Aku rasa tersentuh dan sedih bila dengar akak ni story, tambah2 lagi dengan suaranya yang sayu tu.. hu..hu..hu.. Apalah nasib isteri ni, always sang suami buat mcm ni. Aku bengang betullah.. Aku kalau boleh nak mengulas panjang lebar ni, tapi bila fikir2kan balik malaslah pulak... coz dah ramai org. yang mengulas isu2 ni sejak dulu2 lagi.
Cuma aku suka nak link kan citer kakak tu tadi dgn lagu Siti "CINTA INI". Semoga lirik lagu tu boleh mengingatkan pada org2 yang dah kahwin atau yang masih single lagi bahawa terimalah pasangan anda seadanya, peliharalah dgn. baik hubungan yg terbina, bertolak ansur dan berfikirlah dgn. waras sebelum ambil tindakan yag boleh melukakan pasangan anda. Lagi satu tentang anak2, tak kesian ke dgn mereka? Tindakan kita bakal memusnahkan masa depan mereka.
Pada kaum Hawa yang suka close dgn suami orang, pls..... la kesian kat isteri dan anak2 lelaki tu. Mengapa isterinya "terpaksa terima" hanya kerana ANDA!!!
Hayatilah bait2 lagu dibawah.....
Lirik Lagu Siti Nurhaliza - Cinta Ini
Betapa Engkau Menyintai
Agungkan Aku Bagai Seorang Puteri
Selalu Kau Puja Diriku Ini
Melayang Aku Tak Memijak Bumi
Namun Terkadang Ku Rasakan
Apakah Sikapmu Tak Berlebihan
Aku Wanita Tak Sempurna
Bukan Sekilaunya Batu Permata
Marilah Bersama Jalani Cinta Kita Apa Adanya
Saling Mengerti Dan Sudi Menerima
Kita Manusia Biasa
Marilah Menjaga Kesucian Cinta Rahmat Yang Kuasa
Saling Berpadu Hati Untuk Berdua
Dalam Dakapan Mesra
Nikmati Suka Berbagi Duka
Seiring Denganmu Aku Bahagia
Genggam Jemari Dan Berjanji
Setia Selamanya Sampai Akhir Nanti
No comments:
Post a Comment