RSS Feeds

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Saturday, March 6, 2010

Baju melayu..

Pagi ni jam 6.15, dapat job iron baju melayu! Bunyi mcm byk je kan.. tapi sepasang je.. baju melayu si bang Dek tu.

Hari ni, sekolahnya tu ada Sambutan Maulidur Rasul.. Syukur, kementerian pendidikan adakan acara ni dalam takwim sekolah. So, anak2 kita tahu pengertian hari yang mulia tu dan yang pentingnya mengenali Nabi Muhammad saw.

Bang dek job dia kena bawa berarak 800 murid2 berjalan dari sekolah ke masjid yang dekat dgn sekolah dia tu..adalah dalam 1km. Mesti best kan! Teringat masa zaman persekolahan dulu2...

Hari Khamis lagi dia dah keluarkan baju melayu dia tu..terus je angin i naik bila nampak baju tu. Apa taknya, dia nak pakai baju melayu yang we all beli masa umur si Lisa 1 year! Memanglah ok lagi, tapi still la nampak dah lama..dull oredi..

Alasannya, warna baju tu dia suka.. warna cream.. Tulah peel bang Dek ni, dia takut dirinya tu nampak menonjol if wear baju yang kaler2 terang ni..Sedangkan dlm almari ada 4 pasang baju melayu kaler merah, gold, turqois and pink! Tu semua we all bought during wedding adik i. He have no choice at that time but to wear it.

After I dah membebel2 and pujuk as well, bagi reason2 yang boleh makan dia, finally he agreed to wear the gold colour..but with one condition! “adik tolong gosokkan ye..”



Ha!, adik kena gosok? Alamak..

Normally baju2 dia, dia iron sendiri…baik kan! Tak burden kan i, coz i hate ironing!

Nak see dia look presentable, iron gak lah...

Job esok.

Esok, dengan izin Allah… kami akan buat Score A presentation di depan guru2.. Memanglah esok, tapi feeling tak keruan tu dah start bbrapa hari yang lalu. Lagi nak dekat lagilah takut!

Petang ni, kami akan turun ke ZRB, jumpa En. Zul or name glamernya Ami Zass (coming soon millionaire). He’s the one yang akan help us for presentation 2moro.

Angin yang berhembus membawa khabar berita yg participant esok ade more than 50 paxs. Wow, ramai tu! Lagilah nervous..

Apapun, perjuangan harus diteruskan… Inilah yang dinamakan PELUANG, so wajib tidak disia-siakan. Bak kata Prof. Dr. Hamka;

“Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba…datang tidak menentu masa…datang disaat kita kesempitan atau kesusahan. Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan seribu alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!”

Ya Allah, kami hambamu yang lemah lagi hina ini.. percaya pada REZEKI yang engkau janjikan.. maka kami berusaha Ya Allah.. dan selebihnya kami serahkan kepadaMU..Kami yakin pada rezeki masing2.. jika ini rezeki kami, maka permudahkanlah ya Allah. Amin...

Sambung balik citer kat atas tadi...

Dalam gelabah ni, ada gak rase bengang! Tahu tak kat sape? Kat sape lagi kalau bukan kat bang Dek.. he rileks je mcm takde apa2 nak berlaku sok.. memang tu trade mark org lelaki kot.. gelabah gak kat dalam, tapi kat luar stay cool je...hipokrit la tuh!

Sori ye bang Dek..esok we do the best k. Thanks for ur support…

Later, I’ll update the presentation story tu ye..

Thursday, March 4, 2010

Best lah...

Lepas baca je blog sueqaisara, aku terus termimpikan ABC.. tambah2 pulak cuaca panas bangat! So, tengahari tadi terus terfikir nak having lunch outside. Port nya kedai bawah pokok kat tepi jalan, near Staffield Golf Club.
Cepat je jari aku dial hp kak Pau. Aku pun make deal dgn dia. If dia drive, aku belanja dia lunch. Deal succcess. So, aku, Ila and kak Pau di tengah panas gegat tu menuju ke lokasi tersebut.
Sampai je, terus order. Kak Pau mintak cendol pulut and mee hoon sup. Sambal kicapnya pehh...



Ila just cendol je. katanya tak lalu nak makan.. si Ila ni dah 3 hari demam. Masa aku tulis post ni, Ila dah tidur agaknya kat KPJ. Ila confirmed having dengue fever. Pitty her.. Ila, get well soon ye. I'm alone again...

Aku, apa lagi.. terus mintak ABC...


and nasi goreng kampung. At first mcm tak nak makan je, nak diet konon.. tapi order gakla..share dgn Ila.


Apa yang dipesan sampai cepat. So kami pun makan cepat2..lunch hour sebenarnya setengah jam je, tapi kami out about an hour.. masing2 dah fikir diri jadi Boss, buat bodoh je masuk lambat..

Really best lunch tu.... rasa nak pergi lagilah.. tapi nak tunggu Ila sihat dulu and kak Pau dapat byk duit! So bolehlah belanja kami pulak...hihihi...

Nak jadi Puteri..


Tiba2 je petang tadi, odw back home from Kumon class, si lisa tanya aku..

Mi, Lisa rasa nak tukar namalah..
nak tukar nama apa?
nama Lisa lah Mi.. Lisa nak nama Puteri.
Puteri apa?
Macam kawan Lisa, Puteri Umaira tu. Cikgu kata bila dia kahwin nanti, dia akan jadi "Puteri"! Kenapa dulu Mummy tak letak nama Lisa ni Puteri?
Ye ke cikgu cakap mcm tu?
Betul Mi..
Takdelah..cikgu bohong je tu..

See my daughter, dia dah terpengaruh dgn. ckp cikgu dia tu... then mcm2la dia tanya aku perihal puteri2 ni.. naik pening gak aku nak menjawabnya...dahlah penat giler masa tu.

Nasib baiklah ada gambar dia masa last year, yang ala2 Puteri. Dah tunjuk kat dia and promise nak letak dlam blog ni, baru dia calm down..

Alahai Puteri Mummy yang sorang ni... macam2!

Tuesday, March 2, 2010

Sayonara...Sayonara...

Masuk hari ni, dah 5 hari aku tak dapat tengok kawan2 aku ni.. last aku friend2 dengan diaorang pada 26 Feb lepas. Ofis pun dah tambah sunyi. Dah 8 orang kawan2 yang pergi meninggalkan kami since tahun lepas.


Kak Zaharah , Janice and June.

Kak Zaharah ni, our Doc. Controller.. So time2 ISO, dia ni la yang paling sibuk kejar kami. Tension je bila kenang2kan masa ISO audit!. Janice pulak our Planning Boss. Masa dia ade dulu, bila orang panggil Janice or Enis, kami dua2 akan pandang orang yg. panggil tu, sebab kami dengar hujung "nis" tu je...funny betul ingatkan time2 tu. Finaly, to elak confusion, kami called dia JO je. June ni bukan nama asal, tapi becoz dia join company bulan June, so terus melekat nama tu kat dia. Dia ni orang Finance, tempat aku selalu hantar request nak duit. Banyak bantu aku, especially bila aku terlambat submit payment request...busyla katakan!


Ni gambar terakhir aku dengan mereka bertiga. Hope lepas ni bila jumpa lagi adelah sessi kodak2kan ni ye!...


Kawan2 lain pun nak sama dalam sessi kodak2kan terakhir ni.. nilah juga kwn2 ku yang tinggal lagi kat sini..

Sayu jugaklah hati aku masa hari terakhir tu..apa taknya, dah bersama dengan mereka lama, average 8 years...huhuhu...

To Kak Zaharah, Janice and June..All the best..

Sayonara...sayonara..sampai berjumpa lagi. Ingat lagi tak? sedihnya...

Lisa dah ada Group!

Malam tadi, Lisa so happy coz adik aku yang balik dari Langkawi bagi dia coklat banyak sangat. Coklat memang favourite dia.. kadang sampai merajuk-rajuk dgn. ayahnya, sebab ayahnya selalu sorok2kan coklat budak tu. Malam tadi jugak, dia dah susun coklat2 tu dlam petis ais, siap sorok2 lagi kat tempat simpan sayur tu, takut ayahnya nampak...

Pagi tadi, dah nak keluar rumah, si Lisa masih lagi sibuk nak packing coklat2 dia tu..aku pun tanyalah dia, "adik nak bagi sape coklat ni, bawak byk2.. ". She terus reply "Lisa nak bagi kat group Lisa la mi". Hah!!, group Lisa? tanya aku..

Aku tanya lagi, sape group Lisa tu? Dia kata group dia ada Shasha, Lyn, Anissa dan Putri. Aku terdiam kejap and tersenyum sendiri. Anak aku dah ada group and understand the meaning of it... advanced bagi aku tu.

Lunch tadi, as usual, aku call si Lisa, dia kata dah distribute coklat2 tu kat group dia.. aku tersenyum lagi.. Tak sabar nak story kat bang Dek petang nanti, citer anak darenya yang dah ade group ni..

Monday, March 1, 2010

Manusia ke Binatang?

Pertama-tama sekali, sory coz aku guna bahasa kasar ni!.. Itupun tak dapat nak gambarkan lagi rasa sakit hati aku ni tentang kes penderaan pada budak2 kecik. Aku nak mengulas pun rasanya tak perlu kot..kat TV, radio, paper dan kat mana2 lagi dah ramai org. yg. mengulas tindakan manusia bodoh yang tak ade peri kemanusiaan...

Pada orang2 kat luar sana tu yang ada sikap suka mendera budak2 ni, tak kiralah kau tu jantan ke betina ke, hei! tolong2lah insaf... kalau dah baran sgt. ke, sakit hati ke or ape2 lagilah bodoh kau org. tu, jgnlah dera budak2. Faham tak? Kau patut dera diri kau tu sendiri.. then kau rasa sendiri sakitnya!

Aku rasa manusia yang giler mcm ni memang tak kenal kiblat kot! Kalau dia kenal, insyaallah solat itu boleh mencegah manusia drpd. melakukan perkara2 yang keji ni..

Aku kat sini nak share dgn. korang semua, how to loving our kids... info from internet. Happy reading and practising.

Twenty Free Ways to Love Your Child
1. Set aside time just to talk with your child. No phones, no TV, just talk.
Find out what happened during your child’s day.
2. In good weather, sit outside with your child and watch the world go by,
even if it’s only for 10 minutes.
3. Make family routines and traditions. Try to share at least one meal as a
family every day. If weekdays are impossible, then every weekend.
4. Talk to your child about school and friends.
5. Tell your child you love her.
6. Tell her again.
7. Go to the park. Walk around; swing on the swings.
8. Pay attention to what your child is doing. Things that seem mundane to
parents can be very important to children. Share your child’s little victories.
9. Let your child help with what you are doing.
10. Show interest in your child’s thoughts and feelings so he will be more willing
to come to you with his problems and concerns.
11. Respect your child’s thoughts and feelings. Her feelings are as real to her as
yours are to you.
12. Tell your child you love him.
13. Tell him again.
14. Look at your child when you talk together. If she sees you reading a newspaper
or watching TV while she is talking, she may believe that what she is saying is
unimportant to you.
15. Catch your child being good, and praise him.
16. Make a bedtime routine that you try to stick to every night. Children like
routines, and it can be a great time for sharing the day’s events.
17. Read a story together.
18. Make something with your child. Make brownies or a birdhouse.
19. Tell your child you love her. Hug her.
20. Tell her again. Hug her again.



Anak2 adalah anugerah Allah, pelihara dan sayangilah mereka. Semoga apa yang berlaku menjadi ikhtibar pada semua.