan baru i ni? i dah tau sangat peelnya tu, if dia tak ngam dengan orang, dia akan keep silent...matilah i kalau dia macam tu!

tapi...

lepas sesi kenal-mengenal dan berjabat salam...bang Dek terus rancak berbual dengan Ian. Cha pulak, pitty her coz nak entertain i dan Lisa yang quite 'menoti' hari tu... i believed that happened is due to she so excited...

Syukur...kami tak ambil masa yang lama nak menyesuaikan diri masing2. So, pertemuan berjalan dengan lancar...borak-borak dan makan-makan...

tak disangka-sangka, rupa2nya bang Dek pernah mengajar sementara kat sekolah Ian dan Cha dulu. Ian pun kata sejak mula2 nampak bang Dek tadi, dia rasa macam pernah tengok je... wah kecik betul lah dunia ni kan...

tiba2 bang Dek memecah keheningan..."kalau ikutkan hari ni adalah pertemuan semua anak2 yang nombor dua. kebetulan pulak kan"... then i pulak menyampuk, anak2 nombor dua ni special tau, sebab mereka lebih independent!... agreed tak?

i pun sempat gak tunjuk kat Cha buku Laskar Pelangi yang dibeli oleh bang Dek... sebut je buku, topik bicara kami terus citer bab2 buku pulak...dan spokesman nya dah tentulah bang Dek!

saat Cha membelek-belek buku Laskar pelangi




Lihatlah kegembiraan Lisa dan Cha...Happy sungguh dia sampai terlihat giginya yang tiada tu! taraaaa... (sori ye dik..mummy tulis ni...)




With Ian, berebut-rebut nak cari Toy Story 3 things yang tersembunyi dalam buku tu...



turn mummy dan ayah pulak... photo taken by Lisa.


Setiap pertemuan pasti kan ada perpisahan....




Posing lagi sebelum beredar...



Lisa masih lagi tak nak lepaskan Cha dan Ian balik...



Kami meninggalkan tempat pertemuan di saat langit yang cerah membiru mula bertukar kelabu...huhuhu...

Moment2 yang mengharukan...

For the first time, at the Pizza & KFC playground, terlihat seorang dewasa (20 yrs old and budak kecil (6 yrs old) berlari-larian..saling kejar mengejar... so sweet...terharu jugak...

Saat Ian bergenang air mata menceritakan tentang kisah accident motor yang he read at forum...


Ian dan Cha, jaga diri ya bila berada di jalan raya...
(teringin pulak rasanya nak membonceng skuter Annabela Chaca with Lisa...)


Begitulah ceritanya detik2 pertemuan itu... i mengenali Cha kerana Laskar Pelangi... sungguh2 secara kebetulan...dan kini kami bertemu di Pelangi garden...

Moga akan adanya lagi pertemuan demi pertemuan selepas ini, kerana Lisa telah menganggap Cha sebagai kakak angkatnya yang pertama dalam hidupnya...

Cha dan Ian, thanks so much...



Friday, June 25, 2010

Pantang sungguh!

Pagi2 ni je i dah merungut2 dalam kereta while driving... si Lisa pun sampai kata "biar je lah mi..."

Macam mana tak menyalak, kalau dah duduk kat lane paling kanan, but drive macam siput babi! meter kat dashboard tu tak sampai pun angka 40...

Yang paling tension tu, bila driver yang melambatkan perjalanan i tu PEREMPUAN... ni bukan yang pertama kali bagi i, tapi dah banyak kaliiiiiiiiiii...

Lane kiri kosong je, tapi she still maintain drive kat lane kanan. Mimpi ke apa you kak!!!!

I memang pantang sungguh driver lembab2 ni... betullah pandu cermat jiwa selamat, tapi if you pandu terlalu cermat, sampai jiwa i lumat.. memang you jenis yang paling teruklah..

For those driver yang dlam kategori day dreaming and siput babi ni, please lah attend JPJ class balik... ANDA telah menyusahkan driver2 yang lain..silap2 anda boleh menyebabkan kemalangan dan kematian pada org2 lain!!!!!!!

Wednesday, June 23, 2010

Rindunya...

Syukur alhamdulillah... dapat juga i kembali ke sini...

Sebelum tu, i nak ucapkan jutaannnnnnnnn terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan keafiatan i. Moga anda semua beroleh sihat dan selamat dalam peliharaan-Nya jua...Amin.

Ramai yang bertanya, apa sebenarnya penyakit i... i sendiri pun tak tau how to explain. Tapi masa sakit hari tu Sis Rini ada sent info about side effect from H1N1 vaksin... memang macam tu lah yang i rasa...

Nak tau lebih lanjut, baca ya... http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2010/05/suntikan-vaksin-h1n1.html

Selama menyepi ni, macam2 yang berlaku...dan nak update kat sini. Tapi now i really busy giler! nanti2lah k..

(ni pun time lunch... sebab dah rindu sgt. kat blog ni...)

Wednesday, May 26, 2010

Belajar Bersyukur atas kesakitan ini...

Buat kesekian kalinya, rindu kepada masa2 yang sihat...

Dalam kesakitan ini, terasa terbatas apa yang ingin dilakukan...

Namun, telah belajar untuk bersyukur atas kesakitan ini... dan berdoa agar segera sembuh seperti sebelumnya...

Terima kasih Kuhasya...rasa tenang jiwa membaca tulisanmu...


Tuesday, May 11, 2010

Singgah kejap...

Lama rasanya tak singgah di sini, walaupun sbenarnya baru dalam seminggu... Sebelum and selepas ke HK, life semacam je busynya. Banyak yang nak di updte kat blog ni, tapi masih tak berkesempatan. Otak sekarang ni ligat berfikir tentang kerja2 yang tertangguh kat ofis tu, setelah 7 hari ditinggalkan! Sure esok pecah kepala and lenguh2 tngan dan pinggang and juling2 bijik mata mengadap komputer tu... but i really miss my working table...

Tadi pun, boss dah call tanya itu dan ini... penting ke i ni? Penting la kot!

Lisa dah demam la pulak... malam tadi dia meragam and tak tido langsung... same to me...huhuhu....

Hari ni cuti coz nak ensure dia sihat, coming friday dah exam. She nak dapat no. 1. Previously she got no. 3. Mummy pun kira week exam la ni...

Tuesday, May 4, 2010

Langit Chacha...

A sweet memories has been created between us...



Wednesday, April 28, 2010

How we met...

Lately, movie Laskar Pelangi really close dengan i..i dun know how to explain but I've watch it 5 times! and please dun surprise,I'm going to watch it again next week at HK.. tak sabar nak tunggu time tu, sebab dah promised dengan Lisa and my sisters to watch the movie bersama-sama.

Kerana movie tu juga, i terpanggil untuk membeli novelnya pula...dalam list i dah ada 3 novel yang akan i beli sprt dibawah;

1. Laskar Pelangi
2. Sang Pemimpi
3. Maryamah Karpov

Ketiga-tiga novel tu karya Andrea Hirata, penulis Indonesia. So, movie Laskar Pelangi tu adalah daripada novel beliau.

i dah mintak bang Dek carikan buku2 tu, tapi katanya tak jumpa. So, sebab tak sabar sangat, i pun terus teringatkan Gramedia book store kat The Mines.One of our favourite book store after MPH. Laju je tangan i surf kat internet pasal book store tu.

Nak tahu apa yang i ketemu dulu? i terjumpa 1 post tentang Gramedia dalam blog "Langit Chacha". Terus klik, baca and love the blog...

"Cha,i met u due to Laskar Pelangi..".Dalam movie tu, 'Lintang'ada menyebut tentang hujan, matahari dan pelangi...

Kembali pada buku2 i tu, i dah contact Gramedia dan placed order. happy :) Tapi yang tak bestnya kena tunggu lagi 1 bulan, arghhhhhh...

Monday, April 26, 2010

Menghantar Cik Avan...

Selalunya pagi2 hanya nak send barang2Lisa ke rumah Kak Nab dan hantar Lisa ke tadika je... tapi pagi ni ada pulak benda lain yang nak dihantar!

Tiba2 je cik Avan kata dia dah tak larat...nak kena hantar pergi klinik.... argghhh tensionnya i. Bang Dek tak boleh nak tolong la pulak pagi ni...

Nak tak nak, i bawaklah jugak cik Avan. kang kalau ditunggu2 lagi, takut dia sakit teruk la pulak. Nasib baiklah klinik yang cik Avan selalu pegi tu bukak seawal 8.30 pagi. Sampai2 je kat sana, cik Avan dapat no. 1. Wah lega bangat!

Tapi cik Avan ni punya sakit, bukan boleh sekejap nak rectify.. makan jam jugaklah... nasiblah i bring notebook ni, so tu yang dapat buat lintas langsung ni.. he he he...

Finally, cik Avan dah sihat seperti sedia kala... so dia akan boleh meneruskan perkhidmatannya pada i, selaku cik puannya!

Cik Avan pun bersyukur dia dah sihat cepat, tak payahlah dia nak tinggal sorang2 kat klinik ni... 

Dalam i sibuk2 ni, Cik Avan kata dia pun nak pose gak mcm yang si lisa selalu buat tu, mengadakan! Tapi takpelah, bagi dia chance kali ni...

                                                                      Nilah cik Avan...

Monday, April 12, 2010

Hari Exam..

10 hb April, hari Sabtu lepas...

Alarm hp i dan bang Dek serentak berbunyi...menunjukkan pukul 5 pagi. Sungguh berat rasanya nak bangun. Apalagi, sambung tidur balik dengan set balik alarm to 5.30am. Bukannya tidur sgt pun, just 'tido2 ayam je' . Second time bunyi, terus bingkas bangun...

Malam sebelumnya dah siap2kan dokumen2 yang nak dibawak. So just keluarkan baju yang nak dipakai je. Keluarkan je baju, terus i bengang giler! Apa taknya, baju tu masih ada tanda2 komot.. ni yang i paling pantang ni. Hantar pegi gosok, tapi finaly kena gosok lagi sekali... macamlah duit yang i bayar dia suruh gosok tu komot jugak! 

Lepas solat dan bersiap, terus mintak bang Dek masukkan lisa kat dalam kereta. At the same day, bang Dek ada mesyuarat guru, so Lisa kena gi rumah kak Nab. Si Lisa sibuk tanya "pukul berapa mummy nak balik?".  Syukur dia tak meragam pagi tu..

Bertolak dari rumah kak Nab lebih kurang jam 6.45 pagi... hujan dah start turun, makin lama makin lebat... keluar awal, so jalan tak jam... so i drove slowly je.. sebab tempat i dah tahu (bang Dek yang bawak pergi tengok tempat exam hari khamis sebelumnya...) . i reach MAEPS Serdang at 7.30 pagi.

Sampai je kat sana, tak ramai org lagi... so i just direct go to Dewan C, tempat exam i. Kat MAEPS ni, tempat dia luas sgt. dan byk dewan2. Masa sampai, i sorang je kat situ. Lepas tu barulah sorang-sorang datang.

Nilah rupanya dewan tu... tergamam gak tengok!Dalam dewan tu boleh muat seramai lebih kurang 2400 orang... dengar citer, kat MAEPS ni je ada 13 ribu candidates.


Exam patut start at 9.00am, tapi start at 9.15am... jenuh gak tengok staf2 JPA nak distribute borang2 OMR dan kertas2 soalan.. 

Untuk paper bahagian A, ada ramai gak yang tak sempat ambil.. dan tak cukup masa nak jawap soalan. Sebabnya mereka datang lambat! Ada yang sampai dah lepas pukul 10.00am. Semuanya kerana jam yang sgt teruk kat setiap jalan masuk ke MAEPS tu.. Kawan yang kat sebelah i kata, dia dah sampai kat tol serdang jam 7.45 pagi, tapi sampai pukul 9.00 pagi masih stuck kat situ..

I bersyukur sebab sampai awal..

Exam Paper 1, berjalan dgn lancar.. Soalan2 tentang 1 Malaysia banyak, NKRA, soalan tentang struktur kerajaan negeri dan pusat, soalan2 Dewan Rakyat dan Dewan negara, penggiat filem, matawang, tentang IT dan sebagainya. Ada gak soalan2 maut yang keluar especialy bahagian pengetahuan am. Antaranya, dimanakah Piala Dunia 2010 akan diadakan? Pitam gak nak jawab! yelah, i tak minat bola, so tak ambil tahu langsung... tapi nasib baik hati dan tangan choose Afrika Selatan. Bang dek kata betul, tapi dia sempat pesan kat i... katanya '' tulah, baca paper suka kat bahagian hiburan je, benda2 lain taknak ambik tahu!"... argh.... tapi ada betulnya jugak kan..

Ada juga soalan tentang filem2 arahan allahyarham Yasmin Ahmad, motto Jata negara Malaysia, siapa yang create google, dll...


Soalan kefahaman BM & BI, boleh dikatakan senang.. confident lah menjawabnya. Tapi bila pegi pada exam bahagian penyelesaian maths and logik, haru dibuatnya! Tension kat sini.. ada lebih kurang 10 soalan i main tembak2 je... masa dahlah pendek, soalan memang mengelirukan. Boring je time ni...

Before break for lunch, ada esei BM. Ada 3 soalan, i choose apakah cara2 yang boleh dilakukan untuk mengelakkan kebergantungan negara terhadap barang2 makanan import. Kena tulis antara 300 hingga 500 patah perkataan. Jenuh gak menulis.. apa taknya, dah lama tak menulis panjang gitu. Dah setiap hari tangan tik tak tik tak je kat keyboard. Lenguh jugaklah tangan ni. Yang kalutnya bila asyik tertulis short form je.. mcm 'yg', 'dll', 'dsbnya'. 

Break hanya 1 jam je... i tak take lunch pun. Terus je cari surau dulu. Surau agak jauh jugak drpd dewan. Surau kecik je, so anda boleh bayangkan macam mana yang seramai tu nak ambil air sembahyang dan solat. nasiblah bawak telekung sendiri. Lepas solat, hanya jamah roti gardenia dan air mineral je. Tengok org2 lain sempat gak makan. Kat sana, makanan takde masalah... banyak org2 yang menjual kat luar dewan tu.

Masuk balik dewan, terus sit for esei BI. Sama mcm BM tadi, ada 3 soalan. i choose bagaimana cara2 nak mengeratkan perpaduan di kalangan rakyat. Kena tulis 200 hingga 300 patah perkataan. Bolehlah...

Finally kena jawab soalan Sahsiah (200 soalan) dan Minat (227) soalan. Disebabkan masa dah tak cukup, so pegawai peperiksaan bagi 45 minit dan direct jawab 427 soalan tu. Meaning no break! Giler tu... memang soalan senang, tapi part nak hitamkan borang OMR tu... argh... Soalan2 nya memang all berkenaan diri kita, dan mesti jawab dengn jujur. So i menjawab sejujur-jujurnya lah... Ada soalan yang tanya, 'pernahkah anda mengumpat?' funny kan! Nak tau apa yang i jawab? Jawapannya Ya or Tidak. if anda, jawab ape?

Exam tamat at 5.15pm. Merdeka!!!!!!!!!
Tapi masa nak balik tu, sikit punya jenuh nak keluar dari kawasan MAEPS tu, coz kenderaan2 lain bertirai-tirai nak keluar jugak.

Sampai je rumah dah jam 6.45pm. After solat Asar, terus zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....

Panjang kan post i kali ni... harap ada yang boleh dijadikan panduan pada sesiapa yang kalau lepas ni nak attend exam yang sama. At least dapatlah sikit idea daripada tak tahu langsung!
3 Pesanan utama drpd penaja;

1. Lepas ni bila baca newspapaper, kena baca semua bahagian... pengetahuan Am tu sgt. penting.

2. Sama jugak dengan menonton/mendengar berita.

3. Datang awal pada hari exam.

4. Jangan nervous.. banyakkan berdoa dan bersalawat.

Segala usaha dah dilakukan... exam pun dah selesai...i bertawakkal je sekarang ni... 

Tak lupa juga, thanks pada family dan kawan2 yang mendoakan kejayaan saya...