RSS Feeds

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 30, 2010

Layan...

Kepala hari ni agak kureng sikit... di tambah pulak dgn badan yang penat. Apa taknya, since morning ke hulu ke hilir... macam2 ade keja yang dibuat!

Tapi malam , sempak gak i and Lisa nengok Cd "Adnan Sempit"... poyo betul citer tu.. hero dan heroinnya nya memang yang i minat, si Saheizy Sam (bagi i acting dia superb) dan Intan Ladyana (sebab dia puteh gebu)..

Walaupun citer tu kelakar sampai i and Lisa gelak terbahak-bahak, tapi banyak good message yang tersurat dan tersirat didalamnya... tentang the power of love, mat rempit, kawan makan kawan, kawan sejati, dll...

Tapi, lepas habis je citer tu, si Lisa dah bercakap dgn i, guna perkataan 'wa' dan 'lu' je.. siap gaya2 macam mat rempit tu lagi... i apa lagi, layan je dia balik! Just nak bagi dia feel... sekali sekala, apa salahnya kan.. nak protokol selalu pun boring gak kan!

Pada yang boring, tension2 tu, layan je citer ni... otak pun nak berehat gak!

Sunday, March 28, 2010

No Sweat!


Dalam bilik bang Dek now dah ada deodorant baru!

Adidas Action 3.

Before this, dia guna brand lain.. so baru2 ni i suggest kat dia this Adidas brand. Gamaknya bukan senang nak suruh dia tukar. Finaly, i just bought 1 for him and ask him to try first.

Kerja bang Dek as a discipline teacher memang memerlukan dia bergerak ke sana ke mari... memang kalau bawah lengan tu tak basah, tak sah namanya!

Tambah2 pulak sekarang ni, balik je dari sekolah petang, nak kena ajar tuition class, then jumpa bisnes prospek yang kadangkala tu sampai awal pagi kat kedai mamak yang takde aircond ... Can u imagine, how sweat he is?

Jadi, dengan adanya Adidas Action 3 yang akan melindungi kita dari berpeluh melebihi 24 jam… bermakna, amat berguna bagi bang Dek yang terpaksa bergerak dari tengahari hinggalah ke awal pagi tu.. tambah2 lagi dalam cuaca yang panas sekarang ni.

Till to date, he fully satisfied with this Adidas Action 3, and I'm happy with that. Memang perangai i, lebih suka pada benda2 yang branded ni. Tambah2 pula bila tau yang Adidas Action 3 tiada alkohol dan memudahkan orang2 yang beragama Islam untuk beribadat tanpa nak ragu2 lagi.

Cikgu mestilah berpenampilan dan free odour kan! barulah anak2 murid suka nak dekat ...


Next i nak introduce this brand to my brothers and collegues. Also to my face book friends. Kepada yang belum mencuba, cubalah sendiri dan rasakan kesannya! Thanks Adidas Action 3.. U make my hubby more confident!
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions

Kaler Air

Celik je mata pagi Sabtu semalam, dah tanya mana set lukisan dia... Bila nampak je benda tu kat atas meja, terus je duduk dan start mewarna.


Water colour dan kertas lukisan dah siap bergambar tu i belikan hari Jumaat sebelumnya. Kata lisa, orang lain semua dah mewarna pakai air, dia je sorang yang tak guna lagi. Cara dia bercakap masa tu, sebijik macam orang yang betul2 dah ketinggalan zaman!

Apa yang i observed, dia pandai menggunakan berus lukisan tu dan tahu cara2 nak mewarna. Cuma tak tahu cara nak balance kan air dan warna serta tak kemas... Biasalah lah kan, "saya budak baru belajar"


Actually, bang Dek dah register kan Lisa untuk kelas lukisan pada setiap Hari Sabtu. Tapi disebabkan mummy dan ayahnya yang sibuk ni, maka tak mula2lah lagi kelas budak tu! Ingat kat hati kami ni, biarlah satu hari nanti dia pandai melukis dan semoga itu menjadi salah satu daripada hobinya. Kata orang budak2 yang pandai melukis ni, akan mempunyai pemikiran yang kreatif. Selain daripada tu, nak dia ada aktiviti yang berfaedah.. daripada membuang masa tak tentu hala.

Concentrate sangat dengan lukisannnya tu, sampaikan ajak breakfast pun tak nak! Selalunya pagi2 Sabtu macam ni, dia sibuk nak watch kartun... Setelah hampir sejam, siaplah lukisannya tu.


"Mummy ni lukisan 1 Malaysia la mi... cuba tengok ni!"

Tuesday, March 23, 2010

Budaya Membaca

Kat rumah dah ada library... mcm2 bahan bacaan ada... semuanya hasil daripada hobi bang Dek yang suka membaca dan mengumpul buku2 dan majalah2. Disebabkan banyaknya buku2, maka nak masukkan rak buku pun dah tak muat lagi. Alamatnya ada buku2 yang terpaksa tidur atas lantai.

Enviroment yang menggalakkkan untuk membaca dah ada, cuma nak terapkan budaya tu je pada anak kami si Lisa tu. Apa yang i observed, selain daripada buku2 tadika, dia suka pada buku2 tentang UFO, animals, majalah Libur dan buku2 standard dia cam Upin dan Ipin, Barbie, Dora, Strawberry Short Cake dsbnya. Itu masa kat rumah... Now, i nak dia close dengan buku masa dia tak tau nak buat apa2.. epecially masa dalam kereta atau masa2 we all sedang wait for something.

Macam hari ni, i tak sihat so dia temankan i ke klinik. Hari ni dialah yang jadi nurse pada mummynya ni. So, dia dah prepare satu beg, dan letakkan buku2 yang dia nak baca nanti. Sebagai ganjarannya, nak pulak satu lagi pensil case chipmunk...


As usual, she likes posing!


Masa kat klinik while waiting my turn, Lisa leka dengan buku2 dia tu... membaca dan buat latihan dalam buku tu. At the same time, adalah mata2 ibu bapa dan anak2 yang memandangnya. Baguskan! At least dia dah jadi 1 model kepada budaya membaca...

We bersyukur dan happy sangat2, sebab wpun umur Lisa blum 6 tahun, tapi dia dah pandai membaca. Bang dek kata, kat sekolah dia ada budak dah darjah 3 pun tak tahu membaca lagi! Sedihkan... sape yang nak disalahkan dalam hal ni? Cikgu ke? ataupun nak kata budak tu bodoh? i rasa ibubapa pun mesti ada peranan nak bantu anak2. Luangkanlah masa untuk ajar mereka membaca. Biarlah anak kita tak pandai mcm anak orang lain, but at least dia kenal huruf dan boleh membaca. Taklah satu hari nanti, nak naik bas pun tak tau mana bas tu nak pergi dan selalu ditipu oleh orang (ini paling bahaya!). Silap2 harta benda dan diri pun kena jual sekali.

i suka kat dlam TV tu ada dokumentari tentang budaya membaca dengan lagu2nya sekali. Lisa hafallah lagu tu.. sebelum dia membaca, dia akan nyanyi dulu. i doakan agar Lisa akan ikut jejak ayahnya... jejak mummy ni kureng la sikit, sebab mummy suka baca majalah2 dekorasi lebih daripada buku2 Ilmiah. tu pun sebab masa2 lampau dari drjah 1 till univ, dah penat baca buku..

Monday, March 22, 2010

Citer Hantu

Petang semalam, sambil santai2, temankan la si Lisa watch movie Indon citer Hantu kat TV3... dia kalau citer2 mcm ni, alamat tak lepas nyawa i dibuatnya. Dia takut tapi nak jugak tengok.

Citernya tentang seorang perempuan yang takde anak, mati, jadi hantu dan akan mengambil budak2 kecil yang menangis dan ditinggalkan kat luar rumah atau dikurung dalam bilik oleh ibu, bapa atau bibik mereka. Hantu ni pulak ambil budak2 bukan pada waktu malam je, waktu siang pun jadi gak!

oklah citer tu, banyak pengajaran dan nilai2 murninya.. patutnya parents pun kena tengok.. Yang tak bestnya bila si lisa jadi bertambah takut and si ayahnya asyik nak marah je. Bang Dek dia memang tak suka i n Lisa tengok citer hantu, sebab dia kata nanti kitorang berdua jadi orang gila, dalam rumah hari siang pun takut..

So, rumah double storey, jadi si Lisa takkan berani nak naik or turun without i. Masaklah lah i dia menyalak suruh temankan dia.. nak masuk bilik air pun nak teman..

Yang bestnya pulak, dia jadi terlebih...... baik.. sebab takut kena tinggal kat luar dan diambil oleh 'Wewe Gombel"

Hihihi... cian Lisa..

Friday, March 19, 2010

Mission Complete...

Semalam, sempat tulis dlm FB yang hari ni i cuti coz ada misi yang perlu dicompletekan. After that, kawan2 start asking apa misi tu? mcm serius je bunyinya! But I'm not reveal it to them at all...

Disebabkan misi tu, pagi ni  i, bang dek and Lisa have to wake up as early as 5.30 pagi. Pagi tu!, malasnya.., tapi gagahkan jugak bangun. Nasib Lisa tak meragam..

Jam 6.30 pagi bertolak dr. rumah. Selepas melilau mencari tempat, sampai jugaklah kat tempat dituju pada jam 6.55 pagi. Masa tu org yang menunggu dah ade dlam 5 orang. Fuhh, lega... So, terus duduk kat kerusi yang sediakan kat situ. Makin lama orang makin ramai datang...

Pintu pejabat tu open at 7.30 pagi. When orang yang tukang bukak pintu tu datang, mereka2 yang duduk tadi tu terus bangun meluru kat pintu. Ha! mcm ni ke cara diorang ni? i terus jadi bengang.. dgn badan i yang kecik ni terus je meluru menyelit je kat celah2 orang2 tu. Mana boleh jadi mcm ni... mereka datang lewat drpd kita, tapi nak kedepan pulak.. Bodoh  (sori!!!)punya orang! memang takde perasaan! Rase nak je i kaki2, tangan2kan org2 yang takde perasaaan tu.. eiii..geramnya. Mcm ni ke orang Malaysia?????????

After 2 jam tersadai kat situ, siaplah misi i tu. Syukur Alhamdulillah...berbaloi bangun awal pagi tadi.

Tulah citer pagi ni..Planning going abroad, so kenalah buat pasport! 

Lisa happy sangat bila dia pun ada Pasport cam mummy dan ayah...

Kawan2, dah terjawabkan...


Thursday, March 18, 2010

Bukan Senang...

Balik je kerja lepas dua hari cuti, memang rase nak giler je... meja penuh dengan dokumen2 dan surat2 yang perlukan perhatian...tu belum campur dengan email yang penuh kat inbox. Telefon i kat atas meja tu pulak asyik kring..kring.. je.. Telefon colleague kat sebelah meja lagi..HP lagi! Argh............

Sekarang ni memang busy.. apa taknya, kena cover 4 orang punya kerja dalam satu masa... kadang2 tu rasa tension dan stress jugak..

Itu bab keja, belum lagi masuk bab bisnes, personal, family, parents, dll..rasa2nya 2 tangan ni tak cukup nak buat tu semua...

So, blog ni tempat nak release tension... take 5 kata org puteh!

Bukan senang kan... that's called LIFE..

But I'm looking for a meaningful and beautiful life..

Tuesday, March 16, 2010

SCORE A - Berita Baik!

Seperti yang diwar-war kan, Produk terbaru score A, iaitu iTeacher telah pun siap sepenuhnya dan dilancarkan di Pulau Pinang pada 31 January 2010 yang lalu.

Produk ini memberikan lebih kebaikan kepada pelajar2, di mana mereka seolah-olah berada di dalam kelas berhadapan dengan guru, walaupun realitinya mereka hanya mengadap komputer di rumah atau di mana sahaja.

Dengan gabungan beberapa orang guru-guru yang berpengalaman, dan sillibus yang memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan, maka produk iTeacher ini sememangnya menjanjikan yang terbaik untuk pelajar-pelajar sekolah.

Dengan HARGA Portal yang BERPATUTAN dan sistem LATIH TUBI yang terbukti BERKESAN, maka tiada alasan untuk ibubapa tidak melanggan Score A untuk anak2 tersayang. Berilah anak anda peluang untuk merasai pembelajaran e-Learning ini, banyak KELEBIHANNYA!

Jangan ketinggalan, Cepat hubungi saya di talian 019-3135334.

Monday, March 15, 2010

Bila anak demam...

Hari ni i EL. Lisa dah demam la pulak since petang semalam. So, dalam keadaan mcm ni, dia akan cari mummynye ni lebih drpd. ayah... Ayah jadi tukang pandang and ambil apa2 yang diperlukan je..

Malam semalam, i tak dapat tidur bila si lisa kejap2 panggil mummy, lisa...
nak muntah...
nak air suam..
nak mummy picit kepala..
nak peluk mummy.. ni part yang tak tahan ni, coz badan dia panas!

And satu lagi request.. "kalau mummy pegi keja, Lisa tak nak makan ubat!"

So, pagi tadi awal2 dah sms bos bgtau tak dpt masuk keja.. nasiblah bos faham. Lepas je sarapan terus bring her to klinik, time ni perlulah ayah utk dukung dia..

Dah 3 kali bagi ubat, tapi panas lagi badan dia. Risau gak ni.. Doktor kata, if tak kebah lepas 3 hari, baru kena pegi check darah.

Ni dia dah pun tido, tapi sempat request benda yang sama. If ikutkan hati ni, nak je sambung cuti esok, tak sampai hati nak tinggalkan dia.. but see first how her condition tomorrow. Hope malam ni, dia boleh tidur lena.. and i as well..

Selamat malam sayang. Mummy and ayah doakan lisa cepat sembuh.. and senyum dan brgaya mcm "mogel'!

Sunday, March 14, 2010

Pagi Ahad...

Pagi jam 6, HP alarm dah berbunyi...eii, malasnya nak bangun, so tidurlah balik till jam 6.30 pagi. After bangun and solat, terus je iron baju coz jam 8 dah nak keluar, bring prospek to ZRB. Finish ironing, bang Dek bagitau prospek tak dpt. datang pulak coz neneknya sakit. Aduh hai..tensionnya, dah bangun awal2 and make preparation tak jadi la pulak..

Masa tu jam 7.15 pagi, ingat nak sambung tidur.. but terpaksa batalkan je hasrat tu bila kepala dah fikir porch kat luar dah berhabuk..dah hampir 2 bulan tak dimandikan air.. So, terus tukar baju 'duty' and startlah menyapu, trim pokok2 bunga, siram bunga and finally wash the porch. Tahu2 siap je jam dah show pukul 9.30 pagi. Penat but puas hati...

After that ingatkan nak relek kejap, si Lisa tiba2 pulak muncul menagih janjinya nak ke KFC . Janji ni i buat hari Jumaat yang lalu..Alamak!. Pujuk pun tak makan saman budak ni, dia tetap nak go. So i deal dgn dia, we will go at 11.00am nanti.

This morning no breakfast.. so tangan cepat je hayun vacuum dari depan ke belakang, bawah ke atas.. Penat sesangat dah masa ni.. tapi dayakan jugak. i hanya vacuum rumah seminggu sekali je..so banyak gak habuk dan rambut2 yang terkumpul dlm 1 minggu tu..kadang2 terfikir kat kepala ni, kenapalah takde org yang boleh cipta flooring yang boleh sedut habuk2 and rambut2 ni..If ada, i lah org pertama yg akan beli.. i dah la alergis habuk, nak pulak melayan habuk ni..tak ke giler!

Dipendekkan citer, kami sampai kat KFC jam 10.45am. Kami tu hanya i n Lisa je.. Bang Dek tak nak follow. Dia nak makan je apa yg ada kat rumah and nak basuh baju2 (ni memang duty bang Dek!)

Nasiblah KFC depan rumah je.. so taklah rasa tension sgt. So sarapan pagi i n Lisa hanyalah fries, nugget and ice-cream...


Si Lisa sebenarnya bukan excited kat food, tapi kat toy and playground tu je. i dah la nak diet, terpaksa pulak makan coz tak nak membazir. Tengok tu, buat2 makan dgn penuh perasaan.. i dah warn dia, if selagi tak habis tak boleh enter playground tu.

Sambil makan tu, teleng2 kepala dia tengok ade budak2 lain yang main..


Bila dah dapat keluar, nilah aksi2nya! Tapi pity her, coz budak2 dah tak main lagi, coz hari dah nak hujan...



Dah kat rumah ni, she start busy with the KFC speck while cari benda2 yang hidden kat dlm buku tu. So bile di main sesorang tu, bernafaslah i sikit...

Saturday, March 13, 2010

Lisa & Alice...

Masa aku menulis ni, Bang Dek sedang mengulas tentang movie Alice in Wonderland.. Ni memang style dia after tengok setiap movie.. Macam2 yang dia kaitkan, menarik.. Rasanya, later on nak bagi dia chance utk write down the ulasan. So. when Lisa dah boleh faham nanti, dia akan tahu bahawa tengok movie tu bukan utk suka2 saja, tapi banyak pengetahuan, pengajaran, ikhtibar dan sebagainya yang boleh diambil... Yang lagi bestnya, bang Dek kata dia nak beli CD Alice yang original nanti.. i n lisa sukaaaaaaaaaaaaaaaaa... boleh ulang tayang banyak kali!

Si Lisa pulak, dah tergolek... penat giler rasanya.. apa taknya since morning till nite dia takde rehat langsung. Pagi till petang tadi dia join kami di Score A Program. Lepas je lunch tadi (lunch kami jam 4pm hari ni) kat Ani Sup Utara di Bandar Tasik Permaisuri, terus je kami ke Mines.

Odw ke Mines, lisa dah jadi mcm ni...

Tapi sesampai je kat Mines, terus besar mata dia.. terus ajak pergi kaunter TGV nak beli ticket movie Alice in Wonderland. Kami taklah berebut2 nak buy ticket coz uncle Lim dah tolong bought the ticket. Pagi2 lagi tadi dah mintak Lim tolong booked, masa tu pun, kat jusco Balakong dah fully booked, nasib kat Mines ada. Nak pegi tempat lain, malas la pulak coz jauh and dah penat. Sempat gak si Lisa berposing...

While waiting movie start at 6.45pm, bawaklah si lisa ni berjalan2 kat dalam Mines tu.. benda lain dia tak minat sgt, tapi dia ajak naik bot tu.. merengek2 jugaklah... bukannya tak nak bawak, tapi cuaca masa tu dah agak gelap n hujan renyai2, lagipun dia dah 3 kali naik bot tu sebelum ni. Sempat pulak dia komen, "tu masa Lisa kecik2 dulu.. ni Lisa nak naik masa Lisa dah besar.." Adush! anak aku ni...

Nak pujuk dia, bawaklah masuk shop Living Cabin..happy gak dia, tapi timbul lak satu lagi hal. Dia nak beli pulak sang Harimau kat dalam kedai tu... memang dah lama dia nak benda tu, sejak toy tu wujud lagi... tapi patung2 mcm ni kami tak galakkan. So, pujuk dia take photo je dgn Rimau tu. Nasib she ok...anak mummy baik kan..

Memanglah penat sungguh hari ni, lebih2 lagi bila fikir esok nak bring prospek tu BOOM Score A pagi2 lagi. Tapi bila dah dapat tunaikan wish Lisa nak watch movie Alice and see she happy, rasa hilanglah penat ni sikit..

Pada yang belum lagi pegi, bawaklah anak2 ya, cuti sekolah kan sekarang...

Thursday, March 11, 2010

Sang Pemimpi...

Pagi Selasa yang lepas, dengarlah celoteh si FF dan FBI kat Hotfm tu. They talked about "menyesal ke berkahwin?" Masa tu dah ingat nak mengulas kat sini, tapi dah sibuk sangat dgn. macam2 hal, so tak sempatlah.. baru ni berkesempatan.

Adalah isteri2 dan suami2 yang bgtau menyesal berkahwin... yang bengang tu, mereka ni ada yang dah berkahwin berbelas2 tahun, anak dah berderet, baru ni nak ckp menyesal.. Sebabnya, mcm biasalah; suami ada org lain, suami hisap benda terlarang, isteri tak pandai masak, campurtangan family mertua dsbnya. Problem yang heavy2 tu i boleh accept jugaklah..tapi pasal bini tak tau masak n family mertua suka mengacau ni, kira bengang giler la jugak, bila itu yang dijadikan alasan menyesal kahwin.

Benda ni sebenarnya susah gak nak komen kan! kang org kata "awak tak rasa, cakap senanglah..". So, as usual, i taknak komen..

Just nak share apa yang ada dlm kepala ni .. kita ni manusia biasa memang tak lepas drpd melakukan kesilapan.. kalau setakat benda2 yang kita boleh berlebih kurang dan bertolak ansur tu, maka janganlah dibesar2kan atau dipanjang2kan. Kalau 2 laki bini je nak jadi tak tentu, lantak baiklah. Tapi sedar tak yang mak bapak punya hal ni beri kesan pada anak2.. If dah bergaduh, bercerai dan berpisah, sape yang jadi mangsa? Anak2 yang kan rasa kesan teruknya... Anak2 baru je nak hidup, kena berdepan dgn perangai mak ayah yang macam baru semalam hidup!

i rasa kita ni semua patut bersyukur dan menghargai orang2 yang ada disekeliling kita..jgn bila orang tu dah takde, barulah nak terkenang, nak sebut, nak menyesal dsbnya...Kalau ada kekurangan mereka yang tidak menyenangkan kita, kita bantulah mereka utk jadi lebih baik. Bukannya mengutuk! Manusia ni semua perfect ke? mungkin kita baik drpd. 1 segi, tapi tak baik bersegi-segi! jadi muhasabah diri k...

Actualy, Sang Pemimpi ni tajuk lagu kumpulan Gigi..I love this song, especially part ni;

Bersyukurlah pada yang maha kuasa
Hargailah orang-orang yang menyayangimu
Yang selalu ada setia di sisimu
Siapapun jangan pernah kau sakiti
Dalam pencarian jati dirimu
dan semua yang kau impikan
Tegarlah Sang Pemimpi...

Wednesday, March 10, 2010

Salam dari perantauan...

Pagi ni, masa terjaga je dari tidur, kepala masih weng lagi.. ikutkan hati nak EL je.. tapi bila fikir2kan keja kat ofis yang byk tu, maka bangun jugaklah.

Sampai je kat ofis, as usual open e-mail dulu.. nie kira sessi panaskan badan! Tiba2 ternampak satu email dari kawan yang jauh..dari Leeds. Dah lama tak dengar khabar berita dr dia.. Happy nya ada kawan jauh yang masih ingatkan kite kat sini..friendship never end ...

Kawan tu nama Mujahid, staff Telekom.. he and wife further study there. Dulu masa dia kat sini, banyaklah tolong i, sampai lah jadi kawan...

Masa reply email dia tadi, tak sempat nak tanya banyak, sebab kerja2 yang menunggu ni.. Tiba2 i jadi sibuk pulak sekarang ni..

Sunday, March 7, 2010

VITAMIN C PLUS - Cantik Tanpa Suntikan!

Info about Vitamin C Plus is available in Bahasa & English version. Just scroll down to get the info.

BAHASA VERSION



Kebaikan Vitamin C dalam dunia kecantikan tidak boleh disangkal lagi. Ia umpama "emas" yang menjadi rebutan wanita yang mementingkan kecantikan.

Penyelidikan telah mendapati bahawa penggunaan bahan-bahan semulajadi seperti buah-buahan yang kaya dengan vitamin C boleh memberi kesan yang sama dengan suntikan vitamin C, malah lebih berkesan berbanding sistem suntikan. Vitamin C Plus mengandungi buah-buahan seperti oren, beri, strawberi di samping emulsi dan minyak jojoba bagi melembabkan muka.

Natural Vitamin C Plus hanya perlu disapu pada kulit dan ianya dapat diserap ke sel-sel kulit untuk memberi nutrient kepada kulit. Kulit akan menganjal dan berseri secara spontan.

Lengkapkan penjagaan kulit wajah anda dengan Natural Vitamin C Plus. Inilah satu-satunya vitamin yang diperlukan oleh kulit yang dapat membantu membaik pulih dan memberi kesegaran yang maksima pada kulit.

10 Kebaikan Vitamin C Plus

1. Mencerahkan dengan segera tona kulit yang gelap dan kusam.
2. Menghaluskan struktur kulit.
3. Mengecilkan pori-pori kulit.
4. Menganjalkan kulit.
5. Menghilangkan tompok-tompok hitam.
6. Mengurangkan garis-garis halus pada kulit.
7. Memberi kelembapan berpanjangan pada kulit.
8. Menegang dan mengecilkan kulit wajah yang kendur dan menggeleber.
9. Mengekalkan kecantikan kulit yang muda dan berseri.
10. Menghasilkan pembentukan sel-sel kolagen pada kulit.

Cara penggunaannya cukup mudah! Hanya oleskan di sekitar muka dan leher, dan urut supaya bahan itu meresap ke dalam kulit. Elok dipakai sebelum tidur, selepas mencuci muka, tanpa perlu memakai bersama krim malam.

Kesannya jelas nampak dalam masa tiga hingga empat hari, di mana tekstur kulit semakin halus dan anjal serta berseri secara spontan.

Produk Natural Vitamin C Plus ini sesuai untuk remaja dan wanita dewasa.

Kandungannya adalah Vit C tulin dan tiada sebarang chemical yang dicampurkan. Produk ini telah mendapat NOT/MAL dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Berminat! sila hubungi saya Enis di 019-313 5334 atau email ke lisacoloursoflife@gmail.com.

Tiada lagi wajah bermasaalah selepas ini.. Dapatkannya sekarang dan rasai perbezaannya!

ENGLISH VERSION

NATURAL VITAMIN C PLUS - Beauty with Needle-Free Injection

One can't deny the importance of Natural Vitamin C in the beauty industry nowadays.
It’s like a precious "GOLD", which every woman wants to grab.

Research shown that the usage of natural ingredients such as fruits that are rich in vitamin C provides equal benefits as Vitamin C injection. Vitamin C Plus contents fruits such as oren, beri, strawberi besides an emulsion and jojoba oil to mosturizes skin.

Natural Vitamin C Plus is more effective than using needle injection. Simply apply this product onto the skin as it will absorbs quickly to the skin cells hence providing nutrients to the skin. It helps to rejuvenate and give your skin a natural glow.

It's so easy to use it. Just apply the Natural Vitamin C and massage around your face and neck for better absorption nutrition deep into you skin. It is best use before you sleep, just right after you wash your face. You do not need use this product with any night cream.

You can see obvious effect within 3 to 4 days, where by the skin texture become smooth and the skin's elasticity improves. It will instantly give your skin a natural glow.

Vitamin C Natural Plus is suitable for teenagers and adults.

10 benefits of Natural Vitamin C Plus:-

1. It helps to brighten your skin colors
2. It softens and smoothen the skin textures
3. It minimize pores appearance
4. It improves the skin's elasticity
5. It helps to remove blackheads
6. It helps to reduce fine lines
7. It helps to moisturizes your skin
8. It helps to firm and reshape your face
9. It provide youthful and radiant skin
10. It helps to develop the skin collagen

The ingredients are safe and do not contains any harmful chemicals. This product has been certified from Government Health of Malaysia. Complete your daily skin care regime with Natural Vitamin C Plus. This is the only product that helps to repair and provide maximum hydration to your skin.

If you are interested with this product, please contact Ms Enis at 019-313 5334 or email to lisacoloursoflife@gmail.com

No more skin problems. Get this product now to feel the differences!

Saturday, March 6, 2010

Melawat Ila di KPJ

Malam semalam, kami went to KPJ visit Ila... Dah 2 mlam dia stay kat wad tu. Ila masih weak lagi and blood count dia go down to 94. According to Dr. normal blood count is above 150.
So, Dr. advised her to drinks a lot of water. So hubby dia bought 100 plus, banyak… till Ila cakap “eeiii!aku dah tak larat nak minum lagi ni..”

Sempat gak i suruh ila pose…


i pun nak interframe gak!



Si Lisa and anak Ila, Kak Sha pun nak pose same...



Ila wpun sakit camtu, stil worried about abang n kak sha. They both will start exam next week. Normally Ila akan sit down with them buat revision. Ni dah kat wad ni nak sit apa? But I told Ila, don’t think so much. Yang penting dia kena sihat dulu..

i told Ila “u nak worry apa? Abang n kak sha kan dah guna Score A. That portal can help them. U believed me”. Then Ila realized that … goodkan ade Score A!

Tapi abang n kak sha tetap bring school homework mereka masa visit mamanya.. apa lagi bang Dek lah target diorang!




Kak Sha sampai kena buat kat lantai..yang dua budak kecik tu, Lisa n Zara sibuk mengacau..

Kami kat sana till 11.30 mlam. Biasalah tu, if kami group2 ladies dah berjumpa. Banyak nak share citer2 hal keja, personal n mcm2 lagila..

Zara n Lisa dah lapar time tu..

Finally we open table kat kedai mamak.. makan2
And reach home around 1am..

So tired but happy dapat gather with all family members. Only pitty kat Ila, tido kat KPJ tu..
Cepat sembuh n balik Ila, we all tak cukup korum la ni..

Episod kena tegur!

Mummy, kenapa Lisa tengok mummy tulis “aku” dalam blog mummy tu? (keras jugak nada suaranya masa asked me soalan ni)

Mummy kata kat Lisa, tak boleh cakap ”kau”, ”aku”..
Lisa cakap mi marah, mummy cakap takpe pulak!

Jeng..jeng..jeng...

Since dia kecik, i ajar dia bahasakan diri dengan panggilan ‘Lisa”..so she’s a good girl, dengar cakap mummy dia ni. Sweet sgt bila dia merengek2 nak susu.. ‘mi, Lisa nak shusu..

But when enter kindergarten and dah met ramai kwn2, she dah start using “kau dan aku”..sakit gak telinga i bila dia bahasakan diri camtu. Jenuh gakla nak membetulkan balik.. Finally she’s back to normal, but kadang2 tu tersasul la jugak!

Aku ni..dah kena tegurkan! So tak bolehla nak buat bodoh je..immediate have to change.. so jadilah “i” diriku ini..memanglah meaningnya sama, tapi lebih proper la sikit kan..

Anak-anak sekarang..

Baju melayu..

Pagi ni jam 6.15, dapat job iron baju melayu! Bunyi mcm byk je kan.. tapi sepasang je.. baju melayu si bang Dek tu.

Hari ni, sekolahnya tu ada Sambutan Maulidur Rasul.. Syukur, kementerian pendidikan adakan acara ni dalam takwim sekolah. So, anak2 kita tahu pengertian hari yang mulia tu dan yang pentingnya mengenali Nabi Muhammad saw.

Bang dek job dia kena bawa berarak 800 murid2 berjalan dari sekolah ke masjid yang dekat dgn sekolah dia tu..adalah dalam 1km. Mesti best kan! Teringat masa zaman persekolahan dulu2...

Hari Khamis lagi dia dah keluarkan baju melayu dia tu..terus je angin i naik bila nampak baju tu. Apa taknya, dia nak pakai baju melayu yang we all beli masa umur si Lisa 1 year! Memanglah ok lagi, tapi still la nampak dah lama..dull oredi..

Alasannya, warna baju tu dia suka.. warna cream.. Tulah peel bang Dek ni, dia takut dirinya tu nampak menonjol if wear baju yang kaler2 terang ni..Sedangkan dlm almari ada 4 pasang baju melayu kaler merah, gold, turqois and pink! Tu semua we all bought during wedding adik i. He have no choice at that time but to wear it.

After I dah membebel2 and pujuk as well, bagi reason2 yang boleh makan dia, finally he agreed to wear the gold colour..but with one condition! “adik tolong gosokkan ye..”



Ha!, adik kena gosok? Alamak..

Normally baju2 dia, dia iron sendiri…baik kan! Tak burden kan i, coz i hate ironing!

Nak see dia look presentable, iron gak lah...

Job esok.

Esok, dengan izin Allah… kami akan buat Score A presentation di depan guru2.. Memanglah esok, tapi feeling tak keruan tu dah start bbrapa hari yang lalu. Lagi nak dekat lagilah takut!

Petang ni, kami akan turun ke ZRB, jumpa En. Zul or name glamernya Ami Zass (coming soon millionaire). He’s the one yang akan help us for presentation 2moro.

Angin yang berhembus membawa khabar berita yg participant esok ade more than 50 paxs. Wow, ramai tu! Lagilah nervous..

Apapun, perjuangan harus diteruskan… Inilah yang dinamakan PELUANG, so wajib tidak disia-siakan. Bak kata Prof. Dr. Hamka;

“Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba…datang tidak menentu masa…datang disaat kita kesempitan atau kesusahan. Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan seribu alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!”

Ya Allah, kami hambamu yang lemah lagi hina ini.. percaya pada REZEKI yang engkau janjikan.. maka kami berusaha Ya Allah.. dan selebihnya kami serahkan kepadaMU..Kami yakin pada rezeki masing2.. jika ini rezeki kami, maka permudahkanlah ya Allah. Amin...

Sambung balik citer kat atas tadi...

Dalam gelabah ni, ada gak rase bengang! Tahu tak kat sape? Kat sape lagi kalau bukan kat bang Dek.. he rileks je mcm takde apa2 nak berlaku sok.. memang tu trade mark org lelaki kot.. gelabah gak kat dalam, tapi kat luar stay cool je...hipokrit la tuh!

Sori ye bang Dek..esok we do the best k. Thanks for ur support…

Later, I’ll update the presentation story tu ye..

Thursday, March 4, 2010

Best lah...

Lepas baca je blog sueqaisara, aku terus termimpikan ABC.. tambah2 pulak cuaca panas bangat! So, tengahari tadi terus terfikir nak having lunch outside. Port nya kedai bawah pokok kat tepi jalan, near Staffield Golf Club.
Cepat je jari aku dial hp kak Pau. Aku pun make deal dgn dia. If dia drive, aku belanja dia lunch. Deal succcess. So, aku, Ila and kak Pau di tengah panas gegat tu menuju ke lokasi tersebut.
Sampai je, terus order. Kak Pau mintak cendol pulut and mee hoon sup. Sambal kicapnya pehh...



Ila just cendol je. katanya tak lalu nak makan.. si Ila ni dah 3 hari demam. Masa aku tulis post ni, Ila dah tidur agaknya kat KPJ. Ila confirmed having dengue fever. Pitty her.. Ila, get well soon ye. I'm alone again...

Aku, apa lagi.. terus mintak ABC...


and nasi goreng kampung. At first mcm tak nak makan je, nak diet konon.. tapi order gakla..share dgn Ila.


Apa yang dipesan sampai cepat. So kami pun makan cepat2..lunch hour sebenarnya setengah jam je, tapi kami out about an hour.. masing2 dah fikir diri jadi Boss, buat bodoh je masuk lambat..

Really best lunch tu.... rasa nak pergi lagilah.. tapi nak tunggu Ila sihat dulu and kak Pau dapat byk duit! So bolehlah belanja kami pulak...hihihi...

Nak jadi Puteri..


Tiba2 je petang tadi, odw back home from Kumon class, si lisa tanya aku..

Mi, Lisa rasa nak tukar namalah..
nak tukar nama apa?
nama Lisa lah Mi.. Lisa nak nama Puteri.
Puteri apa?
Macam kawan Lisa, Puteri Umaira tu. Cikgu kata bila dia kahwin nanti, dia akan jadi "Puteri"! Kenapa dulu Mummy tak letak nama Lisa ni Puteri?
Ye ke cikgu cakap mcm tu?
Betul Mi..
Takdelah..cikgu bohong je tu..

See my daughter, dia dah terpengaruh dgn. ckp cikgu dia tu... then mcm2la dia tanya aku perihal puteri2 ni.. naik pening gak aku nak menjawabnya...dahlah penat giler masa tu.

Nasib baiklah ada gambar dia masa last year, yang ala2 Puteri. Dah tunjuk kat dia and promise nak letak dlam blog ni, baru dia calm down..

Alahai Puteri Mummy yang sorang ni... macam2!

Tuesday, March 2, 2010

Sayonara...Sayonara...

Masuk hari ni, dah 5 hari aku tak dapat tengok kawan2 aku ni.. last aku friend2 dengan diaorang pada 26 Feb lepas. Ofis pun dah tambah sunyi. Dah 8 orang kawan2 yang pergi meninggalkan kami since tahun lepas.


Kak Zaharah , Janice and June.

Kak Zaharah ni, our Doc. Controller.. So time2 ISO, dia ni la yang paling sibuk kejar kami. Tension je bila kenang2kan masa ISO audit!. Janice pulak our Planning Boss. Masa dia ade dulu, bila orang panggil Janice or Enis, kami dua2 akan pandang orang yg. panggil tu, sebab kami dengar hujung "nis" tu je...funny betul ingatkan time2 tu. Finaly, to elak confusion, kami called dia JO je. June ni bukan nama asal, tapi becoz dia join company bulan June, so terus melekat nama tu kat dia. Dia ni orang Finance, tempat aku selalu hantar request nak duit. Banyak bantu aku, especially bila aku terlambat submit payment request...busyla katakan!


Ni gambar terakhir aku dengan mereka bertiga. Hope lepas ni bila jumpa lagi adelah sessi kodak2kan ni ye!...


Kawan2 lain pun nak sama dalam sessi kodak2kan terakhir ni.. nilah juga kwn2 ku yang tinggal lagi kat sini..

Sayu jugaklah hati aku masa hari terakhir tu..apa taknya, dah bersama dengan mereka lama, average 8 years...huhuhu...

To Kak Zaharah, Janice and June..All the best..

Sayonara...sayonara..sampai berjumpa lagi. Ingat lagi tak? sedihnya...

Lisa dah ada Group!

Malam tadi, Lisa so happy coz adik aku yang balik dari Langkawi bagi dia coklat banyak sangat. Coklat memang favourite dia.. kadang sampai merajuk-rajuk dgn. ayahnya, sebab ayahnya selalu sorok2kan coklat budak tu. Malam tadi jugak, dia dah susun coklat2 tu dlam petis ais, siap sorok2 lagi kat tempat simpan sayur tu, takut ayahnya nampak...

Pagi tadi, dah nak keluar rumah, si Lisa masih lagi sibuk nak packing coklat2 dia tu..aku pun tanyalah dia, "adik nak bagi sape coklat ni, bawak byk2.. ". She terus reply "Lisa nak bagi kat group Lisa la mi". Hah!!, group Lisa? tanya aku..

Aku tanya lagi, sape group Lisa tu? Dia kata group dia ada Shasha, Lyn, Anissa dan Putri. Aku terdiam kejap and tersenyum sendiri. Anak aku dah ada group and understand the meaning of it... advanced bagi aku tu.

Lunch tadi, as usual, aku call si Lisa, dia kata dah distribute coklat2 tu kat group dia.. aku tersenyum lagi.. Tak sabar nak story kat bang Dek petang nanti, citer anak darenya yang dah ade group ni..

Monday, March 1, 2010

Manusia ke Binatang?

Pertama-tama sekali, sory coz aku guna bahasa kasar ni!.. Itupun tak dapat nak gambarkan lagi rasa sakit hati aku ni tentang kes penderaan pada budak2 kecik. Aku nak mengulas pun rasanya tak perlu kot..kat TV, radio, paper dan kat mana2 lagi dah ramai org. yg. mengulas tindakan manusia bodoh yang tak ade peri kemanusiaan...

Pada orang2 kat luar sana tu yang ada sikap suka mendera budak2 ni, tak kiralah kau tu jantan ke betina ke, hei! tolong2lah insaf... kalau dah baran sgt. ke, sakit hati ke or ape2 lagilah bodoh kau org. tu, jgnlah dera budak2. Faham tak? Kau patut dera diri kau tu sendiri.. then kau rasa sendiri sakitnya!

Aku rasa manusia yang giler mcm ni memang tak kenal kiblat kot! Kalau dia kenal, insyaallah solat itu boleh mencegah manusia drpd. melakukan perkara2 yang keji ni..

Aku kat sini nak share dgn. korang semua, how to loving our kids... info from internet. Happy reading and practising.

Twenty Free Ways to Love Your Child
1. Set aside time just to talk with your child. No phones, no TV, just talk.
Find out what happened during your child’s day.
2. In good weather, sit outside with your child and watch the world go by,
even if it’s only for 10 minutes.
3. Make family routines and traditions. Try to share at least one meal as a
family every day. If weekdays are impossible, then every weekend.
4. Talk to your child about school and friends.
5. Tell your child you love her.
6. Tell her again.
7. Go to the park. Walk around; swing on the swings.
8. Pay attention to what your child is doing. Things that seem mundane to
parents can be very important to children. Share your child’s little victories.
9. Let your child help with what you are doing.
10. Show interest in your child’s thoughts and feelings so he will be more willing
to come to you with his problems and concerns.
11. Respect your child’s thoughts and feelings. Her feelings are as real to her as
yours are to you.
12. Tell your child you love him.
13. Tell him again.
14. Look at your child when you talk together. If she sees you reading a newspaper
or watching TV while she is talking, she may believe that what she is saying is
unimportant to you.
15. Catch your child being good, and praise him.
16. Make a bedtime routine that you try to stick to every night. Children like
routines, and it can be a great time for sharing the day’s events.
17. Read a story together.
18. Make something with your child. Make brownies or a birdhouse.
19. Tell your child you love her. Hug her.
20. Tell her again. Hug her again.



Anak2 adalah anugerah Allah, pelihara dan sayangilah mereka. Semoga apa yang berlaku menjadi ikhtibar pada semua.