RSS Feeds

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 30, 2010

Take jap beramai-ramai...

Tadi, lepas bang Dek balik dari tuisyen, kami terus pergi ke klinik untuk ambil jap. Jam masa tu dah hampir pukul 10 malam.

Lisa so excited nak take jap, tapi bila Dr. tanya sape yang nak dulu, dia terus jawap "mummy dulu.."

i taklah takut sangat, tapi serun jugak rasanya... sbab dah lama tak rasa tusukan jarum tu..huhu...

Syukur, i dah lepas... Second giliran bang Dek pulak. Jugak ok...

Tiba giliran si kecik ni...

muka dia mcm ni, tak tau apa feel dia....


time ni, dia mcm tahan je nafas...


jarum pun nak sampai...dia pandang je muka i dan ayahnya...


Syukur... dia tersenyum lebar sampai nampak giginya yang 'rongak' tu hehe...

Itulah pengalaman kami masa take jap H1N1 + flu before fly to HK next week. Semoga kami semua berada dalam keadaan sihat selama berada di sana... Amin.

Thursday, April 29, 2010

Selamat Jalan Cikgu...

Khamis, 29hb April 2010...
Lisa pergi ke sekolah Kumon membawa sebungkusan hadiah... Hari ni merupakan hari terakhir Lisa akan berjumpa dengan Cikgu Ika. Cikgu Ika akan menyambung pelajarannya dan tidak lagi mengajar di Kumon.

Salam...
Hye lisa!
T'cher ika's here...huhu
Tchr nk ckp thnks sgt2 for the special given...
Rlly apprcte it!
Sweet je hdiah yg lisa bg...
Ok lisa. I wish you happy holiday syg.
Always take care...
Bye2..

~sms yang diterima oleh lisa pada sebelah malamnya...~



"Hadiah2 tu Lisa yang pilih, tapi mummy yang bayar" ... itulah yag Lisa reply bila teacher Ika said thanks to her for the hadiah.

i pun quite surprise when Lisa choosed things like file and fancy paper clips for cikgu Ika. At least she knows what is the things that benefitted teacher.

hi teacher Ika, Lisa wishing you all the best...

selalu2lah jengok Lisa kat blog mummy ni yea!

Wednesday, April 28, 2010

How we met...

Lately, movie Laskar Pelangi really close dengan i..i dun know how to explain but I've watch it 5 times! and please dun surprise,I'm going to watch it again next week at HK.. tak sabar nak tunggu time tu, sebab dah promised dengan Lisa and my sisters to watch the movie bersama-sama.

Kerana movie tu juga, i terpanggil untuk membeli novelnya pula...dalam list i dah ada 3 novel yang akan i beli sprt dibawah;

1. Laskar Pelangi
2. Sang Pemimpi
3. Maryamah Karpov

Ketiga-tiga novel tu karya Andrea Hirata, penulis Indonesia. So, movie Laskar Pelangi tu adalah daripada novel beliau.

i dah mintak bang Dek carikan buku2 tu, tapi katanya tak jumpa. So, sebab tak sabar sangat, i pun terus teringatkan Gramedia book store kat The Mines.One of our favourite book store after MPH. Laju je tangan i surf kat internet pasal book store tu.

Nak tahu apa yang i ketemu dulu? i terjumpa 1 post tentang Gramedia dalam blog "Langit Chacha". Terus klik, baca and love the blog...

"Cha,i met u due to Laskar Pelangi..".Dalam movie tu, 'Lintang'ada menyebut tentang hujan, matahari dan pelangi...

Kembali pada buku2 i tu, i dah contact Gramedia dan placed order. happy :) Tapi yang tak bestnya kena tunggu lagi 1 bulan, arghhhhhh...

Tuesday, April 27, 2010

Gelagat our lovely daughters di Ikea...

Beginilah gelagat Lisa & Zara di Ikea...

Ini first time Lisa dapat main dengan bola yang banyak ni. before this i tak benarkan, sebab phobia dengan 1 email yang i terima dulu yg mengatakan bahawa di bawah bola2 tu terdapat seekor ular dan telah menggigit kaki salah seorang budak yang bermain kat situ! Tapi kisah tu bukan kat Ikea tau!

Masa ni si Zara bengang giler, sampai she duduk atas lantai. She tak dapat join Lisa coz umur tak cukup 3 years. Pitty her...


Lisa happy giler dapat berposing dengan kasut Croc yang besar ni...

Dua2 suka bila dapat pakai sarung tangan 'giant' ni...

Bersalam-salaman...

Bermaaf- maafan.....

Ni kat tempat toys... bermain sambil berposing...


"Lisa, mummy sayang nak bagi Lisa besar..." huhuhu....


Dah dapat kawan, lagi leka mereka bermain...

Ni masa kat dalam tempat tukar pampers Zara...

Mereka berposing sementara menunggu makanan sampai... see how Zara try to follow gaya si Lisa tu!

Disebabkan kami semua lapar sangat dan sedap menikmati hidangan, so tak de sape yang nak take photo...

Just bunyi nyum..nyum..nyum..

Monday, April 26, 2010

Menghantar Cik Avan...

Selalunya pagi2 hanya nak send barang2Lisa ke rumah Kak Nab dan hantar Lisa ke tadika je... tapi pagi ni ada pulak benda lain yang nak dihantar!

Tiba2 je cik Avan kata dia dah tak larat...nak kena hantar pergi klinik.... argghhh tensionnya i. Bang Dek tak boleh nak tolong la pulak pagi ni...

Nak tak nak, i bawaklah jugak cik Avan. kang kalau ditunggu2 lagi, takut dia sakit teruk la pulak. Nasib baiklah klinik yang cik Avan selalu pegi tu bukak seawal 8.30 pagi. Sampai2 je kat sana, cik Avan dapat no. 1. Wah lega bangat!

Tapi cik Avan ni punya sakit, bukan boleh sekejap nak rectify.. makan jam jugaklah... nasiblah i bring notebook ni, so tu yang dapat buat lintas langsung ni.. he he he...

Finally, cik Avan dah sihat seperti sedia kala... so dia akan boleh meneruskan perkhidmatannya pada i, selaku cik puannya!

Cik Avan pun bersyukur dia dah sihat cepat, tak payahlah dia nak tinggal sorang2 kat klinik ni... 

Dalam i sibuk2 ni, Cik Avan kata dia pun nak pose gak mcm yang si lisa selalu buat tu, mengadakan! Tapi takpelah, bagi dia chance kali ni...

                                                                      Nilah cik Avan...

Saturday, April 24, 2010

1 U

Hari ni i dan Lisa menghabiskan masa kat 1 U. Abang Dek pagi lagi dah keluar sebab hari ni dia ada aktiviti Kem Bistari Solat kat sekolah till tengahari... then he needs to go to Shah Alam for Mesyuarat Persatuan Sejarah Negeri Selangor.

We reach 1 U at about 1.30pm. Sampai2 je terus pegi makan, coz adik i, her friend and Lisa dah lapar sesangat. They finally choosed McD for lunch...

Saat2 Lisa menikmati Mc Chicken nya...
                                                       senyum lebar sebab dapat makan...


                                                       perasan tak rambut Lisa dah curl!

                                                                       Lisa & uncle Lim

Perut dah kenyang, so we start jalan2... Actually hari ni kami nak cari jeans, baju and sport shoes for vacation nanti. So first we went to Levis shop, and dapatlah cari 2 helai jeans. Disebabkan i ni tak tinggi, so dua2 jeans kena alter and it took about 2 hrs.

Next we go to kedai kasut... if i tak silap, hari ni we visited more than 10 kedai. Try punya try punya try, satu pun tak beli!!!!!!!!!. Bila fikir2kan balik, rasa buang masa giler2 je...

In between, kami singgah jugak kat kedai2 baju.. adik i dapatlah beli baju yang dia nak. i sempat gak sambar 2 t-shirt for bang Dek.

During kami pilih pakaian dalam, see apa yang Lisa buat...


                                                 "mummy, tangan patung dah tercabut!"

Lisa sempat gaklah main2 kat situ...





                                                with mummy before menaiki animal train

                                                             Posing lagi dekat A & W...



Dah jalan2, main2, "mummy i'm hungry"...
Ni merupakan burgernya yang kedua.... kat dalam kereta je, sebab masa tu dah jam 6.30 petang.




We reach home at 8.00pm. Penat... but feel good sebab dapat gembirakan Lisa. Sesungguhnya kegembiraannya adalah suatu kebahagiaan buatku...

Friday, April 23, 2010

Filem Wajib Tonton

Sewaktu menulis ni, saya menonton filem box office Indonesia. Jam menunjukkan angka 11.15 malam. Lisa dah tidur pun, so bang Dek lah yang menemani.

For the first time i menulis sambil menonton citer tersebut... so hasilnya seperti di bawah...

Bagaimana Lintang go to skolah, jauh dari rumah , nak tunggu buaya melintas... rajin membaca

Pak Harfan, Cikgu Bakri, IbuMuslimah...

Harun, anak yang cacat menyelamatkan sekolah agama dari ditutup.

Mimpi cikgu Muslimah jadi guru dan bukannya isteri saudagar kaya

Masa nak pegi exam kat kelas org2 kaya... mereka malu, kasut, baju buruk.

Ikal, lintang dan Mahar...

Masa cuti sekolah, mereka meniaga, bantu orang . turun ke laut... anak org kaya main kasut roda
Lintang tunggu ayah balik dari laut, baru pegi sekolah, jaga adik dulu..

Hiduplah untuk memberi sebanyak2nya dan bukan hidup untuk menerima sebanyak2nya...

Ketekunan. keberanian, sanggup mengahadapi tantangan, harus berani punya cita2...

Mahar, minat muzik jazz, katanya muzik utk org2 pandai. Sebab dia, they masuk karnival...

Saat ceria, Ikal jatuh cinta dgn A Ling, anak tokey kapur kat pekan...hari2 dia nak beli kapur, sampai sanggup menipu sekolah banjit, kapur basah...

Har sibuk cari idea nak masuk karnival. Dia ada kompang je, kelas org kaya ada band . Har bekerja keras cari idea.

Hari karnival, mereka pakai mcm org asli. Sekolah kaya pakai suit pancaragam. finaly they win...
Ada jugak part2 seram, bila mereka ke pulau lanun, ikut Mahar dan Flo...

Kalau mahu pintar, belajar..Kalau mahu segala, usaha...

Lintang suka membaca, so dia tahu banyak benda...

So kiut Mahar nyanyi lagu 'Mari Menyusun Bunga Seroja'...

Pak Harfan meninggal didalam kelas diatas meja guru... sgt sedih...

Lintang jadi cikgu..

Lintang adik beradik 4 perempuan..dia anak sulung.

Lintang nak masuk pertandingan, tapi ada halangan... semua murid2 pegi dulu tanpa Lintang...

kesudahannya, saksikan sendiri...

Juga cerita2 yang seterusnya saksikan sendiri...i really sedih..... even when mereka rasa gembira pun i sedih... huhuhu...

Citer habis jam 1.10am...

Superb movie....

Ini kali ke-2 bang Dek tonton... i akan ajak Lisa tonton esok... she wajib tonton...

Anda dan anak2 juga wajib tonton...

Yang saya maksudkan adalah filem 'Laskar Pelangi'... Lagu temanya dinyanyikan oleh kumpulan Nidji.

mimpi adalah kunci
untuk kita menakhlukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya

laskar pelangi

tak kan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa

walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya…

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
tak kan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi


Now, we sedang cari filem 'Sang Pemimpi' pulak...

Tonton ya... rugi jika anak2 kita tak berkesempatan menonton cerita ini...

Thursday, April 22, 2010

Nak Katil 2 Tingkat...

Sejak dari dia mula kenal benda yang dinamakan "katil 2 tingkat", dia dah merengek-rengek nak benda alah tu. Masa tu dia masih kecil, so i tak berani nak belikan. Sebabnya, dia kata "mummy, kalau mummy dah belikan katil tu, Lisa nak tidur yang kat atas sekali". So, i dan bang Dek decided not tu buy, takut dia jatuh!

Masa kami pindah rumah dulu, katil masa kecilnya dah diberikan pada orang... kat rumah baru ni, biliknya takde katil lagi. i masih berkira-kira nak beli katil yang macam mana. Lisa still nak 'double decker bed' tu, tapi i pulak nak yang gaya2 princes bed... clash la kitorang ni.

Tapi yang lebih peningnya, kat mana nak i sumbatkan katil tu nanti? Cubalah you all tengok apa yang ada dalam bilik anak perempuan i yang sorang ni...

Gambar kat bawah ni, pandangan daripada pintu masuk ke biliknya... Pintu yang dalam gambar tu, pintu untuk ke toilet.



Kat bahagian sebelah kiri bilik tu, ada rak buku untuk simpan semua worksheet Kumon, buku2 tadika, Picolo books, dll... Juga meja study dia. Meja study pun dah ada dua kat situ.



Lihat gambar kat bawah tu... cuba kira berapa banyak tabung yang dia ada? Penuh diletakkannya kat atas meja belajar tu, sampaikan bila nak menulis dia akan share kat meja ayah pulak.



Ini pulak, almari we bought kat Ikea... 4 level, also penuh with patung2 kecil yang dia collect during went to KFC, McD, beli aiskrim dan macam2 lagilah... sampai dah tak muat nak letak lagi...



Next, almari for her clothes... full jugak dengan baju2, beg tangan, hair band dan mcm2 accesories lagi... Pun dah tak muat lagi, sampai ada baju2 yang masih lagi dalam plastic bag.



Yang ni pulak, bear2 dia... sampai i dah tak larat nak simpan n kemas... dari yang besar sampailah yang ke kecik2 tu... Ada lagi yang tersimpan kat master bedroom, sebab malam dia bawak tidur benda2 ni...



Ikutkan perempuan ni, satu pun hartanya ni tak boleh nak bagi kat orang... She really sayang barang dia. We actually respect her... ada toys yang kami beli masa umurnya 3 bulan pun masih elok lagi...


i tengah fikir sekarang macam mana nak store all her toys... so, bolehlah katil yang dia inginkan tu berlabuh!

Wednesday, April 21, 2010

Lisa tak nak!!!!!!

Macam nilah selalunya perangai Lisa bila diajukan 'soalan'... Tanyalah bila2 pun, sama je...

Soalannya hanyalah "Mummy mengandungkan satu lagi adik, Lisa nak tak?". She really pantang dengan soalan ni, so terus je menangis, merengek2 dan menghentak-hentak kaki...


And then berlari sembunyi kat belakang pintu...




Bila situasi macam ni, i lah yang penat nak pujuk dia... selagi tak pujuk, selagi tulah keadaan jadi haru-biru...

Tu yang malas nak tanya dia tu. Tak tanya macam tak ok la pulak...sebab kadangkala dia macam nak adik, bila tengok dia main dengan anak2 orang lain.

Bila i tanya kenapa tak nak? Lisa will answer "kalau ada adik, mesti mummy tak sayang Lisa lagi kan! Mummy mesti asyik nak dukung adik dan sayang adik tu je". Walaupun i dah explain yang i akan sayang dia dan adik, dia tetap tak percaya.

Susah betullah... Ayah dan anak sama je satu kepala. Tapi yang tak tahan tu, bila setiap kali jumpa kawan2, saudara-mara atau sesapa sajelah, mesti di tanya, "satu anak saje ke? Cukup ke? nanti dah tua macam mana? and bla bla...

Tension kan!

Tuesday, April 20, 2010

Satu Family Dapat Hadiah

Hari Ahad yang lepas, kami terpaksa bangun awal... Jam 8 pagi kena sampai kat tempat dimana program akan diadakan.

Hari tu merupakan hari Sukan Tahunan kat tadika Lisa. Kami merupakan antara yang terawal sampai. Ikut jadual, acara akan dimulakan tepat jam 8 pagi, tapi mcm biasalah kan, manusia ni memang susah nak tepati masa!
Sementara menunggu acara sukan dimulakan, Lisa sempat berposing dengan kawannya...

Budak perempuan kat sebelah Lisa tu namanya Puteri. Ingat tak lagi artikel i tentang Lisa nak jadi Puteri?

Then , she possed with Shasha pulak... ni best friend Lisa dan merangkap 'adiknya' . Kata Lisa pada i, "mummy, Lisa dah anggap Shasha tu macam adik Lisa sendiri tau. Lisa suka kat dia". ????????

Berbalik citer sukan tadi, Lisa dalam group Rumah Biru. Dari minggu lepas lagi dia mintak i doakan Rumah Biru jadi juara. Tahun lepas Rumah Kuning yang jadi juara. I doakan seperti yang diminta... tapi bila i tengok je budak2 yang dalam Rumah Biru tu, surprise la jugak! Sebabnya budak2 umur 4 tahun dan 5 tahun yang comel2 pun ada. So nak jadi juara bukannya mudah bagi setiap Rumah2 Sukan yang ada tu.

Nilah kronologi Hari Sukan Lisa...

Berkumpul di bawah khemah mengikut Rumah Sukan masing2...


Dimulakan dengan acara warm up, kutip gula2 dan belon...berebut2 sakan budak2 semua...


Acara pertama dimulakan, lari berganti-ganti.


Acara kedua, lompat zig zag.. pencong2 anak i dan budak2 tu melompat...

Acara ketiga, berlari merentas halangan, dimana budak2 kena berlari merentasi satu bangku panjang dan kon2 yang dijadikan sebagai halangan. Takut jugak i masa tu, bimbang budak2 jatuh dan cedera.

(no photos - due to camera memory card full). arrghh... tension!. So, nak take photo kena berbajet-bajet je.

In the meantime, emcee announce tentang acara untuk parents pulak. Seramai 6 pasangan diperlukan. Selepas beberapa kali announce masih takde parents yang register. So, i and bang Dek be the first one to registered. Then, barulah the rest follow. Susah betullah nak dapatkan komitment parents ni. Participate pun bukannya apa, just nak bebudak tu happy je see gelagat mak bapak mereka pulak...

Acara keempat, backward race. Meaning lari mengundur ke belakang. Sampai tergolek Lisa dibuatnya...

Acara kelima, merupakan acara yang terakhir. Dimana seorang budak akan jadi model dan rakan2 yang lain akan dress up kan dia. So, ada yang pakaikan baju, seluar, spek mata, gelang tangan, topi dan beg tangan. Funny betul acara ni tapi sori tak sempat nak take photo. Lisa tak suka pulak acara ni, katanya macam 'janda' je.
Sampai lah masanya untuk acara parents. Game ni dinamakan 'buang cinta, sambut sayang'. Setiap pasangan diberikan sebiji belon yang berisi air. So belon tu kena dibaling dan disambut diantara pasangan tersebut. Bunyinya senang je kan! tapi realitinya bukan mudah... Mula2 baling daripada jarak dekat, oklah. tapi bila makin jauh, makin jauh, gabra la jugak. Sebab if belon jatuh, kira disqualified. Finaly, we made it and dapat tempat ke-2 je. Tahun lepas, we get a first place.


Dalam gambar kat atas tu, i yang paling kanan sekali. Nampak tak mcm mana menonggengnya nak menyambut belon air tu!

Akhir sekali, acara penyampaian hadiah... Lisa dapat 2 emas, 2 perak dan 1 gangsa. Happy sakan la dia. Tahun lepas pun dapat macam tu jugak. So, dah banyaklah trophy yang dia kumpulkan.


Mummy dan ayah pulak ambil hadiah..


Sebelum pulang, Lisa sekali lagi berposing dengan kawannya disamping trophy2 yang mereka dapat.


Lisa was very happy coz tahun ni rumah Biru jadi juara... Insyaalah, termakbul doa kami.



Saat mereka meraikan kejayaaan...

Namun, i rasa sedih pulak... bukannya apa, hanya ingatkan ni merupakan sports terakhir Lisa kat tadika. Next year Lisa dah darjah satu... Sayang sekali nak lepaskan memori indah masa dia kecil ni...

Wednesday, April 14, 2010

Harapan Tanpa Suara...

Masalah pembuangan bayi masih lagi kita dengar dan lihat...sakitnya hati lihat bayi2 yang tidak berdosa diperlakukan sebegitu rupa. Semoga Allah memberikan balasan yang setimpal kepada yang bertanggungjawab. Mungkin di dunia ni, mereka boleh lepas...

Kempen Kami Prihatin yang dilancarkan pada 8hb April 2010, merupakan usaha murni gabungan Utusan Malaysia bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Astro dan Karyawan. Syukur alhamdulillah...

Lagu tema kempen tersebut "Harapan Tanpa Suara" yang digarap oleh S.Atan dan lirik oleh Habsah Hassan, benar2 menyentuh jiwa keibuan i. Tak taulah if ada org yg. tak tersentuh mendengar lagu ni, hingga sanggup membuang bayi lagi selepas ini.

Bait2 lagu yang dinyanyikan oleh artis2 kita yang sama2 memperjuangkan kempen ini... i really respect artis2 tu.

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
kujaga kau dihari tuamu
Andai panjang usiaku

Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Dimanakah ibu di manakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
oleh hawa nafsu yang serakah

Lagu ini boleh juga didengar di Utusan online dialamat www.utusan.com.my

Semoga usaha ini membantu mengurangkan masalah 'ibu' dan 'ayah' menjadi satu makhluk yang lebih hina tarafnya daripada binatang!

Monday, April 12, 2010

Hari Exam..

10 hb April, hari Sabtu lepas...

Alarm hp i dan bang Dek serentak berbunyi...menunjukkan pukul 5 pagi. Sungguh berat rasanya nak bangun. Apalagi, sambung tidur balik dengan set balik alarm to 5.30am. Bukannya tidur sgt pun, just 'tido2 ayam je' . Second time bunyi, terus bingkas bangun...

Malam sebelumnya dah siap2kan dokumen2 yang nak dibawak. So just keluarkan baju yang nak dipakai je. Keluarkan je baju, terus i bengang giler! Apa taknya, baju tu masih ada tanda2 komot.. ni yang i paling pantang ni. Hantar pegi gosok, tapi finaly kena gosok lagi sekali... macamlah duit yang i bayar dia suruh gosok tu komot jugak! 

Lepas solat dan bersiap, terus mintak bang Dek masukkan lisa kat dalam kereta. At the same day, bang Dek ada mesyuarat guru, so Lisa kena gi rumah kak Nab. Si Lisa sibuk tanya "pukul berapa mummy nak balik?".  Syukur dia tak meragam pagi tu..

Bertolak dari rumah kak Nab lebih kurang jam 6.45 pagi... hujan dah start turun, makin lama makin lebat... keluar awal, so jalan tak jam... so i drove slowly je.. sebab tempat i dah tahu (bang Dek yang bawak pergi tengok tempat exam hari khamis sebelumnya...) . i reach MAEPS Serdang at 7.30 pagi.

Sampai je kat sana, tak ramai org lagi... so i just direct go to Dewan C, tempat exam i. Kat MAEPS ni, tempat dia luas sgt. dan byk dewan2. Masa sampai, i sorang je kat situ. Lepas tu barulah sorang-sorang datang.

Nilah rupanya dewan tu... tergamam gak tengok!Dalam dewan tu boleh muat seramai lebih kurang 2400 orang... dengar citer, kat MAEPS ni je ada 13 ribu candidates.


Exam patut start at 9.00am, tapi start at 9.15am... jenuh gak tengok staf2 JPA nak distribute borang2 OMR dan kertas2 soalan.. 

Untuk paper bahagian A, ada ramai gak yang tak sempat ambil.. dan tak cukup masa nak jawap soalan. Sebabnya mereka datang lambat! Ada yang sampai dah lepas pukul 10.00am. Semuanya kerana jam yang sgt teruk kat setiap jalan masuk ke MAEPS tu.. Kawan yang kat sebelah i kata, dia dah sampai kat tol serdang jam 7.45 pagi, tapi sampai pukul 9.00 pagi masih stuck kat situ..

I bersyukur sebab sampai awal..

Exam Paper 1, berjalan dgn lancar.. Soalan2 tentang 1 Malaysia banyak, NKRA, soalan tentang struktur kerajaan negeri dan pusat, soalan2 Dewan Rakyat dan Dewan negara, penggiat filem, matawang, tentang IT dan sebagainya. Ada gak soalan2 maut yang keluar especialy bahagian pengetahuan am. Antaranya, dimanakah Piala Dunia 2010 akan diadakan? Pitam gak nak jawab! yelah, i tak minat bola, so tak ambil tahu langsung... tapi nasib baik hati dan tangan choose Afrika Selatan. Bang dek kata betul, tapi dia sempat pesan kat i... katanya '' tulah, baca paper suka kat bahagian hiburan je, benda2 lain taknak ambik tahu!"... argh.... tapi ada betulnya jugak kan..

Ada juga soalan tentang filem2 arahan allahyarham Yasmin Ahmad, motto Jata negara Malaysia, siapa yang create google, dll...


Soalan kefahaman BM & BI, boleh dikatakan senang.. confident lah menjawabnya. Tapi bila pegi pada exam bahagian penyelesaian maths and logik, haru dibuatnya! Tension kat sini.. ada lebih kurang 10 soalan i main tembak2 je... masa dahlah pendek, soalan memang mengelirukan. Boring je time ni...

Before break for lunch, ada esei BM. Ada 3 soalan, i choose apakah cara2 yang boleh dilakukan untuk mengelakkan kebergantungan negara terhadap barang2 makanan import. Kena tulis antara 300 hingga 500 patah perkataan. Jenuh gak menulis.. apa taknya, dah lama tak menulis panjang gitu. Dah setiap hari tangan tik tak tik tak je kat keyboard. Lenguh jugaklah tangan ni. Yang kalutnya bila asyik tertulis short form je.. mcm 'yg', 'dll', 'dsbnya'. 

Break hanya 1 jam je... i tak take lunch pun. Terus je cari surau dulu. Surau agak jauh jugak drpd dewan. Surau kecik je, so anda boleh bayangkan macam mana yang seramai tu nak ambil air sembahyang dan solat. nasiblah bawak telekung sendiri. Lepas solat, hanya jamah roti gardenia dan air mineral je. Tengok org2 lain sempat gak makan. Kat sana, makanan takde masalah... banyak org2 yang menjual kat luar dewan tu.

Masuk balik dewan, terus sit for esei BI. Sama mcm BM tadi, ada 3 soalan. i choose bagaimana cara2 nak mengeratkan perpaduan di kalangan rakyat. Kena tulis 200 hingga 300 patah perkataan. Bolehlah...

Finally kena jawab soalan Sahsiah (200 soalan) dan Minat (227) soalan. Disebabkan masa dah tak cukup, so pegawai peperiksaan bagi 45 minit dan direct jawab 427 soalan tu. Meaning no break! Giler tu... memang soalan senang, tapi part nak hitamkan borang OMR tu... argh... Soalan2 nya memang all berkenaan diri kita, dan mesti jawab dengn jujur. So i menjawab sejujur-jujurnya lah... Ada soalan yang tanya, 'pernahkah anda mengumpat?' funny kan! Nak tau apa yang i jawab? Jawapannya Ya or Tidak. if anda, jawab ape?

Exam tamat at 5.15pm. Merdeka!!!!!!!!!
Tapi masa nak balik tu, sikit punya jenuh nak keluar dari kawasan MAEPS tu, coz kenderaan2 lain bertirai-tirai nak keluar jugak.

Sampai je rumah dah jam 6.45pm. After solat Asar, terus zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....

Panjang kan post i kali ni... harap ada yang boleh dijadikan panduan pada sesiapa yang kalau lepas ni nak attend exam yang sama. At least dapatlah sikit idea daripada tak tahu langsung!
3 Pesanan utama drpd penaja;

1. Lepas ni bila baca newspapaper, kena baca semua bahagian... pengetahuan Am tu sgt. penting.

2. Sama jugak dengan menonton/mendengar berita.

3. Datang awal pada hari exam.

4. Jangan nervous.. banyakkan berdoa dan bersalawat.

Segala usaha dah dilakukan... exam pun dah selesai...i bertawakkal je sekarang ni... 

Tak lupa juga, thanks pada family dan kawan2 yang mendoakan kejayaan saya...

Sunday, April 11, 2010

Shopping Baju Raya

Euro Moda now ada sale!  So, apa lagi? fikir nak cari baju raya lah... 

Pagi tadi, jam 10.30  dah keluar , terus je ke Euro Moda Metro Point Kajang. Ini kali keempat i ke kedai kain. Sebelum ni dah dapat cari 3 pasang kat Jakel Seremban dan KL. So teringin pulak nak survey kain kat Kajang tu.

Dapatlah cari sepasang lagi untuk cukupkan baju2 raya... Ikutkan hati nak beli lagi banyak, sebab nampak cantik je semua kain2 tu. Tapi tak baikkan membazir.. cukuplah tu.. baju 2 tahun lepas pun ada yang tak lunyai dipakai lagi...

Pilih punya pilih, nilah warna2 kain pilihan i... dah habis cantik rasanya tu! Tapi bila tengok2 balik semua  kain2 tu, nampak almost dalam group pink kaler.. Alamatnya tema pink lah hari raya tahun ni.

Keluar je dari kedai kain, terus go makan... today Lisa and bang Dek choose BBQ Chicken... Not bad fast food restaurant ni... tempatnya selesa and bersih. Zara and family pun join sekali... Lisa apa lagi, happy sakanlah dia...

Air coklatnya dap..dap..dap.., tapi air bandung kureng sikit...

Lisa order ayam n fries, 

Bang Dek pulak as usual mesti nak makan nasi.. I tak order pun, just share with Lisa.

Odw back sempat pulak singgah kat kedai perabut.. waduh2... menarik perabutnya... think nak purchase for raya..

Sampai je kat rumah, dah penat giler... penat semalam exam pun tak habis lagi sebenarnya! Later I story experience exam semalam k...