RSS Feeds

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 21, 2011

Ada ke safety di sekolah????

Hari ni,
i cuba balik awal, sebab nak fetch Lisa kat school.
School finish at 6.30pm, so I managed to reach at 6.25pm.

Waktu tu hujan turun dengan selebat-lebatnya...
dan bebudak pun dah bertolak-tolak sesakan-sakannya,
kat muka pintu pagar yang "sekangkang kera" tu!

Dalam keadaaan parents yang jugak bersesak-sesak,
menunggu kat luar pagar tu,
dengan payung2 yang bersimpang-siur,
dengan air bergenang yang dah sampai kat paras betis,
uh...sesungguhnya tak mudah nak lihat,
where is my Rapunzel...

Can you all imagine,
more than 500 children bertolak-tolak nak balik...
adalah seorang budak perempuan tu,
sampai jatuh terkangkang,
nasib ada hamba Allah yang tolong angkatkan,
if not, kena pijaklah budak tu!

Pengawas mana?
Guard mana?
Cikgu bertugas mana?

Really no safety!!!!!!!!!!!!
I'm going to lodge a complaint tomorrow,
dah tak boleh tahan ni...

Finaly, i found my Rapunzel...
tersepit-sepit si kecik tu,
pitty her...

p/s: Bang Dek always back late from evening school,
when i tanya, he said he have to ensure all children go back first.
Adik respect you...

tahu guard kat mana time tu?
guard kat main gate,
to ensure keta2 cikgu keluar dengan selamatnya...

Yelah cikgu,
pulanglah dengan selamatnya,
bebudak masuk longkang kan bukan tanggungjawab cikgu!

Sunday, March 20, 2011

I love you more mother...

Dah lebih sebulan tak kembali di sini :(

Esok...
Lisa akan kembali ke sekolah semula,
after about 9 days bercuti.
Risau gak ni, takut pagi2 sok dia menangis...
selama cuti ni, dia asyik sedih dan menangis je bila ditinggalkan kat rumah Kak Nab,
sambil nangis tu, cakap "Lisa rindu mummy"
(mummy too sayang...rasa nak tercabut jantung mummy tiap kali berpisah dengan Lisa tau!)
Tapi, diorang semua tak faham kan!:(

Masa cuti,
Sempat jugak kami luangkan masa watch CD Rapunzel..
so, sekarang ni, tiap kali telefon Lisa,
she nak mummy cakap "I love you Rapunzel"...
And she will reply "I love you more mother"..
so cute...

Mummy pun akan start gundah gulana lah sok...
akan cakap sorang2 sambil tengok gambar Lisa kat atas meja kerja mummy tu,
ada hp, tapi tak boleh nak contact Rapunzel mummy:(

Ni, tengah risau giler,
coz nama dah kena petik utk attend HR meeting kat Shanghai,
almost 4 days kat sana nanti...

mummy tak nak pergi...huhuhu...

Wednesday, February 16, 2011

Abang malu... :)

Kesempatan yang ada sempena cuti Maulidur Rasul semalam,
kami gunakan untuk melawat 'abang Ayik' di MRSM Serting.
Kami dalam masa yang sama nak tunjuk kat Lisa
tempat abang belajar dan juga
nak lihat bagaimana rupanya tempat yang dinamakan Serting tu...
Al-maklumlah, kami tak pernah sampai ke sana.
Abang sihat dan nampak hepi je,
tapi dia agak kurus dan sakit tekak, sian abang...
Kata abang, dia takde selera dengan menu2 kat dewan makan tu.
Ada duit pun, dah style abang suka menabung, so dia akan beli roti je makan!

Masa kat sana, sempatlah kami bawak abang keluar lunch.
As usual, abang suka ayam goreng, berselera sungguh dia makan.
Lagi tambah selera, bila Lisa dan Kak Sha "mencutap" sama...

Time nak balik,
Mama, Lisa, Kak Sha dan i rebut2 nak peluk dan cium abang.
Yang abang pulak, cuba nak elak2,
Dia malu rupanya! bila kawan2 semua tengok...
Dan yg lebih penting, dia tak nak kawan2 ejek2 nanti.

Walaupun bang Dek dan ayahnya mengusik-usik abang,
menjadikan suasana ceria,
tapi sedihnya rasa bila nak tinggalkan abang...:(

Bye bang, nanti mak Dek datang lagi k.

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW



Rasullullah S.A.W pernah berdoa,

"Ya Allah,
letakkan dunia di atas tapak tanganku,
jangan engkau letakkan dunia ini di dalam hatiku."



Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku"

- Al-Nasai & Ibnu Hibban -

Selamat bercuti...dan pelihara diri...

Thursday, February 10, 2011

Selamat Hari Lahir...

10 February...

Selamat Hari lahir
buat Umi (Melur)...

Semoga Umi,
Diberkati Allah...
Sihat & ceria selalu...
Suksess dalam apa jua...

"Kemarahan dan kebencian
sebagai energi pendorong,
namun kesabaran dan kerendahatian,
memberinya,
sentuhan akhir yang
membuat keputusan
berwajah menawan"

"Hidup mirip dengan menanam pohon,
kendati yang ditanam hanya pohon bunga,
kerap ada pohon2 lain,
yang ikut tumbuh"


p/s: Salam sayang dari Lisa, Kak Sha, Zara & mummy buat cik melur....


Tuesday, February 8, 2011

Lisa dah Darjah 1 - Part 1

Dah masuk bulan ke-2 Lisa bersekolah,
barulah mummy menulis catatan ini...
Terlalu banyak yang nak mummy catatkan,
supaya bila Lisa dah besar nanti,
Lisa boleh mengenang kembali segala yang berlaku,
semasa Lisa mula2 masuk sekolah...

Dah pastinya, nak masuk sekolah, semuanya mesti yang baru!
Bak kata pepatah "dari hujung rambut, sampailah ke hujung kaki"..
So, ayah dan mummy bawak Lisa ke Jusco, Sri kembangan utk. beli barang2 sekolah.

Masa ni, Lisa so excited try2 baju, kasut, beg dan macam2 lagi...
Ayah dan mummy pun teruja sekali, bila lihat Lisa dah pakai baju sekolah.

Tengok tu!, ayah melayan Lisa..

.



Malam sebelum Lisa sekolah,
Mummy dan ayah bersama-sama, tuliskan nama Lisa
kat setiap barang2 Lisa...
kasut, beg, pencil case dll, supaya tak hilang nanti.


Lisa sayang dah ready to school :)

Monday, February 7, 2011

Thorn among the Roses:)

Pagi tadi abang dah ke sekolahnya yang baru... kali ni abang pergi lebih jauh sikit. Sebulan hari tu abang di Subang Jaya je, hari ni abang ke Serting pulak.

Sebelum ni, abang di Sekolah Agama Menengah Bestari, dan pagi ni abang mendaftar di MRSM Serting.

Abang cucu Sulung dalam keluarga kami. So, tak lepas2 mulut nenek menyebut abang... Nenek mesti rindu kat abang, sebab abang memang rapat dengan nenek.

Masa kecilnya, sedari umur 1 hari hingga ke 5 bulan, i yang jaga abang. Masa tu just graduated and no job, so jagalah abang. Since masa tu abang sorang, so masa i dah kerja dan dapat gaji, banyaklah toys, baju2 dan coklat2 yang i bought for abang. Ingat lagi, masa umurnya genap 1 tahun, i belikan basikal gambar arnab. He so excited time tu!

Sebab rapatnya hubungan itu, makanya i juga miss abang so much...Tadi call abang, abang kata dia hanya boleh balik masa cuti sekolah Mac nanti je. Wah!, lama tu... Nasiblah kat MRSM, abang boleh bawak hp, so dapatlah calling2 abang untuk lepas rindu...
(tapi...Lisa jelessssssssssssss...)

Masa cuti panjang Dec last year,
i dan bang Dek bawak abang, kak Sya dan Lisa keluar.
Sebab abang dapat 5A dalam UPSR dan keputusan cemerlang dalam exam sekolah agama.
Masa tu bawak mereka gi Jusco. Main2, makan2 dan tengok movie Narnia.

They so happy...




Kalau nak tau, gelaran "bang Dek' tu, terhasil daripada perkataan 'mak Dek"...
Pandai je abang bercakap, terus dia call i "mak Dek"!
Sampailah sekarang, nama tu terus melekat, dan digunakan oleh semua ahli keluarga.
"Mak Dek & Bang Dek"...

Mak Dek doakan abang terus berjaya dalam pelajaran dan hidup.
Juga menjadi contoh pada adik2;


Kak Sya, Lisa, Adam, Fasya, Damia, Zara, Aidil, Aisy dan lain2 nanti...