Alarm hp i dan bang Dek serentak berbunyi...menunjukkan pukul 5 pagi. Sungguh berat rasanya nak bangun. Apalagi, sambung tidur balik dengan set balik alarm to 5.30am. Bukannya tidur sgt pun, just 'tido2 ayam je' . Second time bunyi, terus bingkas bangun...
Lepas solat dan bersiap, terus mintak bang Dek masukkan lisa kat dalam kereta. At the same day, bang Dek ada mesyuarat guru, so Lisa kena gi rumah kak Nab. Si Lisa sibuk tanya "pukul berapa mummy nak balik?". Syukur dia tak meragam pagi tu..
Sampai je kat sana, tak ramai org lagi... so i just direct go to Dewan C, tempat exam i. Kat MAEPS ni, tempat dia luas sgt. dan byk dewan2. Masa sampai, i sorang je kat situ. Lepas tu barulah sorang-sorang datang.
Nilah rupanya dewan tu... tergamam gak tengok!Dalam dewan tu boleh muat seramai lebih kurang 2400 orang... dengar citer, kat MAEPS ni je ada 13 ribu candidates.
Untuk paper bahagian A, ada ramai gak yang tak sempat ambil.. dan tak cukup masa nak jawap soalan. Sebabnya mereka datang lambat! Ada yang sampai dah lepas pukul 10.00am. Semuanya kerana jam yang sgt teruk kat setiap jalan masuk ke MAEPS tu.. Kawan yang kat sebelah i kata, dia dah sampai kat tol serdang jam 7.45 pagi, tapi sampai pukul 9.00 pagi masih stuck kat situ..
I bersyukur sebab sampai awal..
Ada juga soalan tentang filem2 arahan allahyarham Yasmin Ahmad, motto Jata negara Malaysia, siapa yang create google, dll...
Before break for lunch, ada esei BM. Ada 3 soalan, i choose apakah cara2 yang boleh dilakukan untuk mengelakkan kebergantungan negara terhadap barang2 makanan import. Kena tulis antara 300 hingga 500 patah perkataan. Jenuh gak menulis.. apa taknya, dah lama tak menulis panjang gitu. Dah setiap hari tangan tik tak tik tak je kat keyboard. Lenguh jugaklah tangan ni. Yang kalutnya bila asyik tertulis short form je.. mcm 'yg', 'dll', 'dsbnya'.
Masuk balik dewan, terus sit for esei BI. Sama mcm BM tadi, ada 3 soalan. i choose bagaimana cara2 nak mengeratkan perpaduan di kalangan rakyat. Kena tulis 200 hingga 300 patah perkataan. Bolehlah...
Exam tamat at 5.15pm. Merdeka!!!!!!!!!
Tapi masa nak balik tu, sikit punya jenuh nak keluar dari kawasan MAEPS tu, coz kenderaan2 lain bertirai-tirai nak keluar jugak.
Sampai je rumah dah jam 6.45pm. After solat Asar, terus zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....
Panjang kan post i kali ni... harap ada yang boleh dijadikan panduan pada sesiapa yang kalau lepas ni nak attend exam yang sama. At least dapatlah sikit idea daripada tak tahu langsung!
3 Pesanan utama drpd penaja;
1. Lepas ni bila baca newspapaper, kena baca semua bahagian... pengetahuan Am tu sgt. penting.
2. Sama jugak dengan menonton/mendengar berita.
3. Datang awal pada hari exam.
4. Jangan nervous.. banyakkan berdoa dan bersalawat.
Segala usaha dah dilakukan... exam pun dah selesai...i bertawakkal je sekarang ni...
Tak lupa juga, thanks pada family dan kawan2 yang mendoakan kejayaan saya...
No comments:
Post a Comment