RSS Feeds

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 12, 2010

"Kuasa Penuh"

Masuk hari ni, dah 2 hari kita berpuasa...

Syukur alhamdullillah, sehingga i menulis ni, Lisa telah pun berpuasa selama 1 hari setengah. I dan bang Dek bersyukur sangat2 dan gembira kerana Lisa berjaya mengarungi puasa hari pertama dengan steadynya...

She langsung tak melepet2 sebab tak makan, cuma nampak she letih dan ponteng kelas mengaji Iqra'...

Petang semalam, she request nak pegi pasar ramadhan, so kami pun tunaikanlah.. sampai je, she only nak beli air Yakult dan kuew Tiau goreng. So, tulah juadah Lisa berbuka semalam.

Kami pada mulanya tak expect Lisa puasa penuh, coz this is a first time she puasa. I ada tanya apa rasanya berpuasa, katanya "Lisa lapar sikit je Mi, tapi haus sangat2"... cian Lisa...

Apa kena mengena 'Kuasa Penuh" dengan Lisa ye? Actually, sejak kecil lagi dia sebut puasa tu "kuasa". Walaupun sekarang ni ramai yang tegur dia perbetulkan sebutan, tapi dia tetap sebut "kuasa"... So sweet bila dia sebut, dan kami semua akan tergelak2...

Kami tak harap Lisa puasa penuh 1 bulan, tapi kami encourage dia selagi tak memudaratkannya...

Nak lentur buluh kan, biarlah daripada rebungnya... kalau dah besar, dah liat pulak nanti!

Lisa, mummy dan ayah bersyukur dapat anak mcm Lisa...

Terima kasih Allah.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan datang lagi..

Syukur Alhamdulillah...
masih lagi diizinkan Allah untuk menemui Ramadhan tahun ini, insyaallah.

Tak sabar rasanya nak bersahur awal pagi esok... lebih teruja bila Lisa tahun ni nak berpuasa betul2 katanya. Kebelakangan ni pun, Lisa dah berlatih berpuasa, tapi setakat pukul 1 atau 2 petang saja. Tak larat katanya, sebab mummy tak kejut bangun sahur.

Just now call mummy kat rumah... tengah masak rendang katanya. Wow, bestnya... Sayang mak... So, malam nanti kami akan pergi rumah mak dan makan bersama2... Syukur kan, masih ada mak.

Cuma... agak risau sikit nak puasa ni. Pagi semalam, seawal jam 5 pagi, i kena gastrik. So satu hari semalam suffer... petangnya balik keja terus see doktor ambil ubat gastrik. Tapi hari ni rasa sakit kejap2, walaupun dah makan ubat tu... tension gak ni.

Ya Allah, berikanlah aku afiat agar dapat menjalani ibadah puasa tahun ini..Amin.

Kepada semua, Selamat berpuasa... jaga diri ye agar kita dapat bersama-sama menunggu ketibaan Syawal pulak nanti.

p/s: Lisa sempat pesan pagi tadi, "mummy, kalau Lisa puasa penuh, berapa mummy nak bagi duit raya?...

Budak2 kan....

Sunday, August 1, 2010

Bang Dek's Mogel

Dah hampir 3 bulan kami meninggalkan bumi HK...

but i masih tak sempat2 lagi nak menulis moment2 manis kami di sana...

So I decided to add photos only, under different2 theme...

For this time, photo about bang Dek's "Mogel"

Let's photo tell the sweet memories...


Lisa loves Mickey & Minnie...


Mrs. Donald Duck so sweet...


Mummy, Lisa dapat jumpa Chipmunks!


Kenapa kat Malaysia tong sampah tak cantik macam kat sini?


Mesin untuk buat duit Disneyland... Bang Dek sempat buat dua keping syiling.


Lisa dah penat ni Mi... sakit dah kaki Lisa ni berdiri...

Bukan senang nak take photo with Mickey & Minnie. Got a long que to go... Ikut hati memang dah nak give up, tapi apa meaning jejakkan kaki kat Disneyland if not to take a photo with all the Disney characters!

Saturday, July 31, 2010

i miss him...

Masuk hari ni dah dua malam i and Lisa tidur kat rumah mak i. Bang dek dah dua malam mengikuti school camping kat Bangi.

Semalam lepas kerja, i balik ke rumah. Waktu dah Maghrib, quite scary...

Kat ampaian, nampak kain2 dah pun tersidai... tiba2 i rasa terharu sangat...

Next week, bang Dek tidur kat sekolah lagi, perkhemahan Pengakap pulak...

I really miss him ...

Lisa too...

Bila jam...Bila cinta...

Dulu bila orang bercerita pasal road jam, i macam takde perasaan je...

Kini, bila sendiri dah hari2 duduk dalam jam tu, baru ade perasaan...

Mula2 bengang giler... lama2 dah jadi biasa...

Lately bila tertekan dalam jam, kat radio keudara pulak lagu BILA CINTA, feel relief...

i just add lagu tu kat Blog i... so pada yang tak pernah dengar, layan k...

Sunday, July 25, 2010

Arrgghhhhhhhhhhh....

Kebelakangan ni, masa2 senggang I semakin limited... Walaupun begitu, I cuba nak adjust time agar semuanya berjalan seperti biasa...

Doa I pada Allah agar terus memberikan I kekuatan fizikal dan mental untuk melalui hari2 mendatang... I'm looking for work life balance...

Hope my MD understand!

Before this I'm not involve in HR matters...I'm mostly taking care Admin and Training & Dvelopment. But now I've to put 100% commitment to both.

Berusaha!!!!!!!!!

Enis, you can do it!

Thanks to Bang Dek and Lisa coz supporting me without failed.


I love you both...


Tak de Kawan...

Weekend ni Lisa tak de kawannnn...

Kak Sha dan Abang holiday in Bandung...

Yaya dan Aisy pun tak balik minggu ni...

I dan bang Dek sibuk dengan dunia masing2...

So, she just completekan kindergarten homework, Kumon Sheets and do revision...

Masa2 senggang she watching movie "Lu pikirla sendiri"... CD beli kat pasar malam je. Tergelak2 lah dia sorang2 melihat gelagat Nabil tu...

Itu semua dia can survive alone... but bab main old maid, i lah yang jadi mangsanya... Dalam satu hari ni dah berapa round main dengan dia. She bukan faham mummynya ni sibuk and byk benda nak buat...

Looking that she's need a friend, I've to sacrifice...

Semalam, for the first time Bang Dek bawak dia naik motor pergi ke Semenyih... At first I marah jugak dengan Bang Dek. I memang tak benarkan Lisa naik motor kat Jalan raya. Mentang2lah I kerja semalam, so dia dah bawak anak dare nya tu ronda2...

Hari ni, Bang Dek bawak kami pergi teman dia menderma darah. So, itulah aktiviti yang sempat kami lakukan...