RSS Feeds

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Saturday, September 25, 2010

Belum terlambat rasanya...

Hari ini genap 16 Syawal...

Dan barulah hari ini berkesempatan untuk kita bertemu di sini...

Belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua, ampun maaf zahir & batin...

Dan sebenarnya, kesihatan saya agak terganggu pada masa kini... Sejak kejadian ragut empat hari sebelum Syawal tempohari...

Mendengar cerita2 orang kena ragut dan mengalaminya sendiri adalah amat berbeza sama sekali. Perasaan tauma masih ada hingga kini...

Namun, syukur pada-Mu Ya Allah, kerana melindungi hambamu ini...

Kepada semua, berhati-hatilah walau di mana anda berada. Ianya boleh berlaku sekelip mata sahaja!

Semoga kita semua senantiasa beada dalam lindungan dan kasih sayang Allah... Amin.

Friday, September 3, 2010

Sakitnya hati...

Hari ni, Insyaalah genap 24 hari kita menunaikan ibadah puasa... Dah lama betul tak jenguk blog, sibuk terlampau semenjak dua menjak ni!

So, selama 24 hari jugaklah Lisa berpuasa... Syukur Alhamdulillah. She really a strong girl, puasa macam takde perasaan je... Tapi awal2 dah request nak ponteng last day puasa. Tapi mummynya ni tak approve!. Dah explain kat Lisa yang dia akan dapat lebih banyak pahala bila puasanya tu penuh dengan dugaan2 makanan...

Macam mana budak tu tak pikir nak ponteng, bila Mama (adik i), siang2 dah bagitau, hari Khamis tu nanti nak masak ketupat, rendang, kuih kek dan lauk-pauk bagai... siang2 budak tu dah terliur... pitty kan..

Tapi...today hati i sakit lagi... macam nak pecah rasanya... sebenarnya since semalam lagi...bila Lisa bagitau today dia nak buka puasa kat rumah Mak Nab yang jaga dia tu. Ini kali kedua dia buka kat sana. dari semalam i pujuk dia macam2, tapi tetap jugak dengan keputusan dia tu :(

"kan Lisa dah hari2 buka puasa dengan mummy, biarlah Lisa buka kat rumah Mak Nab pulak"...huhuhu....

I memang tak boleh berpisah dengan dia... tekanan i dibuatnya. Dahlah today Bang Dek buka puasa kat kelas tuisyen dia tu, lagilah rasa nak meraung buka puasa nanti...

Apa nak buat... :(