RSS Feeds

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Tentang buku.... Show all posts
Showing posts with label Tentang buku.... Show all posts

Sunday, July 11, 2010

Maryamah Karpov

Bang Dek hadiahkan sebuah buku pada hari lahir i yang ke-37 tahun tempohari...

Nukilannya di buku itu,

"Bagaimana manusia meniti pelangi,
menatang indah mimpi...
menilai
DIRI
dan menempa
REALITI..."

I'm so happy... buku yang i nanti2kan selama ini, akhirnya i terima pada hari yang sungguh membahagiakan, di samping present2 lain yang tak kurang indahnya from him and little Lisa.

Mempunyai halaman berjumlah 471, dan i kini sedang menjangkau ke halaman 123. Wow, masih banyak yang perlu dibaca lagi...



Buku ini ditulis oleh Andrea Hirata, penulis Indonesia. Merupakan buku terakhir dari tetralogi Laskar Pelangi. International best seller book.

I kagum dengan Andrea. Cara dia menulis sangat mengesankan...ayat2nya jarang dapat kita temui dalam novel2 yang lain. Bahasanya sangat indah... sehingga kadangkala nak baca berulang-ulang kali satu2 ayat itu...

Antaranya.....

"penyakit manusia yang membuat dunia sendiri dalam kepalanya, menciptakan masalah-masalahnya sendiri, terperosok didalamnya, lalu menyelesaikan masalah-masalah itu, sambil tertawa-tawa, juga sendirian."

"Manusia yang dididik lingkungan keras untuk mengepulkan asap dapur akan menjadi pengalaman tiada banding"

Buku ni bagus untuk dibaca, daripadanya kita boleh mempelajari jerih-payah manusia menggenggam sebuah kejayaan yang penuh bermakna, erti hidup manusia lain, kisah keluarga , rakan2 dan sebagainya...

Di rak buku, dah pun terdampar sebuah lagi buku...'Laskar Pelangi". Plan untuk membacanya selepas selesai menghabiskan Maryamah Karpov. Ada satu buku lagi yang masih dicari iaitu 'Sang Pemimpi"...

Buku2 ini diharapkan akan menjadi pembakar semangat buat Lisa satu hari nanti...

teringat jugak kat Chacha...

Tuesday, March 23, 2010

Budaya Membaca

Kat rumah dah ada library... mcm2 bahan bacaan ada... semuanya hasil daripada hobi bang Dek yang suka membaca dan mengumpul buku2 dan majalah2. Disebabkan banyaknya buku2, maka nak masukkan rak buku pun dah tak muat lagi. Alamatnya ada buku2 yang terpaksa tidur atas lantai.

Enviroment yang menggalakkkan untuk membaca dah ada, cuma nak terapkan budaya tu je pada anak kami si Lisa tu. Apa yang i observed, selain daripada buku2 tadika, dia suka pada buku2 tentang UFO, animals, majalah Libur dan buku2 standard dia cam Upin dan Ipin, Barbie, Dora, Strawberry Short Cake dsbnya. Itu masa kat rumah... Now, i nak dia close dengan buku masa dia tak tau nak buat apa2.. epecially masa dalam kereta atau masa2 we all sedang wait for something.

Macam hari ni, i tak sihat so dia temankan i ke klinik. Hari ni dialah yang jadi nurse pada mummynya ni. So, dia dah prepare satu beg, dan letakkan buku2 yang dia nak baca nanti. Sebagai ganjarannya, nak pulak satu lagi pensil case chipmunk...


As usual, she likes posing!


Masa kat klinik while waiting my turn, Lisa leka dengan buku2 dia tu... membaca dan buat latihan dalam buku tu. At the same time, adalah mata2 ibu bapa dan anak2 yang memandangnya. Baguskan! At least dia dah jadi 1 model kepada budaya membaca...

We bersyukur dan happy sangat2, sebab wpun umur Lisa blum 6 tahun, tapi dia dah pandai membaca. Bang dek kata, kat sekolah dia ada budak dah darjah 3 pun tak tahu membaca lagi! Sedihkan... sape yang nak disalahkan dalam hal ni? Cikgu ke? ataupun nak kata budak tu bodoh? i rasa ibubapa pun mesti ada peranan nak bantu anak2. Luangkanlah masa untuk ajar mereka membaca. Biarlah anak kita tak pandai mcm anak orang lain, but at least dia kenal huruf dan boleh membaca. Taklah satu hari nanti, nak naik bas pun tak tau mana bas tu nak pergi dan selalu ditipu oleh orang (ini paling bahaya!). Silap2 harta benda dan diri pun kena jual sekali.

i suka kat dlam TV tu ada dokumentari tentang budaya membaca dengan lagu2nya sekali. Lisa hafallah lagu tu.. sebelum dia membaca, dia akan nyanyi dulu. i doakan agar Lisa akan ikut jejak ayahnya... jejak mummy ni kureng la sikit, sebab mummy suka baca majalah2 dekorasi lebih daripada buku2 Ilmiah. tu pun sebab masa2 lampau dari drjah 1 till univ, dah penat baca buku..

Tuesday, February 23, 2010

Sambungan Aku, BUKU Dan CINTA..

Didalam buku ni jugak, terdapat kata2 mutiara yang sgt bagus untuk kita kongsi bersama.. Antaranya ialah;
  • Ketika bergaul dengan manusia, apa yang ada hanyalah mengadu domba, mengumpat, dengki dan saling membenci. Namun ketka bergaul dengan buku, apa yang ada hanyalah hikmah, hidayah dan keindahan.

  • Kebodohan adalah satu kenderaan yang jika memandunya akan tergelincir dan orang yang bersahabat dengannya akan sesat.

  • Syabas bagi sesiapa yang duduk di dalam rumahnya hanya untuk membaca, mengkaji dan mengarang.

  • Terima kasih kepada setiap ibu yang berkata kepada anaknya "Bacalah dan belajarlah!"

  • Sesiapa yang bencikan buku, bosan membaca dan malas menuntut ilmu, maka itulah yang dinamakan buta hati, kurang akal, tidak bernurani dan orang bodoh.

  • Hindarilah daripada satu hari berlalu tanpa ada membaca walau satu buku.

  • Ilmu dan pengetahuan merupakan kurniaan Allah.

  • Sampai bilakah anda duduk lepak bersama orang-orang lalai itu? Ia hanyalah percakapan sia-sia, buang masa dan tidak berguna! ambillah buku dan bacalah!

  • Jangan anda mengeluh ketika menunggu. Bacalah!. Jangan anda merasa gelisah ketika bersendirian. Bacalah!.

  • Ajarlah anak anda mencintai buku dan membaca supaya kelak menjadi anak soleh yang berguna.

  • Perpustakaan adalah taman di dalam rumah dan ka'bah ilmu pengetahuan.

  • Dalam satu khemah yang didalamnya ada perpustakaan lebih indah daripada istana tapi di dalamnya tidak ada buku.

  • Buku telah memperlihatkan masa lalu, masa sekarang dan masa akan datang.

  • Orang yang tidak mempunyai ilmu, adab dan tidak pernah membaca buku, pasti percakapannya tidak berkualiti.

Kita ni sebagai ibu memang ada banyak tanggungjawab. Daripada sekecil-kecil benda sampailah ke yang sebesar-sebesarnya. Kadang2 tu, bila anak malas nak belajar dan membaca, angin jugak dibuatnya! Namun, nasihat, dorongan dan doa daripada kita ibubapa sangat penting untuk anak2. So, jangan putus asa k...



Thursday, February 18, 2010

Aku, BUKU DAN CINTA

Bang Dek memang hobby dia suka buku. Sejak kecil dia dah mengumpul buku2, hinggakan kat rumah kami sekarang secara tak langsung dah ada library. Semua buku dia suka baca especially buku2 sejarah. Dia memang minat giler dgn sejarah..tanyalah tentang isu apa sekalipun, dia akan boleh bercerita dgn. panjang lebar.

Tapi baru2 ni, sekelimbas aku terpandang yang Bang dek ni dah ada ada buku CINTA la pulak! Terdetik kat hati aku ni, sejak bila pulak la Bang dek ni baca buku2 cinta.. Ada 2 buku yang aku ternampak tu, satu BUKU KEKASIH dan satu lagi Aku, BUKU DAN CINTA.

Apalagi, bila Bang dek takde aku pun belek2 la buku tu. Ternyata tekaan ku salah... Buku2 tu sebenarnya tentang kecintaan seseorang terhadap buku. Lega... Aku lantas tertarik dan sedang membacanya sekarang.

Justeru suka aku untuk share dengan semua tentang kisah Aku, BUKU DAN CINTA. Buku ni asalnya karya Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni. Telah diterjemahkan dan diterbitkan oleh Pustaka Al-Hidayah. Buku ini menceritakan kepada kita bagaimana kisah2 ilmuwan dan tokoh muslim memperoleh kejayaan dan menghasilkan karya2 agung lantaran mereka rajin membaca.

Part yang menarik ialah Ibn 'aqil menceritakan tentang dirinya; "Aku berusaha sekuat tenagaku memangkas waktu kesibukanku yang lain demi menjaga waktu agar dapat membaca lebih banyak. Aku rela tidak makan roti dan hanya makan manisan dengan secawan air, kerana jika aku makan roti, maka banyaklah masa yang terbuang"

Sayangnya pada zaman sekarang ini, masyarakat kita nampaknya lebih gemar sibuk mengurus hartanya drpd. ilmu. Jangankan satu hari, satu jam, rasanya berat bagi mereka meluangkan waktu menuntut ilmu. Pada zaman sekarang, seseorang akan lebih dihormati ketika dia mempunyai banyak harta benda. Ini merupakan keadaan yang membuatkan muka kita berkerut sedih.

Kita adalah umat "Iqra" dan semestinya kita menjadi bangsa yang rajin membaca bagi meraih kejayaan dalam segala aspek kehidupan di dunia ini. Ada lagi yang nak aku share tentang buku tu.. to be continued.